Systech: Volume besar masuk semalam1) Kemasukan volume yang besar semalam telah memecahkan rintangan pada 0.250.
2) Paras sokongan terdekat kaunter ini adalah pada 0.220 dan rintangan seterusnya pada 0.270 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) Bagi indikator MACD berada di atas paras 0 dan mencapah keatas, menunjukkan trend dan momentum dalam keadaan positif.
4) BAgi indikator Stoch RSI pula di paras 70 dan mencapah keatas juga menandakan momentum yang kuat dan akan melakukan kenaikan lagi.
5) Kaunter ini didagangkan diatas MA20 dan MA50,trend jangka sederhana dan jangka panjang masih ada dan boleh diharapakan.
6) Semestinya kaunter ini tidak akan membuat kenaikan berterusan.
7) Selagi harga tidak pecah 0.250, kaunter ini masih berbaloi untuk diberi perhatian.
Mac19
QES: Boleh ni1) Paras sokongan kaunter ini pada 0.215 dan rintangan seterusnya pada 0.270 dengan risk reward ratio lebih kurang 1:1.
2) Kaunter ini menerima volume pembelian yang berterusan selama beberapa hari lepas.
3) Ini menandakan minat belian itu ada dan kaunter boleh menlakukan kenaikan lagi.
4) Bagi indikator MACD juga berada diatas paras 0 tetapi masih tidak bersilang bagi garisan MACD dan signal.
5) Indikator Stoch RSI pula mencapah ke atas dan berada pada paras 70 menunjukkan momentum build up dan boleh berlaku kenaikan lagi.
6) Moving averaga yang lebih rendah MA 10 dan MA 20 juga bakal bersilang tidak lama lagi, melihat pada pergerakannya.
7) Para traders boleh tunggu harga pecah rintangan 0.235 untuk play safe atau risk taker boleh membuat kemasukan terkini.
VIS: Menanti grand spike1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada 0.485 dan rintangan pada 0.565 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:3.
2) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana percubaan untuk menahan kaunter ini daripada naik pada 0.535 sebanyak 3 kali sebelum ini.
3) Terdapat percubaan untuk memecahkan harga tersebut tetapi ditahan oleh market maker untuk proses pengumpulan lagi.
4) Selain itu, dapat dilihat kaunter bertahan pada 0.505 dan 0.510 selama beberapa hari.
5) Kaunter ini didagangkan diatas MA50 dan baru memecahkan MA20 menandakan trend jangka sederhana dan jangka panjang itu dalam keadaan uptrend.
6) Indikator MACD berada di atas paras 0, tetap masih tidak bersilang antara garisan MACD dan signal. Melihat pada gerakan garisan tersebut pasti tidak lama lagi bakal bersilang.
7) Indikator stoch RSI pula berada pada paras 60, momentum build up berlaku dan bakal meneruskan kenaikan.
8) Bagi moving average MA10 juga bakal bersilang pada MA20 tidak lama lagi dalam masa beberapa hari lagi.
9) Para traders kental, boleh masuk pada harga terkini.
10) Bagi risk averse traders, boleh tunggu harga pecah dan berada atas 0.535 untuk membuat pembelian.
GDEX: Macam tak lama lagi je1) Kaunter ini menarik kerana kemasukan volume dan kenaikan harga yang signifikan pada 26 Februari lepas, seterusnya masih tiada penjualan besar-besaran menandakan market maker masih di dalam kaunter ini.
2) Paras sokongan terendah bagi kaunter ini adalah 0.285 dan rintangan pada 0.385 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) Kaunter ini didagangkan di atas MA20 dan MA50 menunjukkan trend jangka sederhana dan jangka panjang masih didalam keadaan menaik.
4) Garisan MACD dan signal juga berada di atas paras 0, tetapi dua garisan ini masih belum bersilang,
5) Bagi indikator Stoch RSI pula menunjukkan penurunan tetapi dan menghala ke bawah dan masih belum bersilang antara garisan K dan D. Maka signal pembelian masih belum hadir.
6) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana percubaan untuk harga bertahan pada paras 0.330 dan 0.335 dalam masa beberapa hari ini.
