Analisis Candlestick
SCREENER [ MACD + DOJI ]Dah siap script untuk tandakan di carta, kali ini kita gunakan penyaring di tradingview untuk cuba cari sama seperti yanng kita tandakan.
- kita akan cuba cari carta yang memenuhi syarat MACD + DOJI
SIRI PINE SCRIPT - tandakan doji bila trend positifMenunggu kemunculan doji tak semestinya di aras support dan resistance. Sepanjang pergerakan trend menaik atau menurun, akan ada doji yang muncul dalam pelbagai bentuk.
Kali ini, kita cuba tandakan doji pada carta yang histogram macd dalam keadaan positif.
TRENDBAND GUIDE - kemaskini terbaru FEB 2020 (bahagian akhir)Penamat kepada siri kemaskini trendband guide.
Saya cerita pasal kemaskini inside bar, breakout candle, alert + contoh hasil webhook ke telegram.
Kalau ada sebarang kesalahan atau ada yang tak berfungsi, boleh mesej saya dan saya cuba kemaskini semula.
Nak buat apa selepas ada senarai lihat (watchlist) ?Proses menyaring baru langkah pertama.
Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian.
Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu.
Ulang proses yang sama.
Semoga terhibur.
OPCOM - aras sokongan terbaruSelepas menunggu agak lama, hari ini OPCOM nampak membuat aras sokongan terbaru dengan kehadiran volume yang tinggi.
Jika hari ini adalah tanda volume membeli, jangkaan harga tidak akan turun lagi lebih bawah.
Kalau masih turun, corak cadangan sebelum ini sudah tidak valid.
Geng 1 MAC 2019 - setakat hari iniMelawat kembali senarai carta yang ada kemasukan volum dan kenaikan harga yang membentuk corak lilin engulfing.
Banyak muncul, tapi setakat yang ada dalam senarai saja.
Kesimpulan :
- memilih carta yang ada kaitan dengan katalis semasa
- signal yang muncul beramai-ramai menunjukkan ada minat belian yang asli
- konsep satu jalan yang lain jalan masih boleh dipraktikan (carta sama sektor atau ada pertalian)
- faham keadaan semasa harga, samada sedang tren atau melintang