AAX mungkin akan breakoutAAX sedang cuba untuk melepasi paras rintangan pada 0.310. Sekiranya AAX berjaya melepasi paras rintangan 0.310, maka kita akan menyaksikan peningkatan harga selepas rintangan ini berjaya dilepasi. Tetapi perlu berhati- hati kerana indikator RSI berada pada paras "terlebih jualan".
Paras sokongan cadangan ialah pasa 0.280
Jan19
Penyaring Peneraju Volum - tambahan konfigurasi mudahPenyaring yang ada di tradingview walaupun tidaklah begitu mesra bagi pengguna advance, tetapi sangat sesuai bagi mereka2 yang tahu apa nak di cari.
Dalam video kali ini, saya gunakan pilihan Peneraju Volum (most active) dan buat sedikit perubahan setting mengikut apa yang saya cari.
Antaranya
- Perubahan harga lebih 3%
- Volum lebih 1 Juta
- Harga berada di atas SMA 5
Penyaring bukanlah penentu untung atau rugi. Ianya lebih kepada alat bantuan untuk menapis sahaja.
Kita masih perlu melihat dan menilai sendiri, carta mana yang memberikan kelebihan dari risk:reward.
FBMKLCI - Nak Jatuh ni woi!“Adakah pasaran saham akan masuk ke fasa ‘bear market’? Bila market nak crash? Agak-agak sejauh mana market boleh jatuh?”
Ini antara soalan yang seringkali kila dengar. Namun pada saya apa yang lebih penting adalah reaksi kita terhadap ‘market behaviour’. Tidak siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Sebagai contoh kita melihat ada pengumuman dan berita baik berkenaan pasaran saham. Maka ramailah pelabur mula membeli saham kerana percaya akan berita tersebut. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pelabur yang bijak bertindak di atas ‘market reaction’ dan bukannya pada sesuatu pengumuman/berita.
KLSE - Jadi ke mana hala tujunya?
Jangka Panjang
1.Apabila hendak menganalisa hala tuju masa panjang, saya akan melihat kepada Market Cycle. Saya percaya kedudukan kita sekarang berada pada permulaan Down Trend cycle. Kenaikan baru-baru ini (dari 26 Disember sehingga kini) merupakan ‘Bull Trap’. Pasaran saham juga merupakan refleksi kepada psikologi dan emosi. Apabila pasaran sudah naik baru-baru ini, pelabur akan merasakan bahawa market tidak jadi crash. Maka akan ramai pelabur yang mula membeli semula dan menyebabkan kenaikan harga-harga saham. Namun pada pendapat saya, berdasarkan prinsip “Effort & Result” kenaikan ini hanya bersifat sementara sahaja.
2.Yang kedua, saya akan melihat pada prestasi pasaran US (DJIA atau S&P 500) kerana pasaran kita (KLSE) masih bergerak selari dengan indek berkenaan secara am nya. Melihat kepada keadaan ekonomi US, banyak masalah yang berlaku seperti Debt/GDP yang sudah melebihi 100%, masalah Trade War, Quantitative Easing, Jumlah hutang pada paras USD 20 trillion, Government Shutdown, Interest Rate hike, NAHB Indeks sudah mula menurun dan sebagainya.
3.PE (Price/Earning) Ratio bagi pasaran saham US telah berada di paras atas 20. Mengimbau semula prestasi pasaran yang lepas, pasaran di atas PE20 merupakan paras ‘overvalued’ dan pelabur harus berjaga jaga.
4.Elliot Wave - Pada pendapat saya, kenaikan pasaran saham pada baru-baru ini merupakan Wave 2 untuk Bear market. Ya. Ini bermaksud DJIA sudah melepasi Wave 5 dari bull market pada bulan September yang lepas.
5.Relative Risk Index (RRI). RRI merupakan satu indikator baru yang dicipta oleh Encik Derick Tan dari Timing & You (Singapura). Indikator ini akan menilai tahap risiko pasaran US sama ada pasaran semasa berada di tahap yang berisiko atau selamat. Berdasarkan perkongsian En Derick pada bulan ini, pasaran US berada di paras berisiko dan kurang sesuai untuk melabur (Value Investing).
