Mac19
FITTER: Pecah 475, boleh ke 430FITTER juga semakin lemah dengan sokongan terdekat pada 475. Jika 475 gagal dijaga, ia akan mencetuskan jualan ke 430 sen. Tetapi, sekiranya ia dapat melantun di 475, ia bakal menemui rintangan pada 520 sen. Buat masa ini MACD dan volume oscillator menunjukkan bearish bias yang jelas.
SINO HUAAN: Mungkin akan pecah MA200 ke bawahMerujuk pada Volume Oscillator, dengan jelas diberitahu bahawa harga 255 sen iaitu harga sekarang, mempunyai pengurangan sokongan berbanding 18 Mac 2019. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa SINO HUAAN akan memecahkan MA200 iaitu tutup di bawah MA200 pada bila-bila masa daripada sekarang.
Sokongan penting pada 255 sebelum ke 240 dan 230 sen.
EVERSENDAI: Target ambil untung pada 590 senNampaknya benarlah bahawa EVERSENDAI bakal membuat lantunan selepas berjaya tutup di atas 505 beberapa hari lepas. Dengan itu, peluang ambil untung EVERSENDAI adalah pada 590 sen. Tetapi sebelum itu, SENDAI mesti memecahkan rintangan 520, 570 sebelum dapat bertemu dengan 590 sen. Sekiranya SENDAI masih lagi kuat selepas bertemu 590 sen, saya menjangkakan SENDAI untuk bertemu dengan 620 sen dalam lantunannya kali ini.
EURUSD Jangkaan Minggu HadapanEURUSD Masih dalam Trend Menurun Pada Minggu Lepas ia membuat kenaikkan untuk membuat reentry Sell di weekly
Dan Sekarang Trendline Kenaikkan Telah pun dibreakoutkan dan kini kita akan mencari peluang sell
Saya jangkakan EURUSD akan membuat kenaikkan untuk membuat pembetulan harga sekitar kawasan trendline
23-Mac-2019 : PEMBELAJARAN 3 - Istilah penting TRADER (BHGN - 1)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sesi pembelajaran. Namun saya tidak menyambung pembelajaran STRUKTUR (ADVANCE). Hal ini kerana saya mendapati rupanya ramai dikalangan trader tidak mengetahui istilah-istilah / singkatan yang digunakan di dalam perbincangan dan analisis .
Harus diingat, kemungkinan perkongsian istilah/singkatan yang saya akan buat pada hari ini akan ada perbezaan dengan apa yang anda pernah pelajari. Tidak mengapa, itulah adat dalam belajar… akan ada ketidakserasian yang kita kena terima dengan hati terbuka. Sekurang-kurangnya sasaran UTAMA penulisan ini adalah untuk mendedahkan pembacaan dan sekurang-kurangnya buka minda mereka sikit tentang apa yang orang tengah sembangkan.
Sebenarnya agak mengejutkan bila kita lihat trader share analisis bagai nak rak tapi istilah-istilah penting dalam trading pun tercengang-cengang nak hadam.
Tapi itulah reality kehidupan, kita selalu nak cepat dan tak sedar kita dah mengabaikan benda asas yang penting. Jadi tanpa membuang masa jom mulakan.
Kenapa memahami istilah/singkatan ini penting?
1. Memahami isi kandungan perbincangan.
2. Memudahkan komunikasi diantara trader.
3. Membolehkan kita bertindak pantas dalam menganalisis chart.
4. Mengelakkan dari tersesat tanpa hala tuju terutamanya untuk mereka yang tak faham tapi malu nak tanya & buat-buat faham.
Jadi untuk BAHAGIAN 1 penggunaan istilah ini dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut;
A. Keadaan Pasaran.
B. Jenis Trader
C. Instrument Terkenal
D. Platform kajian
Jadi saya hanya letakkan nama untuk singkatan terlebih dahulu memandangkan ianya adalah senarai yang sangat Panjang:
A. KEADAAN PASARAN
Adalah amat penting untuk mengetahui perkara ini kerana terutamanya bila kita mengadakan perbincangan di dalam ruangan sembang social (whatsapp/tele) kerana perbincangan aktif mungkin menyebabkan para trader lain tidak sempat untuk melayan permintaan newbie yang meminta penerangan.
