Hiaptek: Tutup hari ni dengan jayanya1) Sentimen kaunter kaunter pembinaan, menyebabkan kaunter kaunter besi perlu kita ambil perhatian.
2) Paras sokongan terdekat adalah pada 0.265 dan rintangan terdekat seterusnya pada 0.320 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) MA 10 baru bersilang ke atas dengan MA20 menunjukkan minat belian jangka pendek yang semakin meningkat.
4) Selain itu, kaunter ini juga didagangkan diatas MA20 dan MA50, menunjukkan long term dan mid term trend berada pada trend menaik,
5) Kaunter ini menarik kerana Parabolic SAR telah melintas ke bawah, ini menunjukkan kita boleh ride the trends selagi harga tidak melepasi paras sokongan parabolic SAR.
6) Bagi indikator MACD juga berada diatas paras 0 dan garisan MACD dan signal telah bersilang, menunjukkan momentum belian akan berterusan dalam masa terdekat.
7) Boleh diberi perhatian kaunter ini pada harga terkini atau retracement sedikit pada waktu terdekat.
Mac19
HUAAN: Tutup di mana hari ini? (14 Mac) 4 petang / 14 Mac 19
Jika HUAAN tidak mampu tutup di atas 255, para pedagang perlu melihatnya sebagai berisiko, kerana HUAAN gagal memecahkan MA 200 dengan sempurna. Kaunter-kaunter yang gagal memecahkan rintangan MA 200 akan mengalami retracement yang agak besar. Tetapi, jika HUAAN mampu tutup di 260/265, para pedagang perlu melihatnya sebagai 'positif' kerana MA 200 dapat dipecahkan dengan volume yang banyak, melebihi dua kali ganda purata volume 20 hari. Jika tutup di 270 (dan ke atas) pula, HUAAN dianggap sebagai 'tersangat positif'.
Mengikut Fibo yang saya unjurkan, rintangan seterusnya untuk HUAAN, jika mampu memecahkan MA 200 hari ini adalah 275. Jika mampu berdagang dengan stabil di atas 275, HUAAN mampu capai ke 295. Rintangan seterusnya adalah 325 & 340.
Panjang jika HUAAN mampu menutup di atas 255 hari ini.
Ucrest: Boleh pergi jauh ni1) Paras sokongan terdekat adalah pada 0.240 dan rintangan terdekat pada 0.280 dengan risk reward ratio lebih kurang 1:1.
2) Kaunter ini menarik perhatian kerana garisan MACD bakal melintas paras 0 pada indikator MACD.
3) Jika dilihat pada sejarah kaunter ini yang lalu, kenaikan yang banyak pasti akan belaku apabila garisan MACD baru melepasi paras 0.
4) MA10 dan MA20 juga telah bersilang, ini menunjukkan minat belian jangka pendek itu ada.
5) Parabolic SAR juga telah melintas ke bawah 4 hari lepas, selagi harga berada di atas parabolic SAR kita boleh ride the waves.
6) Harga menarik untuk diperhatikan jika berada diatas 0.275 dan lebih menarik jika pecah rintangan seterusnya pada 0.280.
Huayang: Jangan musnahkan harapan ku 1) Sentimen kaunter-kaunter pembinaan baru-baru in juga menyebabkan kaunter properties ini perlu diberi perhatian.
2) Harga sokongan terdekat adalah pada 0,385 dan paras rintangan terdekat pada 0.435 dengan harga terkini pada 0.425. Risk reward ratio adalah lebih kurang 2:1.
3) Kaunter ini menarik kerana berada di atas MA 50, menunjukkan long term trend pada trend menaik.
4) Harga terkini juga berada telah pecah MA20, menunjukkan mid term trend juga pada trend menaik.
5) Selain itu, MACD berada diatas paras 0 dan telah bersilang antara garisan MACD dan garisan signal.
6) Ini menunjukkan momentum menaik akan berlaku lagi dalam masa terdekat.
7) Parabolic SAR juga berada di bahagian bawah, ini boleh dinyatakan waves menaik akan terus berlaku.
8) Boleh diperhatikan, jika harga berada diatas harga 0.435, pasti lebih menarik untuk membuat pembelian.
CUSCAPI: Masih boleh diharap1) Sentimen kaunter -kaunter teknologi menyebabkan kita tidak boleh mengabaikan kaunter ini.
2) Paras sokongan terdekat adalah pada paras 0.185 dan paras rintangan terdekat pada 0.230 dengan harga terkini pada 0.205 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) Kaunter ini menarik untuk diberi perhatian keran indikator parabolic SAR telah melintas ke bawah.
