KEMASKINI FGV1) Isyarat kelemahan telahpun keluar pada 21 February dengan UPTHRUST bar volume tinggi, dimana nampak berlaku penjualan
2) Bila dilukis mengikut gelombang elliot, maka 21 February sebagai akhir daripada gelombang 5.
3) Pembetulan ABC mungkin akan berlaku, gunakan kaedah Fibonacci untuk mengetahui kemungkinan correction gelombang C. Digabungkan dengan indikator untuk mengetahui area oversold.
3) Kemungkinan akan berlaku fasa pengumpulan dengan volume yang rendah sebelum ianya naik kembali.
Cari dalam idea untuk "ELLIOT"
Orion masih positifPerkara pertama yang perlu di lihat pada Orion adalah ia telah membuat 52 weeks high breakout. 52 week high breakout adalah satu pattern yang kuat untuk sesuatu ekuiti itu melakukan mark up. Dan ianya lebih kuat jika turut disokong oleh fundamental. Sumber penggerak utama Orion adalah aplikasi sistem fintech mereka iaitu MyAzZahra. Bermula dengan ANGKASA, Orion mensasarkan majoriti institusi kewangan akan turut menggunakan sistem MyAzZahra menjelang hujung tahun 2019.
Revenue dan keuntungan dari MyAzZahra mungkin tidak termasuk dalam laporan suku kedua bagi tahun kewangan 2019 yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Namun ramai pelabur ingin melihat laporan kewangan yang positif ini termasuk jaminan keuntungan dari ASAP. Ini adalah untuk meneliti pengurusan semasa Orion samaada berada pada landasan yang betul atau masih belum dapat mencari rentak. Orion adalah syarikat yang sebelum ini mencatat kerugian yang berterusan.
Walaupun mencatat kerugian demi kerugian, satu perkara yang positif adalah Orion tiada hutang dan masih mempunyai tunai untuk meneruskan operasi.
Kemudian kita lihat pada price dan volume. Anak panah merah menunjukkan bagaimana price jatuh beserta volume yang tinggi menunjukkan kehadiran seller yang tinggi. Namun pada anak panah biru price jatuh tetapi dengan volume yang rendah menunjukkan buyer lebih tinggi berbanding seller. Dan ramai yang masih hold posisi.
Seterusnya kita lihat melalui displin Elliott Waves. Ia telah sampai ke wave 5 dan kemudian membuat correction. Berdasarkan pergerakan corrective yang ada sehingga kini, kita boleh mengagak ia membentuk samaada flat corrective pattern (abc) ataupun double-three corrective pattern (abcxabc).
Melalui anggaran pattern ini, kita boleh merangka trading plan. Yang terbaik adalah entry ketika di 'c' iaitu sekitar 0.165, samaada dia buat flat corrective pattern ataupun double-three.
Andai dia patah paras 52 weeks high (close bawah 0.160), maka andaian corrective pattern kita tadi tidak sah, maka boleh keluar dari posisi dan seterusnya pantau pattern yang baru sebelum membuat keputusan untuk membuat entry.
Di carta mingguan, price masih positif iaitu bergerak di atas Upper Band Bollinger Bands (deviation 1). Tiada sell signal.
Dengan menggunakan Ichimoku di carta harian juga menunjukkan masih positif iaitu price berada di Kijun Line yang merupakan paras keseimbangan price.
Risiko yang ada:
1. Laporan Suku ke-2 rendah dari jangkaan
2. Orion ada membuat cadangan untuk Private Placement
Jika semuanya positif, Orion merupakan salah satu kaunter yang kita boleh layan trend sehingga muncul sell signal yang jelas.
*Penafian: Analisis ini bukanlah buy call, tetapi hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Anda dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Segala jual beli yang anda lakukan adalah atas tanggungan anda sendiri.
Gelombang Elliot pada EFORCE1) bila kita tengok pada corak EW, EFORCE ini masih berada pada gelombang pembetulan E dengan support lvl pada 0.500
2) Low volume tengah berlaku pada kaunter ini. Pergerakan dibawah rintangan 0.630 mungkin akan berlaku gelombang-gelombang kecil dimana process accumulation tengah berlaku. Jangkaan masa bermulanya process mark up belum dapat dikesan secara pasti.
LAYHONG analisa wavepada saya, Layhong weekly chart RSI telah oversold. Dijangkakan ia akan akan rebounce. Kalau dilihat pada fibo retracement, ia tengah cuba support 0.605 ia itu dekat fibo 0.5, support yang seterusnya ialah 0.49 pada fibo 0.618. Dari sudut elliot wave, ia tengah bentuk wave 4 C. i boleh Pada saya, kaunter ini fundamental adalah bagus dan ia boleh diperhatikan dan simpan di watchlist.
PARKSON ANALISA WAVEPada jummat yang lepas, parkson telah menurun sebanyak 10 cent. Menurut indicator RSI, parkson telah oversold. Kalau lihat daripada sudut elliot wave, PARKSON tengah bentuk wave (ii) C iii. Pada saya, minggu depan kemungkinan besar akan rebounce oleh sebab RSI oversold. Support bagi Parkson adalah fibo 0.618 iaitu 0.485
GOLD ELLIOT WAVEPada saya, Gold tengah buat wave 5 of ii, wave ii tidak boleh bertindak dengan wave i mengikut elliot wave principle, jadi Gold akan kemungkinanan menjunam kepada 1100 atau 1096, kalau wave ii bertindak dengan wave i ,maka correction wave belum habis, kemungkinan besar double zigzag akan berlaku. Jika tidak bertindah, bagi saya gold akan menuju kepada tp long term iaitu 1800 berdasarkan elliot wave count
MBSB- Gelombang Elliot- Satu PemerhatianBerdasarkan kiraan gelombang elliot pada carta harian dan mingguan, saat ini MBSB kelihatan bergerak dalam gelombang 2 dengan struktur pembetulan segitiga simetri (a-b-c-d-e). Target jangka masa pendek adalah RM1.19-1.20 (gelombang e pada carta harian).