Berikut adalah antara perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh trader bila mereka ingin berbincang tentang hala tuju pasaran semasa membincangkan paparan chart.
Pasaran menaik Pasaran menurun
- Bull - Bear
- Bullish - Bearish
- Long - Short
- Buy - Sell
- Fly - Junam
- Up - Down
B. JENIS TRADER
Trader boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Harus diingat, apabila seseorang memberikan isyarat membeli @ menjual (buycall/sellcall) anda perlu tanya "ini untuk trader jenis apa/kategori apa?" . Ini kerana setiap kategori mempunyai ciri-ciri tersendiri dan mereka adalah berbeza diantara satu dengan lain. Antara perbezaan ketara yang sangat perlu diambil perhatian adalah;
a) jangkamasa berdagang
b) sela masa (TF) yang digunakan.
c) modal
d) Sasaran
e) rancangan perdaganan (Trading plan)
f) Jumlah posisi dimasuki
Mari kita lihat jenis / kategori dibawa,
1. Scalper (risk taker)
- jangkamasa pendek (5saat - 5 minit)
- TF digunakan (1 Minit - 5 Minit)
- Kecil <100usd (high risk) SANGAT BESAR >3K (Profesional)
- Sasaran kecil (Hit n Run) mengamalkan ABC (asal biru close)
- tiada rancangan spasifik kerana sering bertindak pantas namun harus diingat mereka perlu MEMPUNYAI DISIPLIN YANG SANGAT TINGGI terutama berkaitan CUTLOSS
- jumlah posisi dimasuki adalah banyak selalunya diantara 5 - 20 posisi sehari
2.Intraday
- jangkamasa 1 hari (>5minit - close dalam hari yang sama)
- TF digunakan (15 Minit - H4 )
- Modal sedarhana (200usd =<)
- Sasaran sederhana (diantara 5-10% seminggu)
- kebiasaan menyasarkan R:R sekurang-kurangnya (1:1)
- 2 - 3 posisi sehari bergantung pada signal
3. SWING
- Short swinger / long swinger
- jangkamasa (Short swinger (2 hari - 1 minggu) / long swinger (1minggu - 6 bulan))
- TF digunakan (1 Hour - D1 )
- Modal sedarhana (200usd =<)
- Sasaran Sederhana (Short swing - 30-50%) / Sasaran Besar (Long swing 100% < )
- kebiasaan menyasarkan R:R sekurang-kurangnya (1:3)
- Short swinger (2-3 posisi - 1 minggu) / long swinger (1-2 posisi 1minggu)
4. INVESTOR
- jangkamasa (6 bulan< )
- TF digunakan (W1 < )
- Modal sedarhana (10K =<)
- Sasaran Besar (100% < )
- kebiasaan menyasarkan R:R sekurang-kurangnya (1:3)
- 1-3 posisi setahun namun bergantung kepada POTENSI mengikut kriteria yang mereka sudah tetapkan.
C. INSTRUMENT PILIHAN
Pada bahagian ini kita akan membincangkan beberapa instrument SELAIN FOREX. Bagi index pula penerangan lebih ditumpukan pada Nasdaq dan Dow Jones FUTURE SAHAJA. Baiklah kenapa sebenarnya ada banyak istilah yang digunakan untuk mewakili benda sama? Sebenarnya ini terjadi disebabkan BROKER BERLAINAN MEMPUNYAI CARA PENAMAAN YANG BERLAINAN. Mereka berhak untuk menentukan apakah teringkas yang mereka ingin gunakan.
