GLOTEC - 17/11/2021- Kaunter Glotec berada di Stage 2 (Stan Weinstein Stage Analysis).
- Sedang membuat correction stage 2.
- Terdapat strong bearish momentum pada bulan Ogos yang lalu. Price perlu "absorb seller" untuk meneruskan kenaikan baru.
- Rintangan sudah di uji beberapa kali.
p/s:
- boleh masukkan ke dalam senarai pemerhatian jika berminat untuk beli dalam base/ sebelum breakout base. Boleh cari entry yang sesuai dengan "risk appetite" masing-masing.
Penafian:
Tujuan kajian dibuat hanyalah untuk pembelajaran dan sebagai rujukan peribadi sahaja. Tiada sebarang saranan jual atau beli . Trade at your own risk. Sila kaji semula untuk mengelakkan dari sebarang ralat pada kajian ini.
Correction
QES - 8/11/20211. QES membuat Stage 2 Correction iaitu harga turun melepasi MA50 daily.
2. Terkini QES kelihatan sedang menyiapkan "rounded pattern".
3. Harga masih lagi bergerak dalam "channel". Sekiranya berjaya melepasi channel tersebut, pergerakkan seterusnya mula menarik.
Penafian:
Tujuan kajian dibuat hanyalah untuk pembelajaran dan sebagai rujukan peribadi sahaja. Tiada sebarang saranan jual atau beli . Trade at your own risk. Sila kaji semula untuk mengelakkan dari sebarang ralat pada kajian ini.
EDARAN (Mampukah Bergraduasi dengan 3 Petanda?)Sektor :
- Trading & Services, Technology, IT Solutions/ IT Product, Technology Equipment.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- EDARAN sekarang berada di dalam wave kelima.
- Mengikut rule elliott wave, jika wave 3 telah naik melebihi 200%, wave 5 akan membuat pemotongan / truncation (harga tidak mampu naik melebihi puncak wave 3).
- Kenaikan wave 3 mengikut pengiraan fibonacci extension adalah 261.8%.
- Terkini, EDARAN berada dalam risk of failure (paras fibonacci retracement 38.2% - 100%) selepas membuat retracement sebanyak 61.8% menandakan kekuatan uptrend EDARAN ini adalah lemah / weak.
- EDARAN dilihat membuat rejection di paras fibonacci retracement wave 4 sebanyak 50% dan 61.8%.
- Harga perlu tutup di atas paras 100% iaitu di atas paras harga RM 1.200 untuk naik sehingga paras fibonacci extension 361.8% iaitu pada paras harga RM 1.520.
- Terdapat 3 petanda reversal yang ditunjukkan:
1) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
2) Hidden bullish divergence menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kebawah kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Mampukah 3 petanda ini melawan risk of failure elliott wave ini?
- Jika EDARAN tidak mampu melepasi zon risk of failure, harga akan membuat correction dan berpotensi menuju ke trend line.
~ Fundamental ~
- Secara overall, keuntungan EDARAN dalam trend mendatar. Walaubagaimanapun, keuntungan EDARAN YoY meningkat sebanyak 144.67%.
- Perolehan (revenue) EDARAN pula secara overall dilihat berada dalam trend menurun tetapi meningkat juga YoY sebanyak 16.95%.
- EDARAN buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya untuk tahun ini, 2021 sebanyak 1.75 sen.
Nota kaki :
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
GRANFLO (Dua Pilihan Jalan)Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) GRANFLO dilihat uptrend sepanjang lima quarter berturut² pada Mei 2018 sehingga Mei 2019. Kemudian keuntungan dan hasil (revenue) menurun dan bergerak sideways. Pada quarter yang terbaru, GRANFLO telah mencipta keuntungan tertinggi. Keuntungan GRANFLO meningkat QoQ dan YoY. Walaupun begitu, hasil (revenue) menurun QoQ sebanyak -5.24% dan YoY sebanyak -26.27%.
- Dari sudut Teknikal, GRANFLO dilihat baru sahaja breakout bollinger squeeze.
- Kemudian, GRANFLO menurun tetapi volume penjualan tidak melebihi separuh volume pembelian sebelum ini.
- GRANFLO dilihat rebound di atas mid bb sebelum meneruskan kenaikan semula.
- Terkini, GRANFLO dilihat seperti ingin rebound sekali lagi apabila berada lama di paras harga RM 0.545.
- Dua signal berbeza ditunjukkan oleh MACD dan Stochastic RSI.
1) MACD cross down di atas paras 0 menunjukkan GRANFLO masih uptrend tetapi harga mungkin membuat correction terlebih dahulu. Mungkin harga akan pullback sehingga ke atas mid BB sebelum rebound semula.
2) Stochastic RSI cross up menunjukkan harga sedang reversal atau rebound.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Correction = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang terbentuk apabila harga mula merapat yang menyebabkan bollinger bands juga merapat.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
BTC (Tiba Masa untuk Meneruskan Kenaikan)Sejajar dengan kenaikan sektor teknologi di US, bitcoin (BTC) juga telah menaik dan berjaya breakout resistance RM 230,000 setelah mengalami correction (pembetulan) sekitar 24%. BTC membuat correction sehingga ke paras 0.5 Fibo menunjukkan kekuatan uptrend bagi BTC ini adalah normal (pertengahan antara strong dengan weak). Correction ini juga membentuk mini saucer pattern. Jadi, mengikut teori saucer pattern, harga BTC berpotensi untuk menaik sebanyak 24% juga iaitu pada paras RM 285,000.
Sektor Teknologi (Bangun Tidur)Sektor Teknologi masih berada di dalam uptrend corridor / channel. Pada awal Mac, Sektor Teknologi membuat correction sekitar 12.15%. Kejatuhan ini adalah kesan daripada kejatuhan Sektor Teknologi di US.
Terkini, Sektor Teknologi US kembali menghijau dan ini juga memberi kesan kepada Sektor Teknologi di Bursa Malaysia. Harga gap up pada awal dagangan sekitar 3.56%. Walaubagaimanapun, selepas gap up, harga ditutup lebih rendah daripada harga awal dagangan.
BTC (Masa Untuk Meroket?)BTC masih di atas uptrend line untuk jangka masa panjang. Pada awal fasa correction, BTC pernah membuat penurunan sebanyak 41%. Kemudian BTC membuat new strong support dan hari ini, BTC telah break minor down trend line (BDTL). Adakah BTC akan terus meroket dan MACD berjaya cross up?
*Untuk entry selamat, pastikan BTC turun membuat support terbaru dahulu sebelum entry.
#TAYOR #BAYOR
Major Correction Mqtech1. Kaunter ini berada dalam fasa retracement kerana semasa retrace volume akan berkurang
2. Correction yang dibuat dalam bentuk abcde dan mengambil masa yang lama
3. tunggu sehingga wave e terbentuk iaitu wave terakhir pada support 0.110
4. Boleh entry pada support 0.110 atau atas sedikit atau tunggu selepas breakout upperline
Meridian Bhd: Correction atau game over?Trend harga saham Meridian kelihatan sangat jelas uptrend. Harga terkini di bawah EMA5 yang menunjukkan short term downtrend tetapi masih di atas sokongan jangka masa pendek iaitu RM0.385. Sokongan seterusnya boleh dilihat di RM0.365 iaitu rintangan menjadi sokongan. Jika harga bertahan atas sokongan tersebut, maka peluang harga untuk kembali ke 52wh adalah besar.
Kejuruteraan Asastera Berhad = KAB (0193)
KAB adalah kaunter uptrend yang sedang membuat correction setelah berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada harga RM1.22 (07 Julai 2020). Kedudukan harga sekarang semakin menghampiri MAJOR TRENDLINE yang bertindak sebagai benteng terakhir jika KAB ingin meneruskan kenaikan dalam keadaan uptrend . Hari ini (23 Julai 2020) harga telah ditutup betul-betul di atas garisan EMA50 (0.915). Boleh tunggu peluang untuk masuk jika berlaku pullback di kawasan major trendline .