4) Selagi harga terkini tidak jatuh lebih rendah daripada parabolic SAR, kita boleh ride the trends.
5) Bagi indikator MACD juga telah melintas antara garisan MACD dan garisan signal. Ini juga menunjukkan minat belian itu wujud dan momentum kenaikan bakal berlaku dalam waktu terdekat.
6) Bagi risk averse investor/trader, boleh tunggu harga melepasi paras 0.210.
7) Para traders lain boleh masuk harga terkini atau tunggu harga melakukan sedikit retracement.
Layhong: Macam nak pergi jauh1) Paras sokongan terdekat adalah pada 0.400 dan paras rintangan terdekat adalah pada 0.500 dengan harga terkini pada 0.450..Risk reward ratio adalah pada 1:1.
2) MA50 berada pada 0,430 dan boleh dijadikan paras sokongan atas paras cut loss terdekat. Harga juga berada di atas MA50 menunjukkan minat belian jangka panjang itu wujud dan selagi harga berada diatas paras MA50, boleh dinyatakan long term trend pada keadaan uptrend.
3) Harga terkini juga telah melintas MA20 menunjukkan mid-term trend juga pada trend menaik.
4) Kaunter ini menarik minat saya kerana Parabolic SAR telah melintas ke bawah, menunjukkan trend menaik akan bermula.
5) Selain itu, bagi penunjuk MACD juga berada di atas 0 dan garisan signal dan garisan MACD juga melintas antara satu sama lain.
6) Ini menunjukkan kaunter ini akan meneruskan kenaikan dalam waktu terdekat.
7) Para traders boleh masuk pada harga terkini atau tunggu harga melakukan retracement, selagi tidak pecah harga cut loss.
Malton: Permulaan trend jangka pendek yang baru1) Paraas sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada harga 0.475 dan rintangan terdekat pada 0.580 dimana harga terkini pada 0.525. Risk reward ratio adalah lebih kurang 1:1.
2) Harga terkini kaunter ini berada di atas MA50 dan diatas MA20.
3) Ini menunjukkan minat belian bagi long term dan mid term pada trend menaik.
4) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana berada di atas paras 0 bagi penunjuk MACD dan garisan signal dan garisan MACD juga telah bersilang.
5) Ini menunjukkan kaunter ini akan meneruskan kenaikan dalam masa terdekat.
6) Penunjuk teknikal Parabolic SAR juga telah melintas ke bawah menujukkan bahawa selagi harga tidak turun daripada paras sokongan SAR yang terdekat, kaunter ini akan meneruskan kenaikan.
7) Para trader/investor boleh beli pada harga terkini atau tunggu harga turun sedikit pada harga terendah pada harga 0.510.
Hibiscus: Masih ada peluang1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada 0.985 dan paras rintangan terdekat pada 1.110 dan harga terkini adalah 1.050 di mana risk reward ratio adalah lebih kurang 2:1.
2) Harga terkini betul betul berada pada paras MA20.
3) Selagi harga tidak turun daripada harga terkini, boleh dinyatakan harga berada pada mid-term uptrend.
4) Minat belian juga dapat dilihat pada volume belian tinggi yang masuk bermula pada 14 februari lepas.
5) Indikator parabolic SAR juga telah melintas ke bawah bermula hari ini. Parabolic SAR mengukur pergerakan harga, dan menunjukkan harga tertinggi hari ni telah mencecah harga tertinggi terdekat sebelum ini.
6) Bagi risk-averse investor/trader boleh menunggu sehingga paras harga lebih tinggi daripada 1.080 dan target take profit pada rintangan 1.110.
7) Bagi risk taker investor/trader boleh mencari harga serendah yang boleh atau masuk pada harga terkini.
Ni Hsin membuat corak kenaikan Elliott Waves?Melihat pada carta, kita dapati Ni Hsin telah membuat fasa pembetulan (correction) yang lengkap (i, ii, iii, iv, v) sebelum membuat kenaikan lantas membentuk gelombang 1.
Kemudian dia menurun kembali sebanyak 61.8% ketinggian gelombang 1, dan membuat higher low. Ini mengesahkan ia membuat corak Elliott Waves gelombang ke 2.
Dari seterusnya naik melepasi 50% ketinggian gelombang 2 (0.285) serta berjaya membuat paras sokongan di situ. Ini menguatkan lagi corak Elliott Waves yang dibuat.
