Melihat carta yang turun sambil menantikan signalBergantung pada minat dan kemahiran kita, mencari signal tidak semestinya ketika carta sedang naik sahaja.
Setiap hari akan ada saja signal baru muncul.
Kalau market turun, kita cari signal yang sesuai ketika market turun.
Begitu juga kalau market secara keseluruhan naik, signal yang dicari sudah semestinya yang naik lah.
Analisis Candlestick
Lilin yang menelan - engulfing candleTadi google engulfing dalam bahasa melayu dipanggil "menelan". Maka saya panggil lah lilin yang menelan.
Lilin menelan secara asasnya adalah
" harga tertinggi hari ini lebih tinggi dari semalam dan harga terendah hari ini lebih rendah dari semalam"
Video hari ini lebih kepada bearish engulfing - satu signal yang berpotensi untuk memulakan penurunan ke bawah.
Fokus pada aras harga terendah dan lihat pergerakan harga seterusnya.
Kelebihan doji anak beranakDoji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat.
Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya.
Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin pergi.
Doji yang terbaik adalah berbadan kecil dan berada di kawasan yang penting seperti aras sokongan, aras rintangan, terlebih jualan atau terlebih belian.
Amaran : Elakkan mentafsir doji untuk kaunter bawah 10 sen.