CMSB SWING CANTIK DI WEEKLY CHARTKenapa di watchlist?
- Uptrend EMA 21
- Ada Volum Aktif
- MCDX menunjukkan ada Jerung & relevan
- Carta di Timeframe Daily juga cantik
** Hanya untuk perkongsian idea pendapat , pelajaran dan rujukan , bukan sebarang signal untuk membeli . Belian diatas risiko anda sendiri.
Sahambursamalaysia
SWSCAP : WEEKLY MELEPASI ZON MENAIK- SASARAN SWINGERHarga purata eksponen terdekat telah melintasi harga purata eksponen terjauh.
Secara analitikal ia berpotensi meneruskan kenaikan. Sejarah carta juga sebagai
petunjuk dalam analisis kasar.
Sasaran ayunan ialah pada harga purata eksponen melintas/menunduk ke bawah
pada sebelumnya.
PENAFIAN:
CATATAN INI BUKANLAH BUY/SELL CALL, HANYA IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
DNEX lain MACAM Kali Ini!!!-carta yang ringkas tapi paduuuu guys
-menggunakan Flang tiga segi dan wave
-cukup menunjukkan pergerakan kaunter kemana.. seinring dengan Rsi
-Selamat Maju jaya,,
-----------------------------------------
Ini adalah pandangan dan cadangan idea sahaja. Apa-apa pergerakan hanya ditentukan oleh pasaran dagangan ari semasa ke semasa. Tiada “panggilan Belian” sekadar kajian dan pembelajaran ilmiah.
boleh follow saya melalui idea-idea dan pandangan pemikiran yang berbeza.
Sekian.
------------------------------------------
OCK menanti di harga TURUN dan melantun-teknik ini agak berlainan namun penuh dengan kawalan emosi
- emosi berubah apabila kaunter match terhadap pembelian (strategi perlu dilaksanakan)
- volum penjualan akan lemah sedikit demi sedikit sehingga mengubah paksaan minat membeli
- apa bila wujud situasi uptrend, maka kawalan emosi berubah menjadi tenang..
-menggunakan teknik pitchfork, fibo, downtrend, attack sell@stoplimit..
Bina Puri yang dinanti-nantiApa yang menarik disini, kaunter ini menunjukkan
-penjualan tertinggi sebelum ini.
-dan menarik juga kembalinya volum pembelian agak menarik pada harga terendah.
-inilah kaunter pelaburan yang sangat menarik untuk tempoh sederhana atau pun panjang.
-dengan menunjukkan kerugian semakin mengecil untuk ke prestasi menguntungkan, syarikat sangat berpotensi untuk maju ke hadapan
-tidak perlu terburu-buru mengejar kaunter yang sedang naik tinggi, tetapi lebih tenang dengan penumpuan kaunter berpotensi dan masih rendah
-kejayaan anda mengawal pengurusan emosi adalah lebih baik berbanding mengejar keuntungan yang tinggi. minda pelabur.
LBALUM 21 May 2021LBALUM kelihatan ada potensi melakukan rebound. Kini harga berada kawasan support yang cantik.
Boleh diperhati rapat. Terutamanya di kawasan suppor yang di dalam kotak merah yang merupakan kawasan SnR untuk Daily.
Resistance : RM 1.010
Support : RM 0.840
Semasa : RM 0.905
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
Selamat Hari Raya :)
#SavePalestine
ADVENTA menarik untuk diperhatikanSejajar dengan kenaikan kes mutakhir ini, ADVENTA juga menjadi satu tumpuan kepada sesetangah pihak. Berikut adalah perkongisan idea untuk kaunter ADVENTA.
Dua hari yang lalu ADVENTA nampaknya telah kembali ke paras support. Ada kemungkinan untuk harga melakukan rebound di kawasan ini.
Jika diperhatikan, volume jualan yang agak kuat boleh mempengaruhi harga untuk mencecah support seterusnya iaitu di kawasan RM 2.270 - RM 2.235.
Resistance : RM 2.70 - 2.660
Support : RM 2.370 -2.335
Semasa : RM 2.395
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
#SavePalestine
HSSEB 20 May 2021HSSEB baru sahaja memecahkan paras harga resistance RM 0.650. Pastinya akan ada percubaan untuk mmecahkan harga kawasan resistance seterusnya, yang juga merupakan paras yang resistance agak kuat kerana pernah mengalami beberapa percubaan tidak berjaya sebelum ini.