Dari sini kini boleh membuat anggaran dia akan naik hingga ke paras 0.41 (gelombang 3) iaitu 161.8% ketinggian gelombang 1 kemudiannya diukur dari low gelombang 2. Namun ia juga boleh pergi sekadar ke 0.350 iaitu 100% ketinggian gelombang 1 diukur dari low gelombang 2.
Dengan mengambil kira kebiasaan gelombang iaitu 161.8% kita buat andaian dia akan pergi ke 0.41 dan kemudiannya turun kembali ke 0.350 iaitu 38.2% ketinggian gelombang 3. Lantas membentuk gelombang 4.
Dari gelombang 4 ia akan meneruskan pendakian hingga ke 0.470 (61.8% ketinggian dari permulaan kenaikan hingga ke puncak gelombang 3) atau 0.505 (78.6% ketinggian dari permulaan kenaikkan hingga ke puncak gelombang 3) sebelum membuat pembetulan. Ini membentuk gelombang 5.
Bilamana kita hafal dan kenal corak-corak pada carta seperti Elliott Waves, maka mudah bagi kita untuk memasang strategi trading kita. Tidak lagi tertanya-tanya boleh naik lagi ke tidak. Kita trade dengan lebih yakin dan tidak mengikut emosi.
Setelah mengenal pasti corak, tugas kita seterusnya hanyalah melihat pada candle dan volume untuk memastikan ia mengikut pergerakan corak yang kita jangkakan. Seandainya ia menyimpang dari jangkaan kita, maka kita tahu ada sesuatu yang tidak kena maka mudah untuk kita membuat keputusan untuk keluar dari posisi.
PERDANA melepasi trend sidewayPERDANA telah melepasi resistance trend mendatar (0.305) semalam dan telah berjaya membentuk candle marubozu. Kenaikan semalam sebanyak 50% dan telah melepasi parah tertinggi 52 minggu kaunter ini.
Hari ini telah berlaku gap up pada paras 0.480 dan kaunter ini telah membuat paras tertinggi yang baharu iaitu 0.540.
PERDANA perlu kukuh di atas 0.450 untuk meneruskan kenaikan.
Sapura Energy mampukah 0.340 menjadi sokongan?Semalam Sapura Energy cuba melepas halangan 0.340. Dan kita lihat adanya volume yang tinggi. Ini menunjukkan ianya mempunyai momentum.
Pagi ini dilihat ia menguji halangan 0.340 sebagai sokongan. Apakah ia akan berjaya dan seterusnya menuju ke 0.455?
Jika dilihat pada trendline di bawah dia ada membuat spring sebelum membuat lonjakan. Saya lihat ini sebagai isyarat yang kuat dia boleh pergi lebih jauh.
Trendline di atas adalah consolidation trendline. Ia perlu melepasi garisan ini untuk menamatkan fasa accumulation dan seterusnya membuat reversal (trend menaik).
Sama-sama kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.
Pemangkin yang kuat untuk Sapura Energy ini membuat kenaikan adalah book order dia dan juga sentimen oil and gas yang menggila tahun ini. Sektor oil and gas terutamanya downstream seperti penyelanggaraan didapati mula aktif (banyak projek atau kerja yang tumbuh bagai cendawan).
Untuk mendapatkan pulangan yang lumayan dalam bidang saham ini, adalah idea yang baik untuk melihat pada fundamental dan juga analisa teknikal.
Kenaikan tanpa fundamental hanyalah bersifat sementara dan berisiko tinggi.
2739 HUAAN : Cubaan Untuk Memecahkan Downtrend Line?Perubahan bakal berlaku jika mampu keluar daripada downtrend kerana sudah memasuki fasa confirmation untuk memecahkan downtrend.
daripada segi FA adalah sederhana jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain. Terdapat kenaikan revenue tahunan.
Berdasarkan analisis Company Growth selama 5 tahun. Harga patut bagi share Huaan adalah 0.260. Di bawah 0.260 ianya berada dibawah 'undervalue'.
Ratio: 4.3 (Sederhana)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.215
Resistance 1 : 0.220 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.270 (+-0.005)
Sy yakin jika ada volume sekurang2nya 10 juta dengan buyrate maintain di atas 80%, besar kemungkinan akan pergi lebih daripada 0.235 pada esok hari jika open price esok adalah di atas 0.225.
Jika harga kekal di bawah 0.230
Support 1 : 0.220 (+-0.005)
Support 2 : 0.170 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
CARIMIN 13/03/19 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN1) Harga kaunter CARIMIN pada tarikh 13/03/19 meneruskan kenaikan selepas membuat lantunan
pada garisan trend menaik..
2) Kenaikan harga kaunter ini juga disokong dengan volume yang kuat..