7) Ini menunujukkan market maker cuba menyerap harga tersebut daripada penjualan para traders/retailers.
8) Para traders boleh tunggu apabila kemasukan volume dan tunggu moving average yang kecil bersilang.
EFORCE: Tak lama lagi1) Paras sokongan terdekat kaunter ini adalah 0.460 dan paras rintangan seterusnya pada 0.570 dengan risk reward ratio lebih kurang 3:1.
2) Kaunter ini menarik perhatian kerana bagi indikator MACD, garisan MACD dan signal bakal melepasi paras 0.
3) Jika dilihat pada sejarah kaunter ini, apabila MACD melepasi paras 0, akan berlaku kemasukan volume dan kenaikan harga yang signifikan.
4) Pada 6 Mac lepas juga terdapat kemasukan volume yang tinggi, secara tidak langsung masih ada market maker di dalam kaunter ini.
5) Bagi indikator Stoch RSI telah berada pada paras 50 dan mencapah ke atas, menandakan momentum build up dan kemungkinan akan berlaku kenaikan lagi.
6) Kaunter ini boleh dimasukkan dalam watch list, kenaikan yang tinggi itu bakal berlaku kemungkinan pada minggu hadapan.
Memahami maksud disebalik corak cartaAda dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun.
Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik.
Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal sahaja.
Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.
Huaan kini berada di paras sokongan FibonacciHuaan kini berada di paras Fibonacci 0.236 (harga 0.260). Candle menunjukkan pullback sihat iaitu kecil. Volume juga mengecil dan juga tidak terlalu besar selepas volume spike tempoh hari menunjukkan ramai pembeli masih menyimpan dan tidak melakukan penjualan.
Fibonacci retracement adalah sama seperti support and resistance biasa. Iaitu apabila harga berjaya memecahkan aras-aras Fibonacci ini, paras tersebut akan bertindak sebagai paras sokongan untuk menentukan samaada harga mampu meneruskan kenaikan.
ATURMAJU bersedia untuk membuat uptrendJika dilihat pada carta mingguan Aturmaju, ianya bertepatan dengan teori atau kaedah fasa pengumpulan WYCKOFF.
FASA A : Menandakan penghentian tren menurun. Kita dapat lihat harga sebelum ini dalam tren menurun, tetapi di FASA A, berlaku kenaikan volume dan kenaikan harga yang agak tinggi. Ini menyerap momentum bearish. Kemudian ianya kembali turun dengan kadar yang lebih perlahan.
FASA B : Fasa ini adalah fasa pengumpulan minat pelabur profesional besar atau institusi berikutan harga yang murah. Di sini profesioanal mengawal kenaikan harga dengan melakukan pembelian dan penjualan. Bermula dengan volume yang besar dan juga swing yang besar, ianya beransur-ansur berkurang. Apabila volume dan swing menjadi kecil iaitu kenaikan (retailer) sudah keletihan, maka ia bersedia untuk FASA C.
FASA C : Di fasa ini ia menguji bekalan (supply/seller) dengan menjatuhkan harga dari paras terendah. Waktu ini operator "Smart Money" akan melihat dan memastikan jika saham ini bersedia untuk membuat mark up. Kejayaan ujian ini ditunjukkan apabila volume ketika kejatuhan adalah rendah dan harga kembali naik ke paras terendah sebelum ini.
FASA D : Di fasa ini harga membuat sokongan baru yang lebih tinggi selepas sedikit mark up. Dan permintaan (demand/buyer) konsisten mengatasi bekalan (supply/seller). Di fasa ini juga menunjukkan volume kembali meningkat di mana, para pelabur mula memasuki.
FASA E : Di sini lah fasa mark up atau kenaikan sebenar akan bermula di mana permintaan telah benar-benar menguasai bekalan. Atau boleh dikatakan ini adalah fasa permulaan kenaikan atau tren menaik setelah fasa pengumpulan.
Jika dilihat di FASA D, ianya membuat corak mendatar Elliott Waves abcxabc. Dan volume juga mula tinggi. Harga juga konsisten di atas awan Ichimoku. Ini memberi isyarat bahawa ianya bersedia untuk memasuki FASA E (kenaikan).