SAekiranya harga berjaya menembusi paras resistance RM 0.675, ada kemungkinan untuk harga akan menaik. Namun, perlu diperhatikan kawasan support iaitu pada RM 0.640. Jika Pecah support, mungkin harga kembali ke paras RM 0.60
Resistance : 0.675
Support : 0.640
Current : 0.660
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
Selamat Hari Raya :)
#SavePalestine
Priva nampak menarik PRIVA baru sahaja memecahkan kawasan rintangan dan membuat rekod harga tertinggi baharu 52 minggu. Boleh diperhatikan kerana ada kemungkinan boleh berlaku retest di kawasan support terbaru sekiranya volume hari ni kurang mencanak seperti semalam. Namun, jika volume untuk kaunter - kaunter teknologi masih kuat hari ni, pasti terbang lagi yukk.
Resistance : 0.205
Support : 0.195
Current : 0.200
Penafian ;
Ini hanyalah sekadar perkongsian idea secara peribadi sahaja dan bukan untuk dijadikan sebarang bentuk sahutan belian atau jualan ye. Ingat para pedagang sekalian.
Lakukan Kajian anda dengan bijak.
Melabur dengan hebat & bijak.
Selamat Hari Raya :)
#SavePalestine
Aemulus Dilihat Mampu Melonjak Naik Membentuk Cup & HandleAemulus
Sektor : Semikonduktor, Automasi, Peralatan Teknologi
Aemulus dilihat mampu meneruskan kenaikan seterusnya membentuk cup & handle!
TFD:
1. RSI berada pada momentum terbaik 73.50
2. MACD golden cross atas paras 0 iaitu 0.32
3. CS berehat di atas EMA 7 masih trending, CS berada cantik berada di atas EMA 21, EMA 50 dan SMA 200
Rumusannya Aemulus berada pada tahap 'strong uptrend'
Cup & handle
1. Jika dipandu mengikut 'wick', 'neckline' berada pada tahap harga RM 0.920, perlu memecahkan tanda aras ini untuk meneruskan kenaikan.
Harga kenaikan sebanyak 21 sen lonjakkan cup & handle mampu dicapai pada aras harga RM 1.135.
2. Jika dipandukan mengikut 'body candle', neckline berada pada aras RM 0.945, perlu memecahkan tanda aras ini untuk meneruskan kenaikan.
Harga kenaikan sebanyak 23.5 sen lonjakkan cup & handle mampu dicapai pada aras harga RM 1.180.
Kaedah adalah secara' swing trading' . Ingin diingatkan bahawa harga bergerak secara zig zag dan setiap kenaikan akan turun membuat 'retracement'.
Perhatikan MACD death cross, pintasan ema atau ma death cross, rsi overbought& oversold.
'Support & resistance'
1. Boleh berpandukan garisan manual pada chart aemulus ( merah = resistance, hijau = support)
2. Gann chart
R1 0.96
R2 1.01
S1 0.91
S2 0.86
3. Pivot
R1 0.92
R2 1.04
S1 0.84
S2 0.79
Ini adalah sekadar pandagan dan idea trading saya sahaja. Bukan buycall!. Saya tidak bertanggungjawab di atas keuntungan atau kerugian tuan-tuan & puan-puan. #TAYOR
SCIB Terus Memberikan Tekanan Esok?SCIB hari ini turun pada paras sokongan pada harga 2.02 untuk kali ketiga. Seolah-olah ia akan menjadi support yang kuat andaikata ia tidak dibocorkan esok. Adakah ia akan berjaya bertahan atau akan terus turun untuk memberikan tekanan kepada pemegang saham SCIB esok?
FUNDAMENTAL ANALISIS
1. SCIB dilihat sebagai mempunyai pergerakan dan rekod cemerlang pada QR yang menerupai Kpower. Jadi sesetengah pelabur melabel ia sebagai saham adik beradik dengan Kpower.
2. Peningkatan SCIB ini juga berkait dengan perubahan yang dibawa oleh Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes SCIB dengan reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang sama seperti Kpower.
