Qes Sedang Membentuk Cup & Handle! 1. Qes kini berada di atas EMA 50 petanda strong uptrend.
2. Persilangan golden cross 2 iaitu EMA 7 bersilang di atas EMA 21 telah pun berlaku pada timeframe daily.
3. Qes kini berada di atas support MA 5 (atas MA 5 petanda kaunter trending)
4. Sesuai untuk swing, Qes akan menyiapkan cup & handle dan akan cuba melakukan lebih kurang 18 %
kenaikan dari paras neckline cup & handle (aras neckline pada harga 58 sen) dan akan cuba mencapai target pada harga sekitar 69 sen.
5. Walau bagaimana pun seperti kita sedia maklum chart bergerak secara zig zag , akan berlaku retrace sebelum meneruskan kenaikan. Tanda aras fibo line
boleh dijadikan sebagai rujukan support & resistance .
6. Stoch RSI mendongak petanda momentum sedang bergerak ke atas, timeframe daily masih belum overbought, stoch rsi 80 terbaik untuk harga melonjak lebih tinggi.
Sila hati-hati apabila stoch rsi berada di atas 90 petanda kaunter hampir overbought.
Sila jaga trading plan masing-masing jika Qes tidak berjaya melonjak melepasi 58 sen dan harga mulai jatuh, sila jaga cutloss anda.
Ini hanyalah sekadar pandangan dan kajian chart saya sahaja, bukan buycall, sila kaji dan sediakan trading plan sebelum entry. #TAYOR
Klsemarket
Skpres Breakout! Masukkan Dalam Watchlist! (TF 15mins)1. Pada timeframe 15 minit Skpres telah berjaya melepasi harga breakout RM 2.33.
2. Golden signal sudah keluar, EMA 7 sudah bersilang atas EMA 21.
3. EMA 20 telah bersilang atas EMA 50. SMA 5 bersilang atas EMA 90.
4. Harga tutup cantik di atas EMA 50 (petanda kaunter uptrend), juga berada di atas EMA 90 dan SMA 200.
Berpotensi untuk melonjak ke harga sekitar RM 2.56.
5. Jaga trading plan anda. Stop loss pada harga sekitar RM 2.23.
Sekadar pandangan dan kajian kaunter-kaunter sahaja. Bukan buycall. TAYOR.
WILLOW (MYX:0008) Cubaan menguji paras sokongan pertama?Kalian dapat lihat kaunter ini telah melambung sejak bulan Ogos, dan kini berada dalam uptrend. Walaubagaimanapun, kaunter ini dijangka akan menguji paras sokongan merah di RM0.485 sebelum meneruskan perjalanan ke RM0.600, paras rintangan hijau yang dilukis dalam carta di atas.
Dengan adanya volum yang sihat, RSI yang berada dalam kalangan 55-70 serta MACD yang jelas menuju ke atas, dan harga melekat di bahagian atas bollinger band, semua indikasi buat masa ini menunjukkan momentum saham ini masih kuat dan sihat. Justeru, sekiranya kalian berminat, boleh gunakan entry yang berikut:
Beli : RM0.510
Cut loss : RM0.480
TP : RM0.560 (Berdasarkan nisbah risiko rezeki 1:2) - RM0.600 (Paras rintangan hijau)
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
HUAYANG (MYX:5062) Potensi naik sebanyak 24% !?Kalian dapat lihat bahawa kaunter ini telah gagal menebusi paras sokongan hitam di RM0.315, dan seterusnya mula bergerak ke arah atas bollinger band. Dengan adanya RSI berada di atas 50, MACD menunjukkan momentum positif, semua indikasi jelas menunjukkan bahawa kaunter ini ada potensi momentum untuk naik sebanyak 24% sehingga ke paras rintangan hijau di RM0.460, seperti yang tertera dalam carta di atas.
Justeru, sekiranya kalian berminat dengan kaunter ini, saya sarankan entry yang berikut:
Beli : RM0.365 - RM0.375
Cut loss : RM0.350 (Garisan Merah)
TP : RM0.460
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
SKPRES (MYX:7155) Harga mula bergerak ke atas!Seperti yang kalian dapat lihat dalam carta di atas, harga SKPRES telah mula bergerak seiras dengan bahagian atas bollinger band, bersama dengan indikasi RSI dan MACD yang juga menunjukkan signal beli.
Memandangkan SKPRES telah melambung dari paras sokongan hitam dan menunjukkan formasi double bottom, dan pembentukkan paras sokongan merah sementara selepas melekat di bahagian atas bollinger band tersebut, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:
Beli : RM1.310-RM1.325
Cut loss : RM1.275
TP : RM1.430
Dengan entry sebegini, nisbah risiko rezeki adalah berada di 1:2, jelas menunjukkan bahawa risiko ini berbaloi diambil demi potensi rezeki yang memuaskan.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
KSSC (MYX:5192) Menuju ke paras rintangan!Kaunter ini telah mula bergerak ke paras rintangan selepas melantun dari paras sokongan (0.375).