Jadi, fokus utama adalah untuk memudahkan orang yang baru berkecimpung dalam bidang ini mengikuti perbincangan. Ini kerana apabila didalam ruang sembang sosial kebanyakan instrument hanya disebut dengan short form sahaja. Mari kita lihat dibawah:
GOLD
-------
XAUUSD - Gold/US dollar
XAUEUR - Gold/Euro
GOLD - kebiasaan merujuk kepada XAUUSD
MINYAK
---------
WTI - West Texas Intermediate
XTIUSD
USOIL
BRN - Brent Crude Oil
BRENT
XBRUSD
UKOIL
INDEX
-------
NASDAQ Future
- NAS100
- USTECH
- US100
- ND
DOW Future
- US30
- WS30
- DJ
STOCK
-------
Mother Share - Stock Utama
Option - seperti warrant dalam bursa
CFD - Contract for Different (perbezaan harga)
D. PLATFORM JUAL BELI DAN KAJIAN
Pada bahagian ini kita akan membincangkan sedikit mengenai platform kajian / jual beli dan broker. Ini juga satu bahagian yang sangat penting kerana kadang kala apabila perbincangan di ruang sembang sosial berlangsung, nombor atau harga yang dibincangkan kebiasaannya tidak sama. Ini bukanlah bermaksud terdapat manipulasi harga di pihak broker... tetapi ini adalah disebabkan liquidity provider (LP) bagi setiap broker adalah berlainan. Jadi semasa perbincangan tak perlu nak berbalah tentang nombor, buka chart masing-masing dan lihat kenapa nombor tersebut wujud di tempat-tempat berkenaan.
Jadi kita lihat senarai dibawah:
Platform Broker Penerangan
1. TV (tradingview) - Merupakan salah satu platform kajian yang sangat popular. Mudah digunakan,
- Paparan carta yang cantik dan kelihatan professional.
- Mempunyai senarai indicator yang terkenal dan ringkas.
- Terdapat versi percuma dan berbayar
- Penyaring stock yang boleh diharapkan
- Data adalah realtime
2. Thinkorswim TDAmeritrade - Kebanyakan digemari oleh stock trader.
- Fungsi perdagangan option yang terkenal
- Mempunyai data dan carta yang sangat menarik dan professional
- Indikator yang pelbagai
- Menyediakan fungsi penyaring stock (SCREENER) sendiri yang terbaik
3. SaxoTraderGo SAXO Bank - Kebanyakan digemari trader Malaysia
- Juga menyediakan perdagangan option/cfd/stock global
- Carta yang ringkas dan mudah difahami
- Indikator yang pelbagai
- turut menyediakan penyaring stock (SCREENER) sendiri
4. MetaTrader (MT4/MT5) FXprimus, xm, Insta - Kebanyakan platform pilihan untuk pedagang yang berdagang CFD
Pepperstone, icmarkets - Menyediakan leverage yang tinggi dan digunakan oleh kebanyakan trader di dunia.
LCG, dan banyak lagi - Paparan chart yang mudah, dan mempunyai indicator
- Menjadi pilihan terbaik untuk trader pemula kerana modal yang rendah (1USD pun boleh depo)
Secara keseluruhan saya sangat meminati dan selesa menggunakan Tradingview untuk membuat kajian kerana ianya sangat flexible dan mudah. Kebanyakan professional juga turut menggunakan platform ini kerana ianya bukan sekadar menyediakan tapak untuk pedagang membuat kajian tapi ia turut menyediakan ruang untuk penggunanya menulis ide dan berkongsi idea tersebut dengan semua org. Idea ini juga boleh diakses secara percuma.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi ini sahaja dahulu untuk BAHAGIAN 1, Inshaallah BAHAGIAN 2 akan menyusul bagi membantu pedagang mengenali istilah-istilah teknikal pula.
Sekian untuk perkongsian, semoga bermanafaat.
