Ramalan dan Analisis

Cawan dan Pemegang

Cawan and Pemegang boleh digunakan sebagai penunjuk untuk penyambungan trend bull. Ia merupakan salah satu corak yang paling senang dikenalpastikan. Cawan mempunyai bentuk dan surih balik sebanyak ⅓ dan kelihatan seperti mangkuk. Selepas cawan dibentukkan, harga akan tarik balik kepada ⅓ cup dan ia akan kelihatan seperti handle. Handle merupakan tempoh pendek penyatuan. Corak penuh akan lengkap apabila harga keluar daripada penyatuan dalam arah cawan mara.

Harga berkemungkinan besar akan bersambung di arah itu walaupun pedagang-pedagang memerlukan pengesahan tambahan. Sasaran boleh dijangka dengan mengukurkan jarak antara puncak cawan dan bawah cawan dan memanjangkannya dalam arah harga keluar. Anda boleh menentukan stop level di luar pemegang pada arah bertentangan harga keluar. Cawan dan Pemegang Songsang pula merupakan versi bear. TradingView mempunyai alat lukisan pintar yang membenarkan pengguna untuk mengenalpastikan corak in di carta.
Tunjuk lebih banyak idea
1
23
...
14
1
2
...
14