6.Penyebab (cause) untuk market crash sudah ada dan bila crash akan terjadi? Saya tidak tahu. Saya hanya akan memerhatikan market behaviour.
7.Persoalan berikutnya. Apakah impak pada KLSE? Kita akan turut jatuh juga jika pasaran US jatuh kerana panik. Namun impaknya berlainan dengan pasaran US. Saya akan kongsikan pandangan saya pada terbitan yang lain kerana ia melibatkan analisa dari sudut yang berbeza dan melibatkan analisa berkenaan politik semasa.
Jangka Pendek
1.Merujuk kepada carta di atas, saya hanya menggunakan satu indikator iaitu Moving Average 50. Tahukah anda bahawa jika harga sekuriti berada di atas MA 50 ia bersamaan MACD atas 0. Ia bermakna sekuriti itu memiliki momentum yang kuat. Ini merupakan rally Tahun Baru Cina dimana indeks kita meningkat dari 1,627 pada bulan Disember lepas dan kini berada di paras atas 1,680. Adakah momentum ini akan berterusan?
2.Pada Financial Crisis 1997, semasa pasaran KLSE merudum, terdapat kenaikan pada bulan January 1998 berikutan rally Tahun Baru Cina. Selepas kenaikan tersebut, KLSE kembali merudum. Apa yang saya mahu nyatakan disini, situasi pasaran semasa adalah sama dengan keadaan rally Tahun Baru Cina 1998. Berkemungkinan pasaran semasa akan jatuh semula selepas tamat rally ini.
3.Mengapa saya menggunakan MA 50 pada carta diatas? Saya menggunakannya untuk membuat perbandingan dengan pergerakan pasaran pada 1998 dimana pasaran telah berjaya memecahkan paras MA50 pada hujung January 1998. Sama dengan pasaran semasa dimana baru sahaja memecahkan paras MA50 pada minggu lepas dan telah berjaya untuk memecahkan pattern pennant. (pennant breakout).
4.ZSI - Alhamdulillah saya berjaya develop indikator saya sendiri. Indikator ini digunakan untuk menilai sentimen pasaran saham. Merujuk kepada indikator ini, terdapat persamaan corak pada awal tahun 2017, 2018 dan 2019 dimana sentimen meningkat tanpa henti dari paras ‘oversold’ ke ‘overbought’. Paras sentimen semasa (2019) belum lagi ke tahap ‘overbought’.Masih ada ruang lagi untuk kenaikan. Namun coraknya sama seperti kenaikan pada awal 2017 & 2018.
5.Berjaga-jaga! Sekiranya ZSI masuk ke paras ‘overbought’, sentimen akan mula jatuh dengan hinanya. Banyak saham akan mula jatuh pada ketika itu.
Disclaimer : Analisa di atas merupakan pendapat peribadi saya sendiri. Sebarang tindakan yang diambil oleh tuan/puan berdasarkan maklumat di atas adalah dibawah tanggungjawab tuan/puan sendiri. Analisa saya mungkin salah 100%. Tetapi apa yang penting adalah tindakan saya apabila saya sedar yang saya salah.
Saya mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan. Tapi pastikan tekan butang Like dulu :)
KUB 23 jan 2019 | menarik untuk diperhatikanSalam semua,
.
1. KUB ni saya ada komen sebelum ini dalam group
2. Projection sebelum ini agak tepat kerana wave 1 dan wave 2 memang follow rangka asas wave
3. Berdasarkan kiraan saya, sekarang KUB dah selesai wave 2
4. Akan diikuti oleh wave 3
5. Bagi anda yang belajar tentang wave , wave 3 yg paling best.
6. kalau belum belajar wave, boleh ambil inisiatif utk belajar.
.
Selamat berdagang saya ucapkan,
.
DrZul Izzi Bin Nordin (DDSUSM).
Short EURJPYSaya nampak, EJ bakal meneruskan penurunan sehingga ke support 122.600. Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi EURO yang dilihat semakin perlahan disebabkan oleh sektor automotive German yang semakin perlahan. Selain itu, kekuatan GBP selepas Undian Brexit di parlimen juga mempengaruhi kelemahan EURO.
