Idea komuniti
Keadaan carta semasa dan teknik yang kita pandaiBerdagang tanpa teknik atau pelan dagangan selalunya tidak dapat memberikan keputusan yang memberangsangkan.
Ada teknik tapi memilih carta yang salah juga tidak membantu untuk mengekalkan prestasi dagangan yang baik.
Fahamkan dulu teknik yang sudah dipelajari dan sesuaikan mengikut keadaan semasa carta.
Kalau teknik kita hanya sesuai untuk breakout, carilah carta yang ada nampak ciri-ciri hendak breakout. Begitu juga dengan teknik-teknik lain.
Kotak DagangBox trading atau kotak dagang sangat mudah untuk di buat, tetapi perlukan pemerhatian yang baik sebelum membuat keputusan jual beli.
Seperti mana ketika harga naik, begitu juga konsep yang sama digunapakai ketika harga turun. Cuma terbalikkan saja segala syarat2 yang ada.
Mengukur target jika aras sokongan atau swing bocorTempohari kita sudah melihat bagaimana mengukur ANGGARAN TARGET jika harga tembus ke atas aras halangan.
Konsep yang sama juga boleh digunakan untuk carta-carta yang sedang tembus aras sokongan atau aras swing. Hanya terbalikkan saja cara yang sama.
Bukan setepat-tepatnya kita mau, yang paling penting, melihat apa reaksi harga jika sampai ke kawasan target.
Semoga terhibur.
Indikator pertama menggunakan Editor Pine - salin dan tampalDalam video ini , saya tunjukkan cara untuk membuat skrip / indikator sendiri dengan bantuan Editor Pine.
Masih banyak lagi yang boleh dibuat. Tapi, sebagai pengenalan awal, dapat salin dan tampal pun jadi lah.
Peringatan : Hanya untuk pembelajaran saja. Sila dapatkan nasihat dari remiser atau pakar kewangan sebelum membuat keputusan jual beli di bursa.
Salin skrip di bawah :
//@version=3
study(title="Volume", shorttitle="Vol", precision=0)
showMA = input(true)
Value = input(30)
barColorsOnPrevClose = input(title="Color bars based on previous close", type=bool, defval=false)
palette = barColorsOnPrevClose ? close > close ? red : green : open > close ? red : green
arrow = volume< volume and volume < volume and close <= open and close > ema(close,21)
plot(volume, color = palette, style=columns, title="Volume", transp=65)
plot(showMA ? sma(volume,Value) : na, style=line, color=blue, title="Volume MA", transp=65)
plotshape (arrow, style=shape.cross, location=location.abovebar, size=size.tiny, color=black)
Dialog - fasa terkiniPembetulan - Dialog sudah berada dalam komponen indeks KLCI. Nak sebut PRESS METAL, tetapi tersebut PENTA la pulak. Harap maaf.
Ada sedikit penerangan ringkas berkenaan carta DIALOG. Ada kemungkinan carta sedang berada di fasa 3 atau fasa distribution.
Tetapi, fasa 3 tidak akan lengkap selagi harga belum turun dan keluar dari "range area".
Salah satu penggunaan volume untuk mencari signalPemahaman berkenaan volume ini terlalu banyak untuk diceritakan. Volume juga seperti mana2 indikator yang lain, boleh dimanipulasikan.
Dalam video kali ini, saya cuba sampaikan salah satu penggunaan volume dan juga harga bagi mencari potensi keluar dari dagangan. Ianya tidaklah sempurna, tetapi boleh dijadikan sumber rujukan.
Dengan adanya "Editor Pine", gunakan sebaik mungkin dalam membantu kita semasa membuat keputusan jual dan beli.
Semoga terhibur.
Persamaan umum jika beli ketika breakout dengan pullbackMaaf atas kesilapan ejaan SELL, bukan SEEL seperti dalam video.
Teknik belian sama ada beli ketika breakout atau beli ketika pullback, tetap ada risikonya.
Yang penting adalah kawalan risiko dan juga kemahiran kita dalam mengaplikasikan teknik di atas.
Fungsi Main Semula - terbaik untuk melihat dan merasai sendiriFungsi main semula adalah fungsi dalam tradingivew yang paling saya gemari.
Pertamanya, kita boleh menguji sendiri sebarang teknik pada carta tanpa dipengaruhi oleh data2 terbaru.
Keduanya, kita boleh rasa sendiri bagaimana perasaan pada waktu itu.
Ketiganya, ianya percuma ! Setakat yang saya tahu lah.
Jadi, gunakan sebaik mungkin untuk mempertajamkan lagi kemahiran kita berdagang di masa nyata.