Kali terakhir ingatkan dah cukup tinggi, rupanya ada lagi tinggi. Carta yang kuat akan sentiasa mencari new high manakala carta yang lemah berterusan membuat new low.
Kemaskini carta DANCOMECH - apa yag dibayangkan tempohari tidak menjadi kenyataan dan harga belum nampak sebarang pembelian yang mampu menaikkan harga lagi. Memandangkan hari laporan kewangan bagi suku ke-2 akan keluar tidak lama lagi, lebih baik tunggu sehingga carta benar-benar memberikan signal yang lebih jelas.
Carta PANTECH tidak mengikut apa yang saya rancangkan dan buat masa sekarang, tidak ada sebarang cadangan baru sehinggalah dia mula membuat tapak semula.
Kemeriahan market boleh dirasa bila carta-carta yang muncul dalam penyaring kita, jumlahnya melebihi dari hari-hari biasa. Sebaiknya, pilihnya carta yang sudah ada trend atau yang baru saja keluar / breakout dari kawasan berlonggok.
Nampak gaya corak cadangan bakal tak jadi. Maka sudah boleh di abaikan bayangan corak. Sementara menantikan laporan kewangan terkini, sudah boleh melihat aras-aras lama untuk dijadikan sokongan terbaru. Setakat hari ini, masih tiada signal untuk entri.
Bentuk carta terkini selepas laporan kewangan suku pertama F19. Masih dalam keadaan stabil dan belum ada tanda perubahan trend.
Valid entri muncul pada tarikh 11 APR yang lepas dan kini harga masih meneruskan kenaikan. Berhenti sebentar mungkin disebabkan pengambilan untung. Cadangan akan datang seperti di dalam video.