Jadi bilakah atau entry sesuai?
Entry sesuai adalah apabila harga melepasi puncak (badan candle) FASA D iaitu 0.470. Atau apabila harga melepasi Kijun Ichimoku di 0.425.
Trading idea untuk swing traderSekadar pandangan peribadi.
Tak semua orang boleh trade hari-hari. Ada yang kerja 8 hingga 5. So bila masa nak monitor kaunter-kauter yang sedang aktif di bursa?
Memang tak ada masa nak tengok...percaya lah.
Caranya.... ramai orang cadangkan adalah dengan swing trade. Maknanya anda beli masa orang tak kecoh-kecoh pun pasal saham tu, then tiba-tiba je naik dan anda jual bila orang dah start kecoh-kecoh pasal saham tu. Menarik tak?
Anda boleh tengok contoh saham PCCS ni....memang agak lama dia side way...dan tak ada pun forum-forum atau channel-channel telegram yang sibuk cerita pasal saham ini. Bile saham ini membuat kenaikan, baru semua orang sibuk bercerita pasal saham ini.
So anda hanya perlu habiskan mungkin 2-3jam pada hujung minggu untuk mencari saham-saham yang agak lama side way. Then just monitor pergerakkan saham tersebut rapat-rapat.
Crude Oil menuju sasaran S3 dan mungkin jatuhpergerakan harga sedang membentuk chart pattern Ascending Wedge . harga mungkin akan mencuba paras S3 untuk menyempurnakan chart pattern tersebut sebelum jatuh dan memecah paras bawa sempadan Ascending Wedge tersebut. jika ini berlaku, sasaran kejatuhan dijangka kembali ke R1.
cadangan Long sehingga S3 dan tukar kepada Short setelah mencapai S3. CL jika harga mengundur sebanyak 5%
KGB 19/03/19 MAMPUKAH MENCIPTA ARAS TERTINGGI BAHARU ??1) Harga kaunter KGB pada tarikh 18/03/19 telah berjaya melepasi 2 rintangan kecil..
2) Adakah harga mampu untuk membuat aras tertinggi yang baharu??
3) Jika harga mampu melepasi aras 52 minggu tertinggi maka aras pivot boleh dijadikan petensi mengambil keuntungan..
4) Jika harga tidak berjaya melepasi aras 52 minggu tertinggi maka garisan trend menaik yang pendek @
aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
MRCB 19/03/19 KEMANAKAH ARAH TUJU ??1) Harga kaunter MRCB pada tarikh 18/03/19 berada dipenghujung corak segitiga dan
membentuk candle doji ..
2) Adakah harga akan ke atas @ harga akan ke bawah ?
3) Jika harga tidak berjaya melepasi aras rintangan maka garisan trend menaik @
aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
SYSTECH: Sokongan 255 senSYSTECH telah memecahkan MA200 hari ini dengan volume yang agak besar. Tetapi, corak volume yang datang secara tiba-tiba mungkin perlu diberi anggapan sebagai risiko tinggi. Mengikut harga tutup pada 18 Mac 2019, SYSTECH mempunyai sokongan pada 260, 255 sen. Bilamana jika sokongan ini gagal dijaga, ia bakal mencetus jualan ke 240 sen. Potensi bagi SYSTECH pula terletak pada rintangan 275 dan 310 sen. Syarat untuk pergi ke 310 sen adalah SYSTECH mampu mempunyai momentum belian yang kuat, dengan buy rate melebihi 75% di atas 275 sen. Jika gagal, ia boleh dianggap sebagai pergerakan lemah.
Dengan mengganggapkan sokongan penting pada 255 sen, pelabur mempunyai risk:reward ratio yang agak terhad jika SYSTECH tidak mampu berdagang melepasi 275 sen.