Jaycorp Membuat Pembetulan Harga Sebelum Teruksan KenaikkanSaham ini telah membuat impulsive movement dan sekarang ia mulakan pembetulan harga
Sila beri perhatian kepada level retracement favourite big big institusional ialah 61.8 ataupun 50 selalunya di level tersebut telah ada volume dan candle menjadi doji
Semoga berjaya !!
PANTECH: Selagi tidak turun harga terendah terdekat1) Jika dilihat menggunakan bolinger band, candle bakal bersentuh dengan lower bolinger band dengan band dalam keadaan mencekik sekarang ini.
2) Harga juga berada di bawah mid BB iaitu MA20 menandakan trend jangka sederhana masih belum positif.
3) MA50 pula berada di bawah candle, menunjukkan trend jangka panjang masih lagi dalam keadaan bullish.
4) KAunter ini masih menarik bagi saya jika dilihat kemasukan volume pembelian yang besar pada akhir bulan Februari lepas dan masih tiada penjualan besar yang berlaku selepasnya.
5) Candle terakhir tutup dengan bentuk doji menandakan ketidaktentuan dan reversal bakal berlaku tidak lama lagi.
6) Indikator Stoch RSI dan MACD juga masih belum menunjukkan petanda positif.
7) Kaunter ini masih baik untuk diintai selagi harga tidak pecah paras sokongan 0.510 dan tidak turun melepasi MA50.
ANCOM: Bakal melakukan kenaikan?1) Kaunter ini menunjukkan minat belian berterusan sejak pertengahan Januari lepas sehinggan kini dan tiada petanda penjualan besar yang berlaku.
2) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana candle baru memecahkan MA50 dan harga akhir berada diatas MA50.
3) BAgi indikator Stoch RSI juga telah bersilang dan mencapah keatas menunjukkan momentum kenaikan bakal hadir.
4) Indikator MACD juga berada diatas paras 0 tetapi masih belum bersilang garisan nya.
5) Jangkaan kaunter ini adalah positif dan bakal melakukan kenaikan lagi dalam waktu terdekat memandangkan candle berada tidak jauh dengan MA10 dan MA20.
6) Kaunter ini lebih menarik jika dapat memecahkan rintangan terdekat pada 0.490 dan 0.500.
SMETRIC: Beri perhatian1) Kaunter ini menerima kemasukan volume pembelian berterusan sejak pertangahan bulan Februari lepas dan masih tiada tanda-tanda penjualan besar yang berlaku.
2) Kaunter ini perlu diberi perhatian kerana membentuk bullish ascending triangle bagi chart pattern.
3) Kita boleh tunggu harga menunjukkan petanda positif untuk membuat pembelian atau breakout pattern.
4) Bagi indikator MACD dan Stoch RSI masih belum menunjukkan petanda positif tetapi masih berada dalam kawasan momentum.
5) Selagi harga tidak pecah harga sokongan terdekat di 0.520 kaunter ini masih menarik.
6) Candle juga berada tidak jauh dengan MA10 dan MA20, dimana waktu sekarang ini adalah waktu terbaik untuk pembelian.
MUDAJAYA: Di ambang fasa mark up?1) Harga tutup akhir adalah pada 0.340, dan R1 pada 0.355, R2 pada 0.360 dan R3 pada 0.375. Jika kaunter ini dapat memecahkan ketiga-tiga rintangan ini, semestinya kaunter ini bakal berada dalam fasa mark up.
2) Bagi jangka pendek kaunter ini menarik kerana telah breakout pattern dan indikator juga dalam keadaan positif.
3) Indikator MACD berada diatas 0 dan telah bersilang garisan MACD dan signalnya.
4) Indikator Stoch RSI juga telah bersilang dan berada pada paras 60 menandakan momentum build up dan kemungkinan boleh melakukan kenaikan lagi.
5) Kenaikan yang berlaku baru baru ini juga disokong dengan kemasukan harga yang agak signifikan.
6) Bagi saya kaunter ini masih berisiko rendah selagi tidak pecah harga sokongan terdekat pada 0.305.
GADANG: Masih ok atau tidak1) Bagi pengamal chart pattern, kaunter ini membentuk bullish pennant, jadi kita menanti breakout pada patten tersebut sebagai confirmation pembelian.
2) Jika dilihat pada indikator Stoch RSI juga menarik kerana garisan telah bersilang dan berada dalam lingkungan 70 menunjukkan momentum masih wujud dan bakal melakukan kenaikan lagi.
3) Kaunter ini juga didagangkan diatas MA20 dan MA50 sebagai petanda trend jangka sederhana dan jangka panjang masih dalam keadaan bullish.
4) Kemasukan volume yang tinggi pada 12 dan 13 Mac lepas juga harus diambil kira, menunjukkan kaunter masih mempunyai minat belian dan penjualan yang berlaku selepas itu juga masih dikira kecil dibanding kemasukan volume pembelian tersebut.
5) Pembelian pada harga terkini juga masih berisika rendah selagi harga tidak pecah 0.635 dan 0.640.
6) Jika dilihat indikator Parabolic SAR juga telah bersilang dibawah maka kita boleh ride the trends selagi support SAR berada dibawah.
FPGROUP: Tidak lama lagi1) Pembentukan candle doji pada hari Khamis dan Jumaat lepas, menunjukkan ketidakpastian bagi kaunter ini.
2) Bagi saya kaunter ini masih positif, jika dilihat pada kemasukan volume yang lepas.
3) Bagi moving average, kaunter ini didagangkan diatas MA20 dan MA50, trend jangka sederhana dan jangka panjang masih baik.
4) Tetapi dilihat pada indkator MACD dan Stoch RSI masih belum menunjukkan petanda yang baik.
5) Pembelian pada harga terkini adalah risiko rendah selagi harga tidak pecah 0.295 dan 0.300.
6) Boleh tunggu dan lihat candle pada hari isnin depan, jika terdapat kemasukan volume dan kenaikan harga, saya pasti kaunter ini akan terus membuat kenaikan lagi.
REACH: Menanti pattern breakout1) Sentimen minyak dan gas baru-baru ini menyebabkan kita perlu ambil perhatian kaunter ini.
2) Jika dilihat terdapat kemasukan volume yang signifikan pada 13 dan 14 MAC yang lalu, dan penjualan yang berlaku masih dianggap kecil dibanding dengan kemasukan volume tersebut.
3) Bagi pengamal chart pattern, kaunter ini membentuk bullish pennant, dimana pattern ini mempunyai peratusan keberkesanan yang tinggi.
4) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana, indikator Stoch RSI juga telah bersilang semalam pada paras 40, menandakan perubahan trend bakal berlaku.
5) Kita tunggu minggu depan jika terdapat tanda-tanda positif, boleh buat pembelian.
6) Selagi harga tidak pecah 305 dan 310, kaunter ini menarik dan perlu diberi perhatian.
K1: Sila beri perhatian1) Kemeriahan kemasukan volume membeli pada 12, 14 dan 18 Mac lepas, seharusnya kita sebagai traders tidak harus diabaikan.
2) Diingatkan harga juga tidak banyak bergerak sejak itu. Malah penjualan yang berlaku selepas itu masih dikira sedikit jumlahnya dibandingkan dengan kemasukan volume.
3) Bagi pengamal chart pattern, dapat dilihat kaunter ini seperti membuat bullish flag dari 12 Mac lepas sehingga kini.
4) Dilihat pada indikator Stoch RSI seperti bakal bersilang tidak lama lagi.
5) Lebih menarik indikator ini bakal bersilang di atas paras 30.
6) Dilihat pada sejarah kaunter ini, jika garisan bersilang diantara 30-70 (diluar overbought/oversold region) semestinya kaunter ini akan melakukan kenaikan yang banyak. Dapat dilihat pada bulan Oktober tahun lepas.
7) Pembelian pada harga sekarang boleh dianngap risiko rendah, selagi harga tidak pecah 0.230 dan 0.225