Kajian Kaunter SEALINK Kaunter Penny Nampaknya kaunter ini tidak berjaya untuk melakukan kenaikkan melepasi DTL 2020 malah melakukan pullback. Paras sokongan terdekat adalah di 0.145 dan juga MA200. Boleh perhatikan #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter TANCO Kaunter ini kelihatan telah berjaya untuk mendaki semula di atas MA20 dan MA50. Namun, kelihatan Bearish Divergent terbentuk di indikator AO. Boleh perhatikan arah seterusnya yang bakal terhasil dari kaunter ini #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter MINETEC Kaunter Penny Kaunter ini kelihatan melakukan pullback dengan Volume yang rendah dan kemudiannya mendaki semula. Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter BPURI Kelihatan beberapa significant Volume mula memasuki kaunter ini. Mampukah untuk kaunter ini mencapai paras Pivot di 0.125 dan meneruskan kenaikkan. Menarik untuk diperhatikan untuk jangka masa panjang #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter MSM Kaunter ini telah berjaya bertahan di Pivot sebelum ini di 1.55 setelah dua kali percubaan pada 11 & 12 Disember. Mampukah untuk kaunter ini meneruskan kenaikkan dan memecahkan ketinggian 52WH sebelum ini pada 1.80. Boleh perhatikan #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter MYEG Kaunter ini telah berjaya melepasi Moving Average dan juga Awan Ichimoku. Ini boleh diambil sebagai salah satu tanda positif untuk kaunter ini menukar trend dan mendaki. Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa yang panjang. #BAYOR #TAYOR
top glove company yang bagus sebelum pandemic. maybe downturn untuk topglove dah hampir selesai, menunngu masa nak buat kambek.
Kajian Kaunter MSM Kaunter ini kelihatannya masih meneruskan pendakian dan telah mencapai paras tertinggi pendek di 1.55 dan telah melakukan pullback. Namun, kaunter ini telah berjaya untuk mencapai harga ini kembali dan membuat percubaan pertama. Boleh perhatikan jika kaunter ini berjaya untuk melepasi paras ini atau tidak #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter GFM Kaunter ini telah lama berada di dalam Arus downtrend Paras harga kaunter ini telah berjaya melepasi Moving Average dan berkemungkinan besar untuk penukaran trend dari kaunter ini. Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter KAB Susunan Moving Average yang menarik dari kaunter ini di mana harga telah melepasi ketiga tiga Moving Average 20,50 & 200. Ini boleh dijadikan tanda untuk perubahan trend atau reversal. Sangat menarik untuk diperhatikan untuk jangka masa panjang. #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter LEFORM Kenaikkan yang menarik dan juga dengan significant Volume setelah melepasi Pivot di 0.260. Kaunter ini juga telah melepasi Paras Fibo 1.618 dan masih meneruskan pendakian. Boleh tunggu untuk kaunter in retrace jika berminat untuk mencari posisi didalam kaunter ini. #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter JETSON Susunan dan juga Volume yang menarik boleh diperhatikan. Kelihatan Volume Spike di hujung Oct dan awal Nov boleh dijadikan sebagai tanda awal untuk pergerakkan kaunter ini. Boleh diperhatikan untuk jangka masa panjang juga. #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter EDEN Kaunter ini telah berjaya untuk melakukan percubaan di paras Pivot 0.275 namun masih belum berjaya untuk menembusinya. Pullback yang berlaku setelah itu juga dengan Volume yang agak rendah dan masih bertahan di atas MA50. Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter IMPIANA Menarik untuk diperhatikan. Kenaikkan yang sangat bertenaga dan melepasi Paras FIbo di 2.168 dan 3.618. Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter SEALINK Kaunter ini sedang mendekati Paras DTL2020 dan juga paras Resistance 2 di 0.270. Pullback ini juga berkemungkinan untuk menyerap tekanan jualan dan mengumpul kekuatan untuk mendaki. Boleh perhatikan kaunter ini untuk jangka masa panjang. #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter PAOS Kenaikkan yang sangat tinggi dari kaunter ini dengan Volume yang tinggi. Range pergerakkan harga juga agak tinggi dan memberi peluang kepada sesiapa yang pakar dalam teknik scalping atau intraday untuk mengambil peluang. Boleh perhatikan pada hari dagangan minggu hadapan jika masih mempunyai peluang untuk trade. #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter BPLANT Kelihatan pada hari terakhir dagangan minggu lepas kaunter ini telah berjaya tutup di atas harga Pivot di 1.52. Selain itu, Volume pada hari terakhir dagangan juga melepasi Volume Average. Boleh perhatikan #BAYOR #TAYOR
Kajian Kaunter LEFORM Nampak menarik kemasukkan Fresh Volume untuk kaunter ini. Boleh perhatikan kaunter ini pada hari dagangan minggu hadapan #BAYOR #TAYOR