OCK: Berdagang di atas 61 sen untuk terus naikOCK perlu berdagang di atas 61 sen untuk terus naik. Jika sokongan 61 sen pecah, momentum bullish OCK mungkin akan diambil alih bear dengan sokongan seterusnya pada MA 200. Tetapi sekiranya 61 sen dapat dijaga rapi, OCK berpotensi untuk menguji golden ratio retracement pada 67 sen. Dengan harga sekarang, OCK menyediakan risk:reward ratio yang agak berbaloi untuk trader mencubanya. Jual rugi pada harga 59 sen sekiranya sokongan 61 sen pecah.
INARI: Lantunan biasaINARI sedang membuat lantunan biasa di dalam kawasan sidewaynya. Disebabkan saya adalah risk-averse trader, saya akan tunggu untuk INARI berdagang di atas MA 20 sebelum membuat keputusan trading. Rintangan penting adalah 1.610 untuk mengesahkan momentum belian.
Tetapi kita boleh anggap ketika ini bahawa 1.480 adalah sokongan terkuat INARI ketika ini.
Tengok dulu aksinya macam mana.
KGB, menawan dimata pelabur, menarik dimata PedagangKelington Group Berhad (KBG) merupakan salah satu kaunter kegemaran saya. Kenapa? Jom kita kaji sama2 dari aspek Catalyst, Fundamental dan akhir sekali Teknikal.
Berdasarkan catalyst terbaharu, KGB dilaporkan telah berjaya mendapatkan kontrak di awal tahun 2019 dari Singapura sebanyak RM93juta. Berita ini tentu menggembirakan pemegang saham KGB memandangkan ia dianggap permulaan yang baik bagi suku tahun pertama 2019. Dengan perkembangan yang positive diantara China dan US, KGB dilihat mampu meraih keuntungan yang lebih pada tahun 2019.
Secara fundamental, KGB sangatlah menawan..Haha..mengapa saya katakan begitu? Pertama kita perlulah memahami bahawa perniagaan / perkhidmatan utama KGB ialah menyediakan perkhidmatan Ultra High Purity dan Process Engineering kepada pelanggan korporat mereka. KGB pada tahun 2017 telah melebarkan sayap perkhidmatan dengan membekalkan perkhidmatan General Contracting kepada pelanggan yang memerlukan kepakaran pekerja - pekerja mereka. Dengan adanya sayap perkhidmatan yang baru, pengurusna KGB telah bukan sahaja mampu memaksimakan aset utama mereka iaitu kepakaran pekerja, malah mampu memberikan jaminan kepada pekerja mereka disebalik ketidaktentuan ekonomi kini. Tahun 2018 sekali lagi pengurusan KGB telah memutuskan satu lagi sayap perkhidmatan diberikan iaitu perkhidmatan Industrial Gases. Luar Biasa bukan? Dengan sikap yang optimistic, pengurusan KGB telah mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat dan bagi saya, mentaliti ini merupakan suatu kekuatan luar biasa KGB.
Kita lihat pula kepada Revenue Growth yang berjaya dicatatkan oleh KGB 3 tahun kebelakangan ini amat luar biasa. Pada tahun 2016, dengan pendapatan berjumlah RM340 juta dan keuntungan sebanyak RM8.6 juta, keuntungan yang direkodkan pada tahun 2017 berjaya mencatatkan peningkatan kepada RM12.2 juta disebalik penurunan sedikit dari jumlah Pendapatan sebanyak RM317 juta. Impressive kan? Ini bermakna, pada tahun 2017 pihak pengurusan KBG telah melaksanakan cost effective yang amat baik dan menyumbang kepada peningkatan profit margin. Dan tahun 2018 pula, peningkatan Pendapatan seiring dengan keuntungan dicatatkan dimana Pendapatan berjumlah RM349 juta dan keuntungan sebanyak RM18juta berjaya diraih.
Dari segi aspek penembusan pasaran pula, amat mengejutkan bahawa disebalik ketidaktentuan ekonomi, Malaysia dan Singapura masih menjadi pasaran utama KGB. Dengan pasaran Malaysia merangkumi 32% dan Singapura pula sebanyak 31.8%, pasaran China meningkat dari 17% pada tahun 2017 kepada 30.6% pada tahun 2018. Dengan keseimbangan pasaran ini, ia ternyata baik untuk KGB yang tidak akan menerima tempias yang besar hasil pertembungan China dan US melalui Trade War baru - baru ini.
