PMETAL (Teguh di atas Dua Lantai Dinamik)Sektor :
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- PMETAL merupakan salah satu daripada 30 komponen bagi indeks FBMKLCI.
- Keuntungan dan hasil (revenue) PMETAL menyusut YoY masing² sebanyak -2.93% dan -11.91%.
- PMETAL konsisten dalam pemberian dividen. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan berada dalam trend menurun. Terkini, dividen yang diberikan adalah sebanyak 4.25 sen sesaham. Dividen paling tinggi diberikan adalah sebanyak 8.5 sen sesaham pada tahun 2017.
- PMETAL juga merupakan saham pegangan bagi jerung² dan institusi² di Malaysia seperti:
1) EPF (pegangan sebanyak RM 997.96 juta).
2) KWAP (pegangan sebanyak RM 302 juta).
3) Tabung Haji (pegangan sebanyak RM 212.02 juta).
~ Teknikal ~
- PMETAL masih lagi uptrend dengan menjadikan MA 20 dan MA 50 sebagai support dinamiknya.
- Terkini, PMETAL dilihat sedang membuat retracement dan berada di atas MA 20.
- Kemungkinan PMETAL akan rebound di atas MA 20.
- Jika tidak berjaya rebound di atas MA 20, PMETAL mungkin akan menyambung retracement dan rebound di MA 50.
- Jika PMETAL mampu bertahan di atas MA 20 dan MA 50, harga berpotensi breakout RM 5.450 dan membuat higher high terbaru.
Nota kaki :
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Ma20
PMETAL (Dua Garisan Dinamik Sebagai Sokongan)Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PMETAL merupakan salah satu daripada 30 komponen bagi indeks FBMKLCI. Keuntungan dan hasil (revenue) adalah konsisten. Walaupun begitu, keuntungan dan hasil (revenue) YoY adalah menurun masing² sebanyak -2.93% dan -11.91%. PMETAL juga konsisten memberikan dividen kepada pemegang saham. Walaupun begitu, dividen yang diberikan menurun dan terkini, dividen yang diberikan adalah sebanyak 4.25 sen sesaham. Sebelum ini, paling tinggi dividen diberikan adalah sebanyak 8.5 sen sesaham pada tahun 2017.
- Dari sudut Teknikal, PMETAL dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 20 dan MA 50 sebagai dinamic support.
- PMETAL beberapa kali rebound di atas MA 20 dan apabila muncul signal strong bearish divergence, harga mula turun melebihi MA 20 dan rebound di atas MA 50.
- Terkini, muncul signal medium bearish divergence dan harga sekarang berada di atas MA 20.
- Stochastic cross up di paras oversold menunjukkan signal reversal atau rebound berlaku.
- Adakah harga akan rebound di atas MA 20 atau turun melebihi MA 20 dan rebound di atas MA 50 seperti sebelum ini?
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Medium Bearish Divergence = Keadaan dimana harga mendatar tetapi stochastic RSI menurun.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
GRANFLO (Dua Pilihan Jalan)Sektor:
- Technology, IT Product, Digital Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) GRANFLO dilihat uptrend sepanjang lima quarter berturut² pada Mei 2018 sehingga Mei 2019. Kemudian keuntungan dan hasil (revenue) menurun dan bergerak sideways. Pada quarter yang terbaru, GRANFLO telah mencipta keuntungan tertinggi. Keuntungan GRANFLO meningkat QoQ dan YoY. Walaupun begitu, hasil (revenue) menurun QoQ sebanyak -5.24% dan YoY sebanyak -26.27%.
- Dari sudut Teknikal, GRANFLO dilihat baru sahaja breakout bollinger squeeze.
- Kemudian, GRANFLO menurun tetapi volume penjualan tidak melebihi separuh volume pembelian sebelum ini.
- GRANFLO dilihat rebound di atas mid bb sebelum meneruskan kenaikan semula.
- Terkini, GRANFLO dilihat seperti ingin rebound sekali lagi apabila berada lama di paras harga RM 0.545.
- Dua signal berbeza ditunjukkan oleh MACD dan Stochastic RSI.
1) MACD cross down di atas paras 0 menunjukkan GRANFLO masih uptrend tetapi harga mungkin membuat correction terlebih dahulu. Mungkin harga akan pullback sehingga ke atas mid BB sebelum rebound semula.
2) Stochastic RSI cross up menunjukkan harga sedang reversal atau rebound.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Correction = Harga membuat pembetulan iaitu harga menurun 'sementara' sebelum meneruskan kenaikan.
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang terbentuk apabila harga mula merapat yang menyebabkan bollinger bands juga merapat.
* Mid BB = Middle Bollinger Band yang juga merupakan MA 20 merupakan garis tengah bagi bollinger bands.
