Analisis Candlestick
KAJIAN 7: Morning Star dan Evening StarKAJIAN 7: Morning Star dan Evening Star
- Morning star dan evening star merupakan candlestick reversal pattern.
- Morning star kebiasaanya akan terbentuk di penghujung penurunan menandakan penurunan telah tamat dan akan membuat kenaikan.
- Evening star pula kebiasaanya akan terbentuk di penghujung kenaikan menandakan kenaikan telah tamat dan akan membuat penurunan.
- Kekuatan morning star dan evening star boleh dibahagikan kepada tiga:
1) Weak / Lemah: Candlestick ketiga tutup tidak melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
2) Normal / Biasa: Candlestick yang ketiga tutup melebihi separuh 'body' candlestick yang pertama.
3) Strong / Kuat: 'Body' candlestick yang ketiga lebih besar daripada 'body' candlestick yang pertama.
Nota kaki :
* Candlestick reversal pattern merupakan candlestick yang terbentuk yang menukar arah 'trend sedia ada' kepada 'trend yang baru'.
* Seeloknya, para pelabur perlu menggabungkan candlestick reversal pattern ini dengan teknik² yang lain juga supaya lebih berkayinan untuk membuat keputusan samada untuk open position (entry) atau close position (exit).
------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Terma atau istilah KAJIAN yang digunakan dalam idea analisis ini hanya tertumpu kepada info, tips, pendidikan dan pembelajaran semata. Jadi, KAJIAN ini bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham. Penulis / penganalisis juga bukanlah penasihat kewangan dan pelaburan.
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PRIVA: SUPPORT & RESISTANTMungkin kacang bagi kita tp intan bg org lain. Layan...
1. Support dan resistant adalah halangan ke bawah dan ke atas yg MAYA atau halimunan. Pd yg belum tahu, pasti tertanya2 kenapa harga stop sini then ditendang ke bawah semula atau kenapa harga rebound balik tak terus jatuh.
2. Boleh guna indikator FIBONACCI RETRACEMENT. Rujuk youtube atau website pasal ni. Nak explain leceh sini. Ni kira homework lah ya.
3. Boleh guna Gann Chart. Boleh rujuk kaedah GANN CHART dlm artikel no. 16 di atas. Explanation in detail on strong weak support, ratcage dll. Search je.
4. MA atau EMA sebagai support n resistant. EMA 5 10 20 50 100 200.
Candle akan mencuba beberapa kali utk melepasi EMA. Jika dapat terlepas seluruh badan candle, EMA tersebut akan jadi support baru dan EMA di atas akan jadi resistant. Jika x dapat pecah resistant atas, candle akan jatuh ke support semula. Kalau nasib tak baik, open price bawah support, alamat esok harga turun lagi.
PEMBELAJARAN 2 - Analisis stage/Kitaran stageAnalisis stage / Kitaran stage
🟠 Terdapat 4 fasa di dalam analisis ataupun kitaran stage iaitu fasa accumulation , Fasa Uptrend/Mark Down ,fasa distribution dan fasa penurunan/ mark down
🟠 Keempat-empat fasa ini akan terbentuk secara berulang-ulang.
1️⃣ Stage 1 = Fasa Accumulation/ Stage tapak
🔸 Terhasil selepas kejatuhan dalam pasaran
🔸 Semakin panjang/lama pergerakan melintang, semakin bagus dalam pasaran
🔸 Pergerakan melintang/sideway yang panjang akan membentukkann/menubuhkan tahap sokongan yang penting untuk menaikan harga pasaran.
🔸 Dalam fasa ini juga, para pembeli akan memantau dari masa ke semasa untuk pasaran melakukan breakout/memecahkan fasa sideway.
2️⃣ Stage 2 = Fasa uptrend / Advancing Stage
🔸 Terhasil selepas berlakunya breakou t pada fasa pertama/stage 1
🔸 Harga saham mula untuk naik dalam jangka masa tertentu.
🔸 Saham hanya perlu dibeli semasa berlakunya breakout pada fasa pertama.
🔸 Fasa kenaikkan akan terus terjadi sehinggalah stage 3 terbentuk.
3️⃣ Fasa Distribution/ Topping stage
🔸 Terhasil apabila harga saham /trend mula kehilangan momentum untuk menyambung kenaikkan ke atas.
🔸 Harga saham mula sideway/melintang seketika dan keberangkalian akan terus jatuh mahupun terus naik bergantung kepada momentum.
🔸 Jual saham ketika fasa ini atau ketika mengesan berlakunya breakdown /pecah support.
🔸 Beli semula saham ketika berlakunya breakout dalam fasa ini.
4️⃣
🔸 Terhasil apabila harga saham /trend kehilangan momentum dan secara terus menyambung kejatuhan.
🔸 Jauhi untuk membeli saham pada fasa ini.
