FauziSaham

Dayang cantik di carta 30 minit

MYX:DAYANG   DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BHD
Untuk price yang bergerak tegak atau laju adalah agak sukar untuk mencari entry di carta harian.

Jadi kita boleh gunakan carta 30 minit untuk membuat entry dan exit.

Dalam contoh Dayang ini, Fibonacci Retracement dari carta mingguan menunjukkan price perlu melepas 1.30 (Fibo 0.236) untuk meneruskan kenaikan.

Pada carta 30 minit pula kita boleh gunakan Fibonacci Projection dan price action untuk membuat keputusan entry atau exit.

Jika lihat pada chart, price gap terus ke Fibo 1.00 berserta volume. Ini menunjukkan isyarat bullish yang kuat.

Kemudian price membuat corak pennant sekitar key level 1.30. Dan seterusnya melakukan pennant breakout. Ini menunjukkan potensi besar untuk price sambung kenaikan dan melepasi paras 1.30.

Paras-paras Fibonacci Projection di carta 30 minit boleh digunakan untuk exit point bagi short term.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.