Kesemua indikasi menunjukkan momentum saham mula beralih ke arah positif, justeru kalian boleh cuba masuk dengan posisi berikut:
Beli : Antara 0.415 - 0.445
Cut loss : 0.360
TP : 0.585
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
KNM (MYX:7164) Potensi untung sebanyak 21% ?Dalam carta ini, kaunter saham KNM telah jatuh dan bertemu paras sokongan di RM0.350 .
Walaubagaimanapun, dengan adanya isyarat beli dari RSI yang telah merangkak keluar dari peringkat oversold, MACD yang bakal bertukar ke positif dengan momentum jual yang semakin berkurangan, Parabolik SAR yang telah negative sekian lama dan bakal tukar positif apabila trend berubah, berserta dengan corak pengumpulan candlestick di atas paras sokongan tersebut, kesemua indikasi menunjukkan bahawa harga kaunter berkemungkinan akan cuba melambung ke paras rintangan RM0.435 , iaitu TP pertama kaunter ini.
Justeru, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:
Beli : Antara RM0.355 - 0.370
Stop loss : RM0.340
TP : Antara RM0.435 - 0.475
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
MKH (MYX:6114) Tunggu retracement sebelum masuk?Kalian dapat lihat dalam carta di atas bahawa kaunter ini telah membentuk "double bottom" sebelum menebus paras rintangan merah dan menjadikannya paras sokongan merah.
Dengan kesemua RSI dan MACD berserta dengan Parabolik SAR menghala negatif sementara ini, saya rasa bahawa harga kaunter ini berkemungkinan akan jatuh ke paras sokongan merah sebelum melambung semula ke paras rintangan biru, diikuti dengan paras rintangan hijau.
Justeru, saya sarankan bahawa kalian boleh menunggu sehingga harga kaunter jatuh sedikit dan bertemu paras sokongan merah sebelum cuba dagangan dengan entry berikut:
Beli : RM1.400 - RM1.445
Stop Loss : RM1.340
TP : Antara RM1.660 - RM1.870
Konklusinya, untuk kurangkan risiko, kalian boleh tunggu sehingga semua indikasi menghala positif sebelum mencuba entry di atas (Sekiranya harga kaunter jatuh ke paras sokongan merah, dan kekal disokong paras sokongan merah tersebut.)
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
GETS (MYX:5079) Potensi profit sebanyak 62% ?Kalian dapat lihat bahawa harga kaunter ini telah melambung dari paras sokongan merah (RM0.135) sejak beberapa hari ini, dan membentuk paras sokongan berganda (double bottom).
Dari aspek teknikal, Parabolik SAR telah menunjukkan indikasi beli, RSI kekal meningkat dari paras oversold, dan MACD telah bertukar ke indikasi positif.
Dengan kesemua indikasi menghala positif dan paras sokongan kekal kuat di RM0.135, saya jangka bahawa momentum yang berterusan akan menyokong harga kaunter sehingga ke paras rintangan biru (RM0.200) sebelum meneruskan momentumnya ke paras rintangan hijau (RM0.255) .
Justeru, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:
Beli : Di antara 0.145-0.165
Stop loss : 0.130
Jual untung (TP) : 0.255
Sekiranya kalian buat kalkulasi nisbah risiko-rezeki, kalian akan dapati bahawa nisbah tersebut berada di antara 1.30x ke 3.17x; jelas menunjukkan bahawa dagangan ini berbaloi dicuba.
YONGTAI (MYX:7066) Cubaan mengatasi rintangan pertama?Dalam carta tersebut, YONGTAI sedang cuba beralih keluar dari peringkat pengumpulan volum(accumulation stage), dan cubaan mengatasi rintangan pertama di paras rintangan hijau (RM0.215) telah berlaku tetapi gagal.
Walaubagaimanapun, kita dapat lihat bahawa terdapat penambahan volum di 29 Okt dan 28 Nov yang jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak peminat kaunter yang cuba melambung naik harga tersebut.
Sementara itu, indikasi Parabolik SAR menunjukkan momentum positif walaupun Bollinger Band masih belum menunjukkan indikasi positif kerana kegagalan mengatasi paras rintangan tersebut.
Justeru, saya yakin bahawa harga kaunter ini akan melambung lambat-laun lagi, dengan pertolongan paras sokongan kuat di garisan hitam (RM0.190)
Sekiranya kedua-dua indikasi bollinger band dan parabolik SAR tukar positif berserta dengan pertambahan volum, kalian boleh cuba masuk kaunter ini dan tp di antara kedua-dua garisan rintangan merah tersebut.
Tapi buat masa ini, kalian monitor dulu. Apabila index KLCI tukar positif dalam jangka masa pendek tersebut, barulah kalian masuk kerana masa itulah peluang untung akan bertambah.