3. Pada 2020, SCIB dikatakan berjaya mencatatkan 1.9 Billion Order Book. Untuk tahun 2021, Pengurusan SCIB dikatakan yakin akan mencatatkan kira-kira 2.5Billion order book. Ini menjadi catalyst yang kuat untuk kenaikan SCIB.
4. SCIB terlibat dalam sektor Material Construction. Pasaran Market untuk projek SCIB kebanyakan juga diperoleh dari luar negara seperti Qatar, Sri Lanka dan Nepal memberikan gambaran bahawa SCIB mampu berkembang secara global tanpa hanya bergantung kepada projek-projek tempatan yang terhad.
5. Sebagai rekod peningkatan QR SCIB juga terus meningkat seperti di bawah,
Q4 19 mencatatkan keuntungan +0.8juta, 2.8% daripada 28.6juta perolehan.
Q1 20 mencatatkan keuntungan +4.3juta, 8.3% daripada 51.8juta perolehan.
Q2 20 mencatatkan keuntungan +5.1 juta, 5.3% daripada 94.9juta perolehan
Q3 20 mencatatkan keuntungan +12.4juta, 6.8% daripada 183.7juta perolehan.
6. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga Kpower.
7. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham SCIB.
TEKNIKAL ANALISIS
1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 27hb Januari yang lalu di 3.08, SCIB dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada paras support yang sama untuk kali ketiga. Jika ia mampu bertahan daripada bocor, ini bermakna ia akan menjadi support yang kuat untuk SCIB meneruskan kenaikan.
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri Fibonachi Retracement 0.5 pada harga sekitar 1.96.
3. Jika Fibonachi retracement ini tidak mampu menjadi support yang kuat, ia dilihat mampu turun lagi sehingga mencecah MA50 sekitar 1.8. Support seterusnya adalah pada classical support di 1.73.
4. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
5. Penurunan harga pada 9hb Feb juga dilihat bersama volum yang tinggi. Namun pada hari-hari berikutnya, penurunan harga sudah dilihat volum dapat diserap disekitar purata volum, menunjukkan Penjual tidak ramai.
6. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak rendah ke paras RSI 50.
7. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan dikawan oversold zone, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)
Jadi, adakah SCIB akan terus menekan pemegang saham esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?
Atau mungkin SCIB mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang saham SCIB merasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini pada esok hari?
Khairul Hafiz
30-Jan-2021: Halatuju KLCIAssalamualaikum dan selamat sejahtera;
Alahaiiii... patut chart ni tak bergerak, dah share 25-Dis-2020 tapi tak perasan rupanya private
takpalah sekadar untuk hiburan semata2
Ini jangkaan pada masa tu... so kita tengok adakah jangkaan ini masih valid dengan alasan dan sentimen yang sedia ada
ini komen berkaitan ;
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memandangkan kita dah hampir kepada tahun baharu 2021, apa agaknya yang kita boleh jangkakan bakal berlaku kepada pasaran kita pada tahun depan?
Ini adalah sekadar pandangan peribadi semata-mata untuk pembelajaran kendiri. Kalau berdasarkan kepada sentimen semasa, sekarang agak susah nak merujuk kepada sejarah yang pernah berlaku pada setiap hujung tahun. Selalu kita dengar orang bercakap pasal window dressing atau Christmas Rally atau mgkn CNY rally. Mungkin perkara ini akan berlaku tapi mungkin jugak kesannya tak akan signifikan.
Jadi sekarang saya berpandangan ada 3 perkara yang mungkin akan menjadi penentu/pemangkin kepada gerakan pasaran terutamanya bagi KLSE bagi sukuan pasaran yang seterusnya iaitu:
1. Vaksin
2. Covid versi 3
3. Politik
ini dimana;
1. Kalau vaksin berkesan sepenuhnya mungkin ini akan menyebabkan bullish / kalau kena modify mgkn akan bearish
2. Cov19 v3, terkait dengan perkara (1), if terkawal sempadan negara boleh dibuka untuk pergerakan antarabangsa dan faktor bullish , if sangkut then kesan sebaliknya.