3) Adakah kaunter ini mampu melepasi garisan trend menurun ??
4) Jika harga tidak berjaya melepasi aras rintangan maka garisan trend menaik @
aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
DESTINI 13/03/19 MELEPASI GARISAN TREND MENURUN1) Harga kaunter DESTINI pada candle 13/03/19 telah berjaya keluar dari kawasan segitiga dan
telah berjaya keluar semula dari awan ichimoku..
2) Mampukah harga kaunter ini meneruskan kenaikan??
3) Jika harga tidak mampu melepasi aras rintangan maka aras rintangan menjadi sokongan @
garisan trend menaik segitiga boleh dijadikan aras menghentikan kerugian @
kawasan lantunan harga..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
SINMAH CAPITAL 13/03/19 MELENGKAPKAN CORAK 1) Harga kaunter SINMAH CAPITAL pada candle 13/03/19 telah berjaya melengkapkan pattern cup n handle ..
2) Mampukah harga melepasi aras rintangan dan mencapai potensi target yang ditetapkan??
3) Jika harga tidak mampu melepasi aras rintangan maka aras sokongan boleh dijadikan aras menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
9261 GADANG : Bullish Reversal Berlaku? Bullish reversal signal keluar hari ini pada stock GADANG. Berkemungkinan akan berterusan beberapa hari, kemudian retracement, dan seterusnya meneruskan kenaikan.
Jika esok mampu kekal berada di atas 0.655,sy percaya harga akan naik lebih laju.
Analisis Xeostock
TA : 14.30%
FA : 38.00%
Sesuai untuk short term- mid term.
EPS GADANG telah meningkat melebihi 20% dalam masa berbanding 5 tahun sebelumnya.
Berdasarkan analisis Company Growth selama 5 tahun. Nilai GADANG sudah menghampiri fair value.
Ratio: 1.5 (Sangat Ringan)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.650
Resistance 1 : 0.660 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.690 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.650
Support 1 : 0.635 (+-0.005)
Support 2 : 0.610 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
VELESTO - Terus menarik minat pelaburVelesto terus trend ke atas selepas melepasi DTL pada 6 mac lalu, sekaligus terus maintain d atas SMA200.
- Peningkatan volume boleh diperhatikan sejak QR4
- Volume tertinggi pada 12 mac, telah menunjukkan harga telah melepasi beberapa rintangan sebelum ini
- Harga sekarang pada rintangan sebelumnya, dan kita tunggu price action seterusnya untuk trend higher
- next TP pada 0.32
QR4FY18 banyak mengurangkan jurang kerugian, telah meyakinkan para pelabur sejak 27th Feb lalu. Faktor2 improvement QR terdekat, i) Penggunaan dan permintaan drilling rig yang bertambah baik, ii) penambahbaikan operasi aliran tunai (CF) dengan kecekapan kos yang tinggi, iii) kedudukan kewangan yg sihat
0039 GFM : Bullish Reversal Menjelma?Bullish Reversal menjelma pada GFM. Berdasarkan analisis sy menjangkakan akan bermula kenaikan selama beberapa hari sebelum jatuh semula.
Berdasarkan TA kenaikan akan berlaku. Sesuai untuk short term. Saya menjangkakan kenikan hanya sementara. Golden Rule TA Xeostock - 43%
Teratpi jika melihat kepada FA, berdasarkan 5 tahun pertumbuhan syarikat yang lepas, syarikat ini kurang memberangsangkan. Tidak ada satu pun Golden Rule FA Xeostock yang saya tetapkan untuk menganalisis syarikat, ada pada syarikat ini.
Ratio: 1.9 (Sangat Ringan)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.540
Resistance 1 : 0.550 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.560 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.540
Support 1 : 0.530 (+-0.005)
Support 2 : 0.520 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
PRESBHD: Long sampai 0.785PRESTARIANG BERHAD hari ini telah membuat satu kenaikkan yang diiringi dengan MACD positif. Ini menandakan satu kekuatan yang lebih kuat berbanding dengan kenaikkan sementaranya sebelum ini, pada bulan November 2018. Bacaan MACD ketika 780 sen waktu itu adalah -0.08, berbanding sekarang, 0.03 pada harga 0.56 sen. Apabila MACD mengeluarkan bacaan tinggi, tetapi harga lebih rendah daripada tinggi sebelumnya (November 2018), maka ia boleh diertikan sebagai bullish divergence.
Bagi saya agak selamat untuk masuk PRESBHD dengan ambil untung pada 0.785 dengan peluang ambil untung melebihi 35%. Jual rugi sekiranya sokongan 0.530 pecah.