Konklusi? Panjang!
Tetapi, monitor dan tunggu setup carta cantik dulu sebelum masuk.
KHEESAN (MYX:6203) Momentum mula beralih ke arah positif?Walaupun KHEESAN telah berada di sideway trend kebelakangan ini, momentum kaunter ini kelihatan positif dengan adanya penunjuk Parabolik SAR yang positif, harga kaunter yang akhirnya menunggang di atas bollinger band, berserta dengan RSI yang semakin tinggi walaupun masih adanya jarak ke paras overbought.
Berserta dengan volum kaunter ini yang semakin bertambah apabila harga kaunter mula naik, saya jangka bahawa sekarang ialah salah satu peluang untuk masuk kaunter ini, dengan tanggungan risiko yang rendah dan berbaloi.
Sekiranya kalian berminat dengan kaunter ini, kalian boleh cuba masuk dengan setup berikutnya:
Beli: Antara RM0.300 - RM0.310
Jual: Antara RM0.385 - RM0.410
Cut loss: RM0.265
RGTECH (MYX:0202) Breakout berterusan dengan volum tinggi!Seperti yang kalian lihat dalam chart di atas, harga kaunter RGTECH sedang melambung tinggi selepas mengharungi paras rintangan di RM0.315 beberapa hari lalu.
Memandangkan harga kaunter masih naik seiras dengan pelebaran Bollinger Band, indikasi ini menunjukkan bahawa momentum kaunter ini dijangka akan berterusan buat masa ini.
Indikasi Parabolik SAR dan RSI di 69.50 juga menunjukkan bahawa momentum beli masih kuat.
Sekiranya momentum kaunter ini tidak lengyap, harga kaunter berkemungkinan besar akan cuba mengatasi paras rintangan seterusnya di RM0.395 .
Konklusinya,
sekiranya kalian berminat, bolehlah cuba masuk dengan entry berikutnya:
Beli: Antara RM0.330 - RM0.340
Jual: Antara RM0.385 - RM0.400
Cut loss: RM0.315
Kerana hampir semua penunjuk memberi indikasi momentum beli yang agak kuat, saya rasa bahawa risiko kaunter ini berbaloi ditanggung.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
KLCI INDEX - Berhati-hati ketika masuk pasaran!Seperti yang tertera di atas, kita boleh tengok bahawa keadaan pasaran tidak memuaskan baru-baru ini.
Ada juga kemungkinan bahawa pasaran akan masuk ke sideway pattern buat sementara sebelum tiba di mana paras rintangan ataupun sokongan.
Pokok kata, sila berhati-hati ketika berdagang, pastikan posisi anda tidak berisiko besar, dan kalau boleh, tunggu hingga KLCI mula gerak ke arah positif sebelum cuba masuk kaunter saham yang diingini.
NTPM (MYX:5066) Harga kekal atas paras sokongan lepas breakout!Seperti yang kalian lihat dalam chart tersebut, Harga kaunter telah melonjak tinggi sejak awal September 2019. Walaubagaimanapun, harga kaunter telah stabil dan kekal di atas paras sokongan (RM0.500).
Indikasi MACD dan Stochastic RSI juga menunjukkan signal bahawa harga kaunter mungkin akan mula bergerak ke atas kerana indikasi negatif semakin berkurangan.
Jadi, kita boleh cuba nasib dengan entry berikut:
Beli: antara RM0.505 ke RM0.525
Cut loss: RM0.495
Jual: Antara RM0.595 ke RM0.655
Dengan posisi di atas, kita akan menghadkan risiko kerugian dalam kaunter ini dan pada masa yang sama, pastikan ratio keuntungan kita jauh melebihi ratio risiko yang kita sanggup ambil.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
DGB (MYX:0152) Kekal di paras sokongan!Walaupun harga kaunter telah melonjak tinggi semenjak 15 Oktober 2019, kita dapat lihat bahawa harga kaunter telah membentuk dan kekal berada di atas paras sokongan terbaru (RM0.145).
Kedua-dua Stochastic RSI dan MACD juga menunjukkan indikasi bahawa momentum harga telah mula bergerak ke arah positif.
Tambahan pula, volum kaunter ini juga agak konsisten, menunjukkan sentimen pedagang yang positif kerana pembeli jauh melebihi penjual kebelakangan ini.
Sekiranya harga kaunter ini masih kekal berada di atas paras sokongan tersebut, kalian berkemungkinan akan lihat carta membentuk formasi "cup and handle" seperti yang tertera dalam carta di atas.
Memandangkan semua indikasi kelihatan positif buat masa ni, bolehlah kita cuba nasib dan masuk kaunter ini dengan entry yang berikut:
Beli: RM0.165
Cut loss: RM0.140
Untung Jual: RM0.220
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut