Pennant
THETA (MYX:9075) Peluang terakhir untuk masuk?Berdasarkan garisan trend dalam chart, saya jangka bahawa harga kaunter ini akan naik sehingga ke RM0.58 sebelum cubaan mencecah paras rintangan tersebut (garis biru gelap).
Sekiranya harga gagal mencecah paras rintangan tersebut, garisan trend akan membentuk corak "double-top", dan pada masa itulah kita jual.
Buat masa ini, kalian boleh cuba membeli antara harga RM0.495-RM0.510, take profit apabila harga gagal mencecah RM0.580, ataupun cut loss sekiranya harga jatuh ke bawah RM0.480 .
Konklusi:
Beli - RM0.495-RM0.510
Take profit - RM0.580 ke atas
Cut Loss - RM0.480 ke bawah
Makluman
Maklumat ini hanya berfungsi sebagai maklumat rujukan dan tidak membentuk panggilan beli atau jual. Sila membuat penyelidikan dan penilaian yang lebit lanjut sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menjual saham.
PANSAR membentuk pennant
PANSAR membentuk corak pennant pada carta, jika breakout ke atas dari corak ini dijangka akan pergi jauh ke atas.
HMA jangka pendek 9 dan 21 bersilang menunjukkan ada momentum.
Stoch RSI menyeberang paras 20 menunjukkan fasa overbought akan berakhir dan meomentum semakin meningkat.
jangkaan kenaikanada 3 level take profit
PENAFIAN:
Dagangan Forex (pertukaran asing) pada margin membawa ke tahap risiko yang tinggi, dan mungkin tidak sesuai untuk kesemua pelabur. Tahap leverage yang tinggi juga boleh digunakan untuk dagangan anda.
Sebelum membuat keputusan untuk melabur di dalam pertukaran mata wang asing, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan objektif pelaburan anda, tahap pengalaman, dan keinginan mengambil risiko. Terdapat kemungkinan bahawa anda akan kehilangan sebahagian atau kesemua pelaburan awal anda dan oleh kerana itu anda seharusnya tidak melabur wang sekiranya anda tidak sanggup untuk menanggung rugi.
Anda harus berhati-hati dengan segala risiko yang berkaitan dengan dagangan pertukaran asing, dan mendapatkan nasihat dari penasihat kewangan sendiri sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan.
OPCOM - monitor jika ada breakout1. Petunjuk homily bullish di mana bankerchip (42%) vs Lockchip (0%)
2. Monitor dulu dan boleh membeli jika harga melangkau garisan dan ditutup di atas garisan
3. Abaikan jika harga gagal melangkau dan tutup diatas garisan
4. CL level ditetapkan jika turun dan tutup dibawah sokongan berdasarkan Gann chart yang dibandingkan dengan harga beli
5. TP jangkaan akan berubah berdasarkan pada harga berapa harga akan BO garisan hijau
BINASAT 24/10/19 ANTARA CORAK CARTA,WAVE,FIBO1) Kaunter BINASAT masih bertahan diatas aras fibo 61.80%..
2) Kaunter ini juga mungkin akan melengkapkan wave ke lima..
3) Kaunter ini juga masih berada didalam corak carta pennant..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
rising wedge kelihatan?ada tl support di fibo 76.8 di post yg lepas.
hanya menunggu sentiment yg positif utk mengerakkan xauusd ke atas.
PENAFIAN:
Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham, comoditi dan matawang melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang.
Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham.
Peringatan ini dibuat hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang
NAIM dalam pennant pattern
Mendaki pada mid BB (SMA 20) dan stochRSI menunjukkan ia sedang keluar dari fasa overbought, memberi gambaran momentum sedang meningkat.
Harga hampir pada garisan resistance-become-support pada 0.970 dan resistance jangka sederhana pada 1.160 memberikan risk:reward ratio yang menarik.
Di mana kah tempat mendarat BIMB?BIMB telah breakout corak Pennant tapi breakout ke bawah.
Momentum kejatuhan masih lagi kuat. Jadi di manakah agaknya tempat mendarat dia?
Dengan menggunakan peralatan ini di carta mingguan:
1) Pitchfork Schiff
2) Pitchfork
3) Awan Ichimoku
4) Price action
Didapati terdapat titik persilangan iaitu di sekitat 4.18. Jadi besar kemungkinan di situ lah tempat mendaratnya untuk kejatuhan kali ini.