Dari segi aspek kestabilan operasi perniagaan pula, sangat menarik untuk diperhatikan bahawa KBG memiliki Quick Ratio yang tinggi iaitu pada kadar 1.69. Ini bermakna, seandainya KGB membayar semua hutang - hutang termasuk Long Term Borrowing yang berjumlah RM1.5juta, KGB masih memiliki kecairan asset yang tinggi untuk meneruskan operasi..Menarik bukan? tambahan pula, KGB tidak memerlukan kepada Current Ratio kerana percentage Inventory kepada Current Asset hanya 0.55% sahaja..Wow!
So, pelabur fundamental dengan sendirinya tidak memerlukan pengiraan Debt To Equity Ratio memandangkan Quick Ratio yang saya terangkan di atas telah mampu memberikan anda senyuman yang lebar tanpa risau akan kebankrapan syarikat..Beralih pula kepada EPS, dengan hampir konsisten EPS dicatatkan pada tahun 2016 sebanyak 2.08, 2017 sebanyak 2.00 dan 2018 sebanyak 1.99, menarik bukan? Perlu diingat juga pihak KGB baru sahaja menerbitkan saham baru dengan exercise of 14,547,700 convertible warrant kepada saham...EPS yang hampir konsisten ini pada pandangan peribadi saya sangat luar biasa.
Jom kita ke Analisa Teknikal pula. Berdasarkan prestasi kaunter KGB, ia dilihat baru sahaja berjaya memecahkan Double Bottom terjadi pada sekitar Oktober dan Novermber 2018. Dengan trend terbaharu menunjukkan uptrend, KBG dilihat berjaya melepasi Resistance pertama iaitu pada harga RM1.26 - RM1.28. Resistence seterusnya yang juga merupakan All Time High adalah sekitar RM1.31 - RM.1.34. Dari aspek trend volume analisis pula, volume terkini menunjukkan berjaya memecahkan downline trend seperti dirajah. Volume pada hari hari seterusnya dijangka akan meningkat seterusnya mampu melonjakkan harga jauh ke atas. Seterusnya petunjuk (indicator) MACD seakan menghampiri perubahan trend. Histogram downtrend MACD dilihat melemah dan mampu memberikan buy signal kepada pedagang dalam masa terdekat. Namun begitu, petunjuk (indicator) Stochastic RSI telah lebih awal memberikan petanda dimana garisan Stochastic telah berjaya melepasi tahap Oversold (20).
Selamat melabur dan berdagang..Semoga Idea ini memberikan manfaat buat anda. Terima kasih kerana sudi membaca :)
DESTINI : Melepasi MA200? DESTINI telah mendapat momentum mendadak selepas berjaya merentasi MA200 pada 13 Mac lepas. Berkemungkinan akan meneruskan uptrend untuk satu jangka masa. Tetapi disebabkan FA yang kurang menarik, sy menjangkakan uptrend ini tidak akan kekal lama. Berkemungkinan stock akan test pada harga 0.400.
Analisis Xeostock
Xeostock TA : 57.14% (Keseluruhan (termasuk faktor2 TA lain)
Bear to Bull
Upper Golden Cross
RSI 80.10%
Momentum 40.50%
Xeostock FA : 12.50% (merangkumi banyak faktor)
FA tidak begitu cantik. berdasarkan analisis, tidak sesuai untuk Long Term pada pandangan saya.
sesuai untuk short term melalui TA.
Ratio: (Ringan ke sederhana)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.340
Resistance 1 : 0.350 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.370 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.340
Support 1 : 0.330 (+-0.005)
Support 2 : 0.310 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Krono : Engulfing, hammer, Doji... mana dia nak pergi?Krono 18 MAc 2019, harga berada hampir dengam paras sokongan. Candle pada hari selasa lepas membentuk corak bullish engulfing diikuti dengan hammer dan 3 doji.
Menarilk untuk diperhatikan.. mungkin akan melantun naik atau mungkin turun lagi sikit membentuk pattern cypher ???