🔸 Sekiranya masih memegang saham pada fasa ini, keberangkalian akan menanggung kerugian yang besar.
PEMBELAJARAN 1 - Kenali corak 3 askar putih dan 3 gagak hitamKENALI CORAK PATEN 3 ASKAR PUTIH DAN 3 GAGAK HITAM
- 3 askar putih ialah salah satu corak candlestick bullish /menaik manakala 3 gagak hitam pula salah satu corak candlestick bearish /menurun.
- Kedua-dua corak ini adalah salah satu tanda perubahan trend sama ada berubah daripada menurun ke menaik ataupun sebaliknya
1️⃣ 3 Askar Putih
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 batang lilin solid marubozu hijau.
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka perubahan trend menurun akan berubah menjadi trend menaik. Kebarangkalian besarnya, rally ataupun kenaikan akan berterusan sehinggalah lilin tanda
retrace/ bearish muncul seperti gravestone doji, hanging man dan sebagainya.
◼ Tambahan lagi, corak paten 3 askar putih ini haruslah disokong dengan volume yang meningkat secara average dan tiada unsur anomoly ( PVA Law).
2️⃣ 3 Gagak Hitam
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 solid marubozu merah .
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka keberangkalian perubahan trend menaik akan berubah menjadi trend menurun. Kebarangkalian besar juga, penurunan akan berterusan sehinggalah lilin tanda reversal/ bullish muncul seperti hammer,morning star dan sebagainya.
Nota
+ Bullish - Trend menaik
+ Bearish - Trend menurun
+ Marubozu - lilin penuh/solid
SCREENER [ MACD + DOJI ]Dah siap script untuk tandakan di carta, kali ini kita gunakan penyaring di tradingview untuk cuba cari sama seperti yanng kita tandakan.
- kita akan cuba cari carta yang memenuhi syarat MACD + DOJI
SIRI PINE SCRIPT - tandakan doji bila trend positifMenunggu kemunculan doji tak semestinya di aras support dan resistance. Sepanjang pergerakan trend menaik atau menurun, akan ada doji yang muncul dalam pelbagai bentuk.
Kali ini, kita cuba tandakan doji pada carta yang histogram macd dalam keadaan positif.
TRENDBAND GUIDE - kemaskini terbaru FEB 2020 (bahagian akhir)Penamat kepada siri kemaskini trendband guide.
Saya cerita pasal kemaskini inside bar, breakout candle, alert + contoh hasil webhook ke telegram.
Kalau ada sebarang kesalahan atau ada yang tak berfungsi, boleh mesej saya dan saya cuba kemaskini semula.
Nak buat apa selepas ada senarai lihat (watchlist) ?Proses menyaring baru langkah pertama.
Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian.
Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu.
Ulang proses yang sama.
Semoga terhibur.
Geng 1 MAC 2019 - setakat hari iniMelawat kembali senarai carta yang ada kemasukan volum dan kenaikan harga yang membentuk corak lilin engulfing.
Banyak muncul, tapi setakat yang ada dalam senarai saja.
Kesimpulan :
- memilih carta yang ada kaitan dengan katalis semasa
- signal yang muncul beramai-ramai menunjukkan ada minat belian yang asli
- konsep satu jalan yang lain jalan masih boleh dipraktikan (carta sama sektor atau ada pertalian)
- faham keadaan semasa harga, samada sedang tren atau melintang
Doji anak beranak - batu nisan dan tukul terbalikAda satu geng anak beranak doji yang kalau jumpa, boleh beri kan lebih tumpuan, terutama sekali pada aras tertinggi doji tersebut.
Kalau ikut bahasa buku, dipanggil doji batu nisan dan tukul terbalik.
Bagi saya , asalkan ada tanduk dan ekor, saya kumpulkan mereka dalam golongan doji. Yang membezakan adalah saiz badan lilin dan juga jarak antara harga tertinggi dan terendah doji tu.
Bagi katergori hari ini, kesemuanya tidak mempunyai ekor, mesti licin di bawahnya
Penerangan ringkas dalam video di atas.
Melihat carta yang turun sambil menantikan signalBergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja.
Setiap hari akan ada saja signal baru muncul.
Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun.
Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
Lilin yang menelan - engulfing candleTadi google engulfing dalam bahasa melayu dipanggil "menelan". Maka saya panggil lah lilin yang menelan.
Lilin menelan secara asasnya adalah
" harga tertinggi hari ini lebih tinggi dari semalam dan harga terendah hari ini lebih rendah dari semalam"
Video hari ini lebih kepada bearish engulfing - satu signal yang berpotensi untuk memulakan penurunan ke bawah.
Fokus pada aras harga terendah dan lihat pergerakan harga seterusnya.
Kelebihan doji anak beranakDoji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat.
Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya.
Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin pergi.
Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan, aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10 sen.