Ramalan dan Analisis

Segi Empat Tepat

Segi empat tepat biasanya digunakan sebagai pola kemasukan untuk sambungan arah aliran yang sudah disahkan. Pembentukan segi empat tepat ini akan berlaku selepas harga bergerak secara laju apabila harga melalui tempoh penyatuan antara 2 paras mendatar sokongan dan rintangan dan tahap paras sokongan dan rintangan ini diuji sekurang-kurangnya dua kali. Segi empat tepat arah aliran menaik akan terbentuk selepas arah aliran menaik manakala segi empat tepat arah aliran menurun akan terbentuk selepas arah aliran turun. Pola ini akan lengkap apabila harga keluar daripada arah arah aliran semasa dan pada tahap ini ia akan berkemungkinan besar menyambung pergerakan pada arah ini.

Pedagang yang konservatif mungkin akan mencari pengesahan lain yang lebih lanjut. Terdapat dua teknik untuk menganggarkan sasaran: samada ketinggian segi tempat tepat atau panjang kaki sebelum ni boleh dipanjangkan pada arah harga pecah keluar. Sesetengah pedagang akan menggunakan kedua-dua teknik ini untuk mendapatkan 2 sasaran. Paras berhenti biasanya adalah titk tengah segi empat tepat atau luar daripadanya pada sisi bertentangan harga pecah keluar. TradingView mempunyai satu alat melukis pintar yang membenarkan pengguna untuk mengenalpastikan corak ini secara visual di carta.
Tunjuk lebih banyak idea