HIBISCUS 22/06/19 [CARTA MINGGUAN] KELUAR DARI CORAK CARTA1) Harga kaunter HIBISCUS pada candle tarikh 17/06/19 telah berjaya keluar dan tutup diluar corak carta..
2) Kaunter ini juga perlu melepasi aras rintangan terdekat untuk meneruskan kenaikan..
3) Jika harga masuk semula kedalam corak carta maka boleh dijadikan aras menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
SUPERCOMNET - Hampir menyempurnakan pennant patternSupercoment hampir menyempurnakan pennant pattern, dan masih lagi menunggu volume besar untuk menolak harga ke atas. Harga masih lagi berlegar pada area EMA50.
Stochastic nampak pada area oversold, dan peluang untuk mengumpul masi ada.
Kita tunggu harga break pennant untuk peluang entri seterusnya.
Apakah Bahvest bakal membuat kejutan?Bahvest selain mengeluarkan produk Aqua, mereka juga terlibat dengan perlombongan Emas. Apa yang menarik pada saya adalah bisnes emas mereka.
Bawah ini adalah petikan dari Laporan Suku ke-3 bagi Tahun Berakhir 2018 yang dikeluarkan pada 27 Februari 2019.
Mining Operations
The mining operations recorded a revenue and gross profit of RM11.497million and RM2.264million respectively under current quarter. The sales revenue of RM11.497million represents approximately 69.34kgsof net gold sold during the quarter under review while 17.26kgsof net gold was keptunder inventories.The Group started extracting gold from top soil clearing in previous quarter ended 30 September 2018 and has yet to start drilling and mining of the sulphide and oxide rocks/oreat the identified mining sitein current quarter. This explains the low production currentlyas the sulphide and oxide rocks are expected to have much higher gold content.
Revenue and gross profit in Q3 increased to RM11.497 million and RM2.264million respectively as compared to RM1.027 million and gross loss of RM3.346 million recorded in immediate preceding quarter ended 30 September 2018 (“Q2”), representing a substantial increase of 1,019.47% and 167.66% respectively.The substantial increase in sales and production were mainly due to high grade/volume of gold mined for processing into gold dore bars and also due to the smooth running of the gold mine plant.
Operasi perlombongan mereka menyumbang lebih kurang 50% kepada revenue Bahvest pada Suku ke-3.
Ini pula data produksi emas mereka:
Ogos 18 : 6.406 kg
Sept 18 : 23.69 kg
Okt 18 : 12.96 kg
Nov 18 : 21.58 kg
Dis 18 : 31.52 kg
Jan 19 : 41.23 kg
Kita dapat melihat peningkatan pada produksi mereka. Jika anda ada membaca analisis hala tuju pasaran hadapan emas (ada di pautan bawah), anda pasti akan mendapat idea kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku pada prestasi Bahvest.
Dari segi fundemental Bahvest ini sangat menarik.
Kemudian kita lihat pula dari segi Analisa Teknikal. Kita mulakan dengan carta mingguan.
Pada carta mingguan kita lihat ia pernah melepasi garisan tren hitam namun ia kembali jatuh. Ini adalah dipengaruhi oleh laporan kewangan dia yang teruk sebelum ini.
Namun pada awal 2019 ia memantul kembali di garisan tren merah dan terus menuju ke atas tanpa belas kasihan. Melihat pada kenaikan tanpa henti nya yang tinggi meningkatkan risiko ia akan patah balik dan membuat pembetulan (correction). Namun dalam masa yang sama kita harus ingat dalam saham ini harga yang tinggi boleh menjadi lebih tinggi.
Justeru itu, kita melihat pada carta harian (carta paling atas) untuk melihat samaada terdapat ruang dan potensi untuk ia meneruskan kenaikan.
Kita dapati baru-baru ini ia membuat corak Pennant dan telah pun melakukan Pennant Breakout pada hari Jumaat lepas beserta volume yang tinggi. Itu satu tanda bullish atau demand yang kuat.
Kita juga dapat lihat ianya menghampiri paras 52 Weeks High. Dan High atau puncak 52 minggu itu terletak disebelah kiri carta. Bilamana puncak 52 minggu berada hampir dengan bahagian kiri carta (untuk tempoh setahun), dan sekiranya harga semasa mampu melepasi High tersebut, ia selalunya akan menjadi permulaan kepada kenaikan yang lebih tinggi. Jadi itu poin ke dua yang kita lihat dari segi teknikal.
Kita boleh lukis dua paras sokongan iaitu di 0.685 dan 0.645.
Jadi dengan segala data di atas sudah mencukupi untuk membantu kita merangka strategi dagangan kita. Sekiranya ia terus melepasi 52 Weeks High maka di situ kita boleh entry. Jika sekiranya ia mengundur dulu kita boleh tunggu dan lihat pada candle dan volume di salah satu paras sokongan untuk membuat keputusan entry. Namun sekiranya ia patah kedua-dua sokongan itu maka kita tahu, ia adalah masa untuk kita menunggu isyarat seterusnya (akan mengambil masa panjang), kerana dengan patahnya kedua-dua sokongan itu menandakan momentum kenaikan terhenti dan dia mahu melakukan pembetulan harga (correction) dahulu (disebabkan kenaikan tanpa henti yang tinggi sebelum ini).
Jadi di atas adalah contoh bagaimana untuk melihat pada Fundamental dan Analisa Teknikal dalam membuat pemilihan kaunter yang kita ingin beli. Diingatkan, ini bukan lah BUY CALL. Segala urusan trade atau dagangan adalah di atas tanggungan dan keputusan anda sendiri.
Dayang cantik di carta 30 minitUntuk price yang bergerak tegak atau laju adalah agak sukar untuk mencari entry di carta harian.
Jadi kita boleh gunakan carta 30 minit untuk membuat entry dan exit.
Dalam contoh Dayang ini, Fibonacci Retracement dari carta mingguan menunjukkan price perlu melepas 1.30 (Fibo 0.236) untuk meneruskan kenaikan.
Pada carta 30 minit pula kita boleh gunakan Fibonacci Projection dan price action untuk membuat keputusan entry atau exit.
Jika lihat pada chart, price gap terus ke Fibo 1.00 berserta volume. Ini menunjukkan isyarat bullish yang kuat.
Kemudian price membuat corak pennant sekitar key level 1.30. Dan seterusnya melakukan pennant breakout. Ini menunjukkan potensi besar untuk price sambung kenaikan dan melepasi paras 1.30.
Paras-paras Fibonacci Projection di carta 30 minit boleh digunakan untuk exit point bagi short term.
Merge melakukan pennant breakout dan membuat new high.Kelihatan merge melakukan retracement yang cantik ketika membentuk dasar corak pennant.
Kini dia telah breakout corak pennant serta membuat new high.
Apakah ia mampu meneruskan kenaikan hingga ke fibonacci projection 1.682.
Fibonacci projection merupakan salah satu peralatan yang boleh digunakan pada carta yang uptrend dan membuat new high.
FBMKLCI - Nak Jatuh ni woi!“Adakah pasaran saham akan masuk ke fasa ‘bear market’? Bila market nak crash? Agak-agak sejauh mana market boleh jatuh?”
Ini antara soalan yang seringkali kila dengar. Namun pada saya apa yang lebih penting adalah reaksi kita terhadap ‘market behaviour’. Tidak siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Sebagai contoh kita melihat ada pengumuman dan berita baik berkenaan pasaran saham. Maka ramailah pelabur mula membeli saham kerana percaya akan berita tersebut. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pelabur yang bijak bertindak di atas ‘market reaction’ dan bukannya pada sesuatu pengumuman/berita.
KLSE - Jadi ke mana hala tujunya?
Jangka Panjang
1.Apabila hendak menganalisa hala tuju masa panjang, saya akan melihat kepada Market Cycle. Saya percaya kedudukan kita sekarang berada pada permulaan Down Trend cycle. Kenaikan baru-baru ini (dari 26 Disember sehingga kini) merupakan ‘Bull Trap’. Pasaran saham juga merupakan refleksi kepada psikologi dan emosi. Apabila pasaran sudah naik baru-baru ini, pelabur akan merasakan bahawa market tidak jadi crash. Maka akan ramai pelabur yang mula membeli semula dan menyebabkan kenaikan harga-harga saham. Namun pada pendapat saya, berdasarkan prinsip “Effort & Result” kenaikan ini hanya bersifat sementara sahaja.
2.Yang kedua, saya akan melihat pada prestasi pasaran US (DJIA atau S&P 500) kerana pasaran kita (KLSE) masih bergerak selari dengan indek berkenaan secara am nya. Melihat kepada keadaan ekonomi US, banyak masalah yang berlaku seperti Debt/GDP yang sudah melebihi 100%, masalah Trade War, Quantitative Easing, Jumlah hutang pada paras USD 20 trillion, Government Shutdown, Interest Rate hike, NAHB Indeks sudah mula menurun dan sebagainya.