* Upper BB = Upper Bollinger Band merupakan garisan atas bagi bollinger bands. Garisan ini boleh dijadikan harga untuk take profit (TP).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
D&O (Meninggalkan Petunjuk Sebagai Panduan)Sektor:
- Technology, Electronic, Semiconductors, LED, Electric Vehicles.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) D&O dilihat uptrend. Sejak Ogos 2020, keuntungan dan hasil (revenue) meningkat dengan drastik. D&O telah mencatatkan keuntungan dan hasil (revenue) tertinggi dalam QR nya yang terbaru pada 24 Februari 2021.
- Dari sudut Teknikal, D&O dilihat menjadikan MA 20 atau mid BB sebagai dinamic support.
- Harga kebiasaanya akan pullback sehingga ke paras MA 20 atau mid BB sebelum rebound hingga ke upper BB.
- Dalam kenaikan ini, berlaku strong bearish divergence dan ini mungkin boleh dijadikan panduan sebagai langkah berhati² jika ianya berlaku sekali lagi.
- MACD juga dilihat sedang cross up di atas paras 0. Kebiasaanya selepas MACD cross up, harga akan mula naik.
Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas.
* Mid BB = Middle Bollinger Bands yang merupakan MA 20.
* Upper BB = Upper Bollinger Bands yang merupakan garisan di atas mid BB.
* Strong bearish divergence = Keadaan di mana harga menaik tetapi oscilator seperti stochastic RSI menurun. Kebiasaanya harga akan menurun.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .
REDTONE BERSEDIA UNTUK BERTINDAKREDTONE telah pun berada di zon selesa dan sedang menunggu bahanapi yang cukup sebelum meroket. MA20, MA50 telahpun dilepasi dengan jayanya dan telahpun memanjat ke atas sebelum ini dan merosot semula ke bawah. Hanya menunggu volume besar untuk ia belayar ke samudera luas. Jika berjaya melepasi halangan merah di nilai 0.405, REDTONE bakal beraksi hingga ke 0.46 menurut Gann Chart.
Sama-sama kita saksikan. Boleh masuk ke watchlist untuk kita ramai2 pantau.
AYS Bertahan di atas MA20 Bersamaan Dengan Tengah BBAYS ditutup menarik hari ini kerana ditutup diatas aras MA20 bersamaan dengan tengah Bollinger Band. (Bollinger Band pun kena tanda seru, kejadahannya Tradingview ni, kalau Bahasa Malaysia nak tulis apa kalau Bollinger Band?). Ok sambung, Kotak pengumpulan pun telah berjaya dipecahkan. Jadi jika AYS mampu mempertahankan aras 0.350, secara teorinya berpotensi untuk mendaki ke atas. Aras rintangan adalah di 0.440 dan 0.510. Sama-sama kita kaji mengkaji. (Sekadar teori, kajian dan pembelajaran).
PRG : Peluang Entry Pada MA20, MA50 & MA2001. Jika dilihat pada sebelum ini, kaunter ini telah jelas membuat fasa accumulation/pengumpulan.
2.Kemudian, harga telah berjaya memecahkan MA20,MA50 & MA200.
3. MA20 & MA50 juga berada atas MA200.
4. Seterusnya diikuti dengan pullback dan rebound pada garis MA50.
5. Ini merupakan peluang entry yang baik kerana berdekatan dengan support MA50.
6. Jika dilihat menggunakan indikator RSI, menunjukkan berlakunya bullish divergence.
7. Jika entry boleh buat cutloss bawah pada 0.175.
KRONO : MA20 MA50 MA2001. Jika dilihat pada sebelum ini, harga berada dalam keadaan sideways yang lama dan sekarang berjaya memecahkan resistance 1.
2. Jika dilihat pada MA20.MA50 & MA200, harga berada di atas ketiga-tiga MA ini. Ini menunjukkan trend telah berubah dari sideways kepada uptrend
3. Jadi untuk target price boleh target pada resistance 2.
4. Atau boleh hold selagi harga tidak pecah support MA20
REX : Uptrend MA20,MA50 & MA2001. Jika dilihat pada keseluruhan kaunter, kaunter ini mengikut pergerakan MA20,MA50 & MA200
2. Setelah berada dalam keadaan downtrend iaitu berada di bawah MA20,MA50 dan MA200, harga berjaya memecahkan ketiga-tiga MA yang dianggap sebagai resistance dengan volume yang besar.
3. Ini menunjukkan harga berada dalam keadaan uptrend.
4. Jika nak entry, boleh entry semasa harga menyentuh MA20.
5. Jual selepas harga memecahkan MA20.
DOLPHIN - PABILA MA20 MENYENTUH MA50Ibarat bunga api roket dicucuh lighter......shhhiiiiuuuuuuutttttttt kebooom