naimmp98

EDARAN (Mampukah Bergraduasi dengan 3 Petanda?)

MYX:EDARAN   EDARAN BHD
Sektor:
- Trading & Services, Technology, IT Solutions/ IT Product, Technology Equipment.

Idea analisis:
~Teknikal~
- EDARAN sekarang berada di dalam wave kelima.
- Mengikut rule elliott wave, jika wave 3 telah naik melebihi 200%, wave 5 akan membuat pemotongan / truncation (harga tidak mampu naik melebihi puncak wave 3).
- Kenaikan wave 3 mengikut pengiraan fibonacci extension adalah 261.8%.
- Terkini, EDARAN berada dalam risk of failure (paras fibonacci retracement 38.2% - 100%) selepas membuat retracement sebanyak 61.8% menandakan kekuatan uptrend EDARAN ini adalah lemah / weak.
- EDARAN dilihat membuat rejection di paras fibonacci retracement wave 4 sebanyak 50% dan 61.8%.
- Harga perlu tutup di atas paras 100% iaitu di atas paras harga RM 1.200 untuk naik sehingga paras fibonacci extension 361.8% iaitu pada paras harga RM 1.520.
- Terdapat 3 petanda reversal yang ditunjukkan:
1) MACD 4R1G (Penerangan di nota kaki).
2) Hidden bullish divergence menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kebawah kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Mampukah 3 petanda ini melawan risk of failure elliott wave ini?
- Jika EDARAN tidak mampu melepasi zon risk of failure, harga akan membuat correction dan berpotensi menuju ke trend line.

~Fundamental~
- Secara overall, keuntungan EDARAN dalam trend mendatar. Walaubagaimanapun, keuntungan EDARAN YoY meningkat sebanyak 144.67%.
- Perolehan (revenue) EDARAN pula secara overall dilihat berada dalam trend menurun tetapi meningkat juga YoY sebanyak 16.95%.
- EDARAN buat pertama kalinya memberikan dividen kepada pemegang sahamnya untuk tahun ini, 2021 sebanyak 1.75 sen.

Nota kaki:
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.