3.PE (Price/Earning) Ratio bagi pasaran saham US telah berada di paras atas 20. Mengimbau semula prestasi pasaran yang lepas, pasaran di atas PE20 merupakan paras ‘overvalued’ dan pelabur harus berjaga jaga.
4.Elliot Wave - Pada pendapat saya, kenaikan pasaran saham pada baru-baru ini merupakan Wave 2 untuk Bear market. Ya. Ini bermaksud DJIA sudah melepasi Wave 5 dari bull market pada bulan September yang lepas.
5.Relative Risk Index (RRI). RRI merupakan satu indikator baru yang dicipta oleh Encik Derick Tan dari Timing & You (Singapura). Indikator ini akan menilai tahap risiko pasaran US sama ada pasaran semasa berada di tahap yang berisiko atau selamat. Berdasarkan perkongsian En Derick pada bulan ini, pasaran US berada di paras berisiko dan kurang sesuai untuk melabur (Value Investing).
6.Penyebab (cause) untuk market crash sudah ada dan bila crash akan terjadi? Saya tidak tahu. Saya hanya akan memerhatikan market behaviour.
7.Persoalan berikutnya. Apakah impak pada KLSE? Kita akan turut jatuh juga jika pasaran US jatuh kerana panik. Namun impaknya berlainan dengan pasaran US. Saya akan kongsikan pandangan saya pada terbitan yang lain kerana ia melibatkan analisa dari sudut yang berbeza dan melibatkan analisa berkenaan politik semasa.
Jangka Pendek
1.Merujuk kepada carta di atas, saya hanya menggunakan satu indikator iaitu Moving Average 50. Tahukah anda bahawa jika harga sekuriti berada di atas MA 50 ia bersamaan MACD atas 0. Ia bermakna sekuriti itu memiliki momentum yang kuat. Ini merupakan rally Tahun Baru Cina dimana indeks kita meningkat dari 1,627 pada bulan Disember lepas dan kini berada di paras atas 1,680. Adakah momentum ini akan berterusan?
2.Pada Financial Crisis 1997, semasa pasaran KLSE merudum, terdapat kenaikan pada bulan January 1998 berikutan rally Tahun Baru Cina. Selepas kenaikan tersebut, KLSE kembali merudum. Apa yang saya mahu nyatakan disini, situasi pasaran semasa adalah sama dengan keadaan rally Tahun Baru Cina 1998. Berkemungkinan pasaran semasa akan jatuh semula selepas tamat rally ini.
3.Mengapa saya menggunakan MA 50 pada carta diatas? Saya menggunakannya untuk membuat perbandingan dengan pergerakan pasaran pada 1998 dimana pasaran telah berjaya memecahkan paras MA50 pada hujung January 1998. Sama dengan pasaran semasa dimana baru sahaja memecahkan paras MA50 pada minggu lepas dan telah berjaya untuk memecahkan pattern pennant. (pennant breakout).
4.ZSI - Alhamdulillah saya berjaya develop indikator saya sendiri. Indikator ini digunakan untuk menilai sentimen pasaran saham. Merujuk kepada indikator ini, terdapat persamaan corak pada awal tahun 2017, 2018 dan 2019 dimana sentimen meningkat tanpa henti dari paras ‘oversold’ ke ‘overbought’. Paras sentimen semasa (2019) belum lagi ke tahap ‘overbought’.Masih ada ruang lagi untuk kenaikan. Namun coraknya sama seperti kenaikan pada awal 2017 & 2018.
5.Berjaga-jaga! Sekiranya ZSI masuk ke paras ‘overbought’, sentimen akan mula jatuh dengan hinanya. Banyak saham akan mula jatuh pada ketika itu.
Disclaimer : Analisa di atas merupakan pendapat peribadi saya sendiri. Sebarang tindakan yang diambil oleh tuan/puan berdasarkan maklumat di atas adalah dibawah tanggungjawab tuan/puan sendiri. Analisa saya mungkin salah 100%. Tetapi apa yang penting adalah tindakan saya apabila saya sedar yang saya salah.
Saya mengalu-alukan sebarang komen dan kritikan. Tapi pastikan tekan butang Like dulu :)