3. kalau tiba-tiba isu percaya@takpercaya / sokong@taksokong / ada nombor@takda nombor ni melanda negara, maka ini akan merencatkan ekonomi domestik dan mengganggu minat pelabur dalam@luar untuk memasuki pasaran kita.
Jadi apa perlu dilakukan sekarang??? Dari segi sentiment memang tak menarik... kalau saya, saya lebih menumpukan kepada saham berpotensi dan mempunyai FA yang baik dan menunggu peluang untuk membeli pada harga diskaun.
Macam mana nak buat keputusan bila nak membeli pada harga diskaun pula? boleh pantau berdasarkan TA - trendline/OB-OS/structure H-L-HH-HL/chart patterns.
berikut pandangan dari sudut teknikal, nilai semasa berada di atas paras MA50
sebaiknya tunggu pembentukan struktur H-L dan reversal candle@chart pattern
Semoga bermanfaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
BOILERM 28/10/2020 Rounding BottomBoleh diperhatikan jika dapat bertahan di paras sokongan RM 0.680, terdapat volume yang besar pada 27 Okt.
Penafian : Kajian hanyalah untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian sebelum melakukan perdagangan.
KSTAR 24/10/2020 (Non Shariah)Saham tak shariah, sungguh cantik chart. Both stage 2 in weekly and daily, just right the trend. Price masih belum volatile, boleh diperhatikan jika dapat menembusi rintangan RM 0.35.
Penafian : Kajian hanyalah untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian sebelum melakukakn sebarang pembelian, terima kasih.
CCM 20/10/2020Boleh diperhatikan jika dapat memcahkan rintangan RM 1.80, kaunter masih dalam keadaan stage 2. Right the trend
SALCON 19/10/2020 Barang JadiSetup yang cantik, ada volume besar masuk pada ogos dan diikuti oleh low volume test. Harini terdapat juga volume besar sebagai confirmation party dah nak start. Mungkin boleh tunggu T3 atau T4 untuk entry. Perlukan candle weekly lengkap untuk entry yang lebih selamat bagi swing trader.
**Penafian : Kajian hanya untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian. Terima Kasih
MIECO 18/10/2020Menarik untuk diperhatikan, chart pattern rounding bottom. Sejarah menunjukkan harga akan terbang jika melepasi rintangan RM 0.535. Sama-sama kita nantikan, setakat ini masih dalam keadaan uptrend dan disokong oleh volume yang signifikan. Terdapat perkembangan yang baik juga bagi sektor2 berkaitan kayu.
**Penafian : Kajian hanya untuk tujuan pembelajaran, sila lakukan kajian terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian. Terima Kasih
9-SEPT-2020: MINHO tutup diatas ema6-9Assalamualaikum & selamat sejahtera;
Kajian adalah berdasarkan TA semata-mata,. Kajian adalah untuk shortswing (2hari - 3 minggu)
Sila sesuaikan dan semak FA bagi yang berminat. Agak sibuk minggu ini jadi sekadar sempat berkongsi analisis sahaja.
Kaunter: MINHO
Analisis
Jika diperhatikan terdapat ciri menarik dan boleh dipertimbangkan.
1. Status Syariah: Ya
2. Harga menguji DTL tetapi tidak berjaya memecahkan DTL tersebut
3. Harga tutup di atas midBB dan EMA6-9
4. EMA6(merah)-9(biru) telah bersilang ke atas dan berada di atas midBB
5. Vol Daily menunjukkan minat belian sepanjang minggu ini
6. Vol Weekly secara keseluruhan masih dikuasai hijau
7. Smart money telah muncul di Daily dan Weekly.
Boleh perhatikan betul-betul kaunter ini kerana terdapat penampakkan smart money. Namun perlu berhati-hati kerana terdapat berita ekonomi yang mungkin menyebabkan market tidak stabil minggu ini (OPR). Ini juga mungkin menyebabkan kebanyakan smart money lepak tepi dan menunggu terlebih dahulu.
Sebaiknya kita duduk tepi dahulu dan kalau nak masuk FIFO sahaja. Tidak digalakkan sangat hold. Sila sesuaikan dengan risiko masing-masing sekiranya masuk awal@menunggu pullback.
Semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.