Ramalan dan Analisis

Kepala dan Bahu

Corak Head and Shoulders adalah corak pembalikan yang tepat yang boleh digunakan untuk memasuki sesuatu kedudukandagangan yang mengalami penurunan harga selepas trend menaik. Ia terdiri daripada 3 puncak dengan puncak tertinggi berada di tengah-tengah yang dipanggil Head. Garis yang menghubungkan 2 lembah adalah dipanggil neckline. Ketinggian bahagian tinggi terakhir boleh jadi lebih tinggi dari yang pertama tetapi tidak boleh lebih tinggi dari head. Dengan kata lain, harga akan cuba untuk membuat kenaikan tertinggi tetapi gagal. Semakin dekat 2 bahagian luar tertinggi kepada harga yang sama, semakin tepat coraknya.

Jika harga berjaya memecahkan neckline dan menutup di bawahnya, corak ini dikira telah selesai. Pedagang konservatif boleh cuba mencari pengesahan tambahan yang lain. Sasaran boleh dianggarkan dengan mengukur ketinggian corak (dari neckline ke head) dan memaparkan corak ini ke bawah. Kebiasaan tahap berhenti adalah di atas garis neckline atau di atas bahu kanan. The Inverse Head and the Shoulders adalah versi yang memberikan info kenaikkan untuk corak analisa ini, yang terbentuk selepas aliran menurun. TradingView mempunyai alatan lukisan pintar yang membolehkan pengguna mengenal pasti corak ini secara visual pada carta.
Tunjuk lebih banyak idea
1
23
...
10
1
2
...
10