Pasaran dilihat dalam keadaan risk-off buat masa ini. Jadi ia memberi peluang kepada trader untuk short EURJPY pada sekitar harga pivot minggu ini iaitu pada harga 124.314.
Ringkasan:
short EURJPY - 124.314
SL - 125.230
TP - 122.600
EURJPY 2019 pelan perdagangan (sila LIKE!)EURJPY
Pada 4 Jan 2019 saya telah membuat analisa tentang level "pullback" yang berpotensi selepas berlakunya "flash crash" tempoh hari, refer idea asal :
Pada masa ini harga telah pun berlegar di kawasan "sell zone yang saya tandakan seblum ini.
Saya akan membuat SELL disini dan sekiranya paras tertinggi 125.10 bertahan, perancangan untuk 2019 ialah untuk terus SELL sehingga paras keuntungan 118.80 dan juga 115.00
Semoga bermanfaat.
shukri
Penerangan terperinci teknik swing FCPOSmoke Evolution adalah satu indikator dan boleh juga dikatakan sebagai sistem trading yang lengkap. Terdapat beberapa pembahagian indikator di dalam Smoke Evolution.
1. Indikator Smoke
2. Indikator Fast Band
3. Indikator Slow Band
Indikator Smoke
Indikator Smoke merupakan indikator yang dapat menentukan arah pergerakan harga dengan keadaan dan bentuk Indikator Smoke.
Pertama
Untuk bacaan atau keadaan bentuk Indikator Smoke yang pertama ialah ia dapat menentukan keadaan market samaada dalam keadaan tren menaik atau tren menurun. Sekiranya harga berada di atas Indikator Smoke, ia menandakan market dalam keadaan tren menaik. Sekiranya harga berada di bawah Indikator Smoke, ia bermakna market dalam keadaan tren ke bawah.
Kedua
Kelebihan Indikator Smoke juga adalah ia dapat menentukan keadaan market ketika terlebih beli (overbought) atau terlebih jual (oversold) atau ketika market mula untuk membentuk anjakan (retracement). Ketika ini Indikator Smoke akan membentuk dalam keadaan mendatar dan harga mula menjauhi Indikator Smoke.
Ketiga
Indikator Smoke juga boleh mengenalpasti keadaan market yang mendatar. Sekiranya bentuk Indikator Smoke mula mengembang dan membentuk saiz yang besar, kemungkinan akan berlaku keadaan market mendatar dan bergerak pada paras harga yang kecil.
Indikator Band (Fast Band dan Slow Band)
Indikator band sangat sesuai untuk menentukan paras sokongan dan rintangan (support and resistance). Indikator Band mempunyai dua garisan yang membentuk seperti pita (band). Ini bagi memudahkan para trader menentukan paras permulaan tren, paras sokongan dan paras rintangan.
Band yang membentuk mendatar adalah paras yang sesuai untuk menentukan paras sokongan dan rintangan
Kesimpulan
Smoke Evolution adalah satu sistem trading yang mudah digunakan untuk menganalisis market. Dengan adanya fungsi arah market, paras sokongan dan rintangan membolehkan pedagang dapat melihat situasi market secara keseluruhan dengan mudah tanpa bergantung kepada teknik yang rumit dan membuat entry secara selamat. Walaubagaimanapun, Smoke Evolution tidaklah seratus peratus tepat, adakalanya market bergerak luar dari jangkaan disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, Smoke Evolution oleh digunakan juga dengan mana-mana sistem trading dan digandangkan dengan ilmu asas (fundamental). Tekan butang suka sekiranya anda menyukai System Trading Smoke Evolution. Sekian, Selamat bertrading.
P/S: Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila ajukan pada ruang komen yang disediakan. Untuk Penerangan yang lebih terperinci, anda boleh membuat bacaan pada pautan dibawah ;
IKHMAS : Adakah bakal meneruskan kenaikanSeakan-akan dalam fasa correction utk EW.
Namun kedengaran ada berita tidak bagus untuk sektor construction. Kita tunggu dan lihat minggu depan.