Gann Fan

Idea Dagangan 39
Idea Pendidikan 1

Ramalan dan Analisis

Sepanjang masa

Gann Fan

Gann Fann adalah alat teknikal analisis yang dicipta oleh WD Gann. Alat tersebut terdiri daripada 9 garis pepenjuru (boleh dipanjangkan tanpa had) yang direka untuk menunjukkan pelbagai paras sokongan dan rintangan yang berbeza pada carta. Sudut-sudut ini dilukis dari puncak teratas dan terbawah yang utama - membahagikan masa dan harga kepada beberapa bahagian yang seimbang dan selalu digunakan untuk meramal paras sokongan dan rintangan, puncak teratas dan terbawah yang penting serta pergerakan harga pada masa hadapan. Sila ambil perhatian bahawa carta tersebut perlu diskalakan dengan betul bagi memastikan pasaran itu mempunyai hubungan persegi.

Kaedah ini adalah berdasarkan pada tanggapan bahawa pasaran beredar dari satu sudut ke satu sudut lain dan apabila suatu sudut itu dipecahkan, harga bergerak ke arah sudut yang seterusnya. Sudut yang paling perlu diberi perhatian ialah 1x1 atau sudut 45°, di mana ia mewakili satu unit harga bagi satu unit masa. Perubahan yang berlaku kepada arah pergerakan harga adalah dijangka ketika pasaran mencecah satu unit masa dan harga yang sama, naik atau turun. Ketika aliran naik, jika harga kekal di atas sudut menaik, pasaran dianggap sebagai baik dan sebaliknya. TradingView mempunyai alat pintar bagi membolehkan pengguna melukis sehingga 9 sudut yang boleh diubah pada satu-satu carta.
Tunjukkan Lebih Banyak Idea
1
23
1
23
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Pusat Bantuan Permintaan Ciri Blog & Berita Soalan Lazim Wiki Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Syiling TradingView Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar