MuhammadAlTrader

GADANG: Masih ok atau tidak

MYX:GADANG   GADANG HOLDINGS BHD
1) Bagi pengamal chart pattern, kaunter ini membentuk bullish pennant, jadi kita menanti breakout pada patten tersebut sebagai confirmation pembelian.
2) Jika dilihat pada indikator Stoch RSI juga menarik kerana garisan telah bersilang dan berada dalam lingkungan 70 menunjukkan momentum masih wujud dan bakal melakukan kenaikan lagi.
3) Kaunter ini juga didagangkan diatas MA20 dan MA50 sebagai petanda trend jangka sederhana dan jangka panjang masih dalam keadaan bullish.
4) Kemasukan volume yang tinggi pada 12 dan 13 Mac lepas juga harus diambil kira, menunjukkan kaunter masih mempunyai minat belian dan penjualan yang berlaku selepas itu juga masih dikira kecil dibanding kemasukan volume pembelian tersebut.
5) Pembelian pada harga terkini juga masih berisika rendah selagi harga tidak pecah 0.635 dan 0.640.
6) Jika dilihat indikator Parabolic SAR juga telah bersilang dibawah maka kita boleh ride the trends selagi support SAR berada dibawah.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.