PROPERTIES (Meneruskan Rancangan Pendakian dengan 3 Pemangkin)Idea analisis:
- Dalam time frame weekly, sektor PROPERTIES dilihat membuat HHHL di atas trend line.
- Dalam kenaikan ini, dilihat signal 'strong bearish divergence' telah menjatuhkan indeks tetapi signal ini tidak mampu menjatuhkan indeks sehingga ke bawah trend line.
- Ini kerana terkini, muncul tiga petanda yang menunjukkan indeks akan rebound di atas trend line support:
1) Muncul candlestick tower bottom.
2) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah trend line kerana minat penjualan yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Dengan 3 petanda rebound ini, indeks PROPERTIES bepotensi menuju ke paras SBR (835 mata - 855 mata).
Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Indeks melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna indeks dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance ( SnR ), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .
Index
PLANTATION (Bertahan di Support)Sektor PLANTATION dilihat berada di paras support. Kali terakhir PLANTATION berada di sini adalah pada November 2020. Setelah itu PLANTATION terus membuat 52WH pada paras 7487 mata. Kenaikan ini melebihi 500 mata.
Adakah PLANTATION akan membuat pergerakan di atas? PLANTATION dilihat seakan-akan membuat double bottom . Sekiranya berjaya bertahan di paras sokongan ini berkemungkinan amampu mencabar kembali paras 7487 mata. MACD juga telah membuat golden cross di kawasan negatif. Mungkin masa yang akan menentukan pergerakan seterusnya index ini.
Apa pula pendapat anda?
Nota kaki:
-52WH= 52 Week High. Keadaan di mana pergerakan mencapai paras tertinggi dalam setahun
-Double Bottom= Apabila berada di paras sokongan yang lepas. Berkemungkinan besar akan membuat pergerakan ke atas sekiranya mampu bertahan di paras sokongan terdahulu.
CONSUMER (Berjayakah Melantun di atas Garis Trend?)Sektor CONSUMER dilihat berada dalam uptrend dengan menjadikan trend line sebagai support. Sektor CONSUMER juga berjaya membuat pergerakan HHHL. Terkini, sektor CONSUMER dilihat bertenggek di atas trend line.
Adakah sektor CONSUMER berjaya rebound di atas trend line ini? Jika berjaya, sektor CONSUMER berpotensi menuju ke paras 650 mata. Jika tidak berjaya, support seterusnya adalah pada 617 mata yang merupakan RBS bagi sektor ini. Jika harga tidak dapat bertahan di atas paras 617 mata ini, kemungkinan sektor CONSUMER bertukar arah kepada downtrend dan paras support seterusnya adalah pada 582 mata.
Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
IND-PROD (Masih di Dalam Landasan)Selain Sektor Teknologi, Sektor Produk Perindustrian juga berada di dalam uptrend corridor. Bermula Mac 20, Sektor Produk Perindustrian mula bertukar arah kepada uptrend. Pada Jun 2020, Sektor Produk Perindustrian bergerak sideways membuat fasa accumulation sehingga September 2020. Kemudian Sektor Produk Perindustrian sekali lagi meneruskan kenaikan di dalam uptrend corridor sehingga hari ini.
Kesihatan yang tak berapa sihat ?Sektor kesihatan kini kelihatan tidak berapa sihat. Kenaikan yang sebelum ini kemungkinan hanya lantunan teknikal. Sekurang kurangnya perlu kuat di atas garisan merah untuk menyambung kenaikan. Jika minggu ini tidak kuat di atas garisan merah dan garisan biru terdekat pecah, mungkin akan mencari garisan biru kedua.
Indeks ini sedang bertarung dengan ATH !Indeks produk industri sedang berusaha untuk memecahkan ketinggian tertingginya. Jika berjaya, kemungkinan akan meneruskan kenaikan. Ada kemungkinan indeks ini akan melakukan pattern "morning star" di carta harian. Setakat ini, saya nampak masih ada sisa tenaga untuk indeks ini ke atas.
Sektor yang boleh membina duit ?Sektor pembinaaan kini berjaya berada di atas resistance(garisan biru). Jika kekal di atas garisan biru itu, berkemungkinan akan mencari garisan merah seterusnya garisan ungu. Jika kuat di atas garisan ungu, mungkin akan mencuba untuk menutup ruangan(gap) di garisan kuning. Setakat ini, masih kelihatan positif untuk ke atas.
FBMKLCI NAK KEMANA MINGGU PERTAMA MEI? BREAKOUT ATAU SIDEWAY?Jika kita lihat khamis lepas iaitu penutup APRIL 2020, FBMKLCI tutup pada 1407
Halangan terdekat 1412
Untuk Awal MEI jika ia berjaya memecahkan 1412 dan 1412 menjadi new support ia boleh dikatakan bagus. Sebab minggu lepas kita boleh lihat FBMKLIC membuat new low. Jadi ia perlu membuat new high untuk meneruskan lagi kenaikan.
Tetapi jika permulaan mei tidak berjaya breakout harapan tinggi kepada FBMKLCI adalah membuat sideaway terlebih dahulu sebelum berlaku BREAKOUT untuk meneruskan fasa KEMENGAHAN BURSA MALAYSIA.
TENAGA - signal pertama untuk terus trendingTENAGA, stok yang membawa index, kini telah mula untuk terus trending dengan cubaan untuk melepasi paten 'pennant' seperti dalam carta, setelah sekian lama dalam keadaan 'sideway'
Rintangan seterusnya pada aras 14.00, dan harga
MA juga jelas menjadi sokongan untuk Tenaga, dengan harga mampu untuk bertahan pada atas EMA50 dan SMA200.
Volum dagangan juga nampak bertambah.
DOW JONES DI KAWASAN POSITIF DI ATAS GARISAN MA 200-HARIDow Jones masih terapung di kawasan positif di atas garisan merah MA 200-hari. Mengikut momentum semasa, kami menjangkakan kesinambungan positif yang bakal membawa indeks ini ke atas menembusi rintangan terdekat di 266,280 mata.
Secara keseluruhan, tren utama masih menunjukkan petanda tujahan ke atas. Garisan MA 50-hari masih berada di atas garisan MA 200-hari mengekalkan pandangan kami terhadap pergerakan positif.
Sokongan pertama pada 25,500 poin, diikuti sokongan kedua 24,680 poin. Manakala rintangan terdekat pada 26,280 poin, diikuti oleh rintangan seterusnya pada 27,000 poin.
idea jualanjualan di bawah resistant trendline
3 tp dinyatakan di bawah..
PENAFIAN:
Ini adalah idea peribadi.
Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham, comoditi dan matawang melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang.
Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham.
Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
DOW MELANTUN DI ATAS SOKONGAN 200-HARI GARISAN MADow Jones melantun sebagai tanda unjuran gerakan positif semenjak pembentukan corak "Bullish Harami", yang menunjukkan peralihan pergerakan daripada arah bawah ke atas. Dari perspektif teknikal, perkara ini adalah isyarat penting yang menunjukkan bahawa sentimen pasaran bertambah baik, terutama sekali apabila isyarat positif ini muncul tepat di atas garis sokongan utama 200 hari merah MA. Perhatikan bahawa "Golden Crossover" juga boleh dilihat pada penanda "Slow Stochastic". Hal ini menunjukkan momentum mula berkumpul, menguatkan lagi pandangan positif kami.
Secara teknikalnya, kita melihat garis MA merah 200 hari sebagai penanda aras penting di mana indeks melantun untuk menamatkan sentiment lemah yang membawa Dow turun sekitar 5% dari paras teringi 27,000 pts sebelumnya.
Sokongan segera pada 26,278 pts diiukti oleh seokongan kedua 25,500 pts. Dalam masa yang sama, rintangan kuat kelihatan pada aras 27,000 pts.
KLCI - Telah break major downtrendline dengan jayanyaFBMKLCI, tampak mengatasi DTL dengan bergaya dan membentuk 3 white soldiers
-Downtrend mode finally berakhir pada 20 Jun 19, menandakan fasa uptrend untuk KLCI
-Sentimen untuk fasa baru penting untuk menarik minat dan confidence foreign fund kembali melabur di KLSE
-Saham dagangan telah kembali dengan jumlah dagangan melebihi RM2 billion sehari
-telah retrace pada 1572, harga terendah sejak 2015
-aras rintangan seterusnya pada 1690 (SMA200) dan 1700 point
Time Frame Hour 1 - Bearish EngulfingCandle jam 1:00pm telah membentuk Bearish Engulfing di kedudukan yang betul.
Penganalisa menjangkakan bahawa Index USD akan kembali melemah dah akan membuat penurunan sehingga kawasan Support yang ditandakan.
Para pedagang dinasihatkan menggunakan ''Money Management'' yang berkesan dengan meletakkan ''Stop Loss'' dan ''Take Profit'' mengikut ''Volume'' dan ''Win Ratio'' yang bersesuaian.