MuhammadAlTrader

Hibiscus: Masih ada peluang

MYX:HIBISCS   HIBISCUS PETROLEUM BHD
1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada 0.985 dan paras rintangan terdekat pada 1.110 dan harga terkini adalah 1.050 di mana risk reward ratio adalah lebih kurang 2:1.
2) Harga terkini betul betul berada pada paras MA20.
3) Selagi harga tidak turun daripada harga terkini, boleh dinyatakan harga berada pada mid-term uptrend.
4) Minat belian juga dapat dilihat pada volume belian tinggi yang masuk bermula pada 14 februari lepas.
5) Indikator parabolic SAR juga telah melintas ke bawah bermula hari ini. Parabolic SAR mengukur pergerakan harga, dan menunjukkan harga tertinggi hari ni telah mencecah harga tertinggi terdekat sebelum ini.
6) Bagi risk-averse investor/trader boleh menunggu sehingga paras harga lebih tinggi daripada 1.080 dan target take profit pada rintangan 1.110.
7) Bagi risk taker investor/trader boleh mencari harga serendah yang boleh atau masuk pada harga terkini.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.