Gelombang 2 (pembetulan) dijangka akan lengkap sekitar aras harga RM 0.950 dengan aras sokongan terendah adalah sekitar aras RM 0.675. Aras halangan adalah RM 1.38. Jika harga bergerak merobek aras sokongan Rm 0.675, kiraan gelombang elliot ini akan terbatal dan kiraan semula terpaksa dilakukan.
Pergerakan harga memecah tembok halangan Rm 1.38, bakal merangsang ke arah pembentukan gelombang 3 dengan target terhampir sekitar RM1.80.
Sila timbang tara berdasarkan strategi dagangan sendiri sama ada "Buy on breakout", "Buy on weakness" atau pun dengan pecahan modal, bergantung pada pengurusan risiko masing-masing.
Aras Halangan : RM 1.38
Aras Sokongan : RM 0.675
Target Jangka Masa Pendek (Gelombang e) : RM 1.20
Jangkaan Gelombang 2 : RM 0.950
Jangkaan Gelombang 3 : RM 1.80
Disclaimer : Perkongsian ini HANYA bagi tujuan pembelajaran semata-mata, BUKAN satu saranan bagi jual/beli dagangan saham. Sila dapatkan nasihat daripada remisier/dealer anda sebelum melakukan dagangan saham. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas ebarang kerugian yang timbul
Emas: Gelombang Elliott menuju kenaikan?Apa pendapat anda tentang harga emas?
Emas terus meningkat di awal minggu. Logam berharga ini sedang membentuk struktur Elliott Wave 5 selepas berjaya menembusi rintangan trend menurun.
Dolar AS yang semakin lemah dan ketidakpastian pasaran menjadi pemacu utama lonjakan harga ini. Jika corak gelombang ini berkembang seperti yang dijangkakan, emas berpotensi mencapai sasaran yang lebih tinggi dalam masa terdekat.
Adakah Anda Setuju dengan Analisis Saya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dan jangan lupa tinggalkan tanda suka!
Harmonik Bearish Butterfly vs Elliot Wave 3 Baru bermula # AWANTEC - AWANBIRU TECHNOLOGY BERHAD
# SEKTOR - Sektor: Trading & Services, Technology, GLCs, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Work-from-Home (WFH), Cloud Provider
# Elliot Wave - Fasa Gelombang impulse 3 - baru bermula
# Pola Carta - Pola Harmonik Bearish Butterfly - dijangka berbalik arah dlm area fibo 618/786 AC
# Trend keseluruhan - masih dalam posisi downtrend tapi dijangka sudah berakhir. Namun risiko berlakunya sambungan gelombang pembetulan XWYXZ perlu diambil kira.
# Sasaran dekat - sehingga tertutupnya gap di paras harga1.010
# Sasaran Jauh - lengkapnya pola harmonik bearish butterfly di paras fibo 1.41
# Sekadar kajian berdasarkan teori. Hakikatnya bergantung kpd faktor semasa dengan izin Allah jua
Analisa Teknikal Gelombang Elliot ANALISA TEKNIKAL -
Trend semasa - Uptrend - EMA 21/34/90 tersusun cantik
Elliot Wave - Major wave - Gelombang 3 / sub wave 2
Harmonik pola - bearish gartley - fasa permulaan
Untuk memasuki pasaran dinasihatkan menunggu comfirmation bullish signal. Support dinamik EMA 200 berada pada paras harga sekita 0.200
JADEM MENURUT elliot waveKaunter ini berada di wave pertama dan ada kemungkinan akan naik lagi atau akan terus menurun ke wave 2 menurut elliot wave
sama2 kita saksikan
PENDIDIKAN GELOMBANG 2 ELLIOT GELOMBANG 2 ELLIOT
Gelombang 2 adalah gelombang pembetulan ABC (Zigzag @ Flat) atau ABCDE (Segi Tiga)
Gelombang 2 membetulkan Gelombang 1
Peraturan Gelombang 2 : Gelombang 2 tidak boleh mengundur kadar 100% & melampaui titik permulaan Gelombang 1.
Ia boleh menjadi sederhana (Simple@Mono) atau kompleks . Ianya berkaitan dengan corak paten dan juga kadar Perantaraan Masa (Ranging)
Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABC (Zigzag atau Flat)
Corak Zigzag & Flat (ABC) – Gelombang Pengundurannya selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan Selalunya mengundur
pada tahap 38.2% -61.8% serta terdapat beberapa risiko menurun hingga ke bawah dari 78.6% ( Topik ini akan di sambung dalam Corak Paten).
Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABCDE (Segi tiga)
Corak Segi Tiga (ABCDE) - Gelombang pengundurannya juga selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan
selalu juga memanjang kadar perantaran masa (Ranging).
Nota : Pembentukan Corak-Corak & kadar kedalaman pengunduran adalah bergantung pada momentum Volume
Kebiasaan kadar momentum Volume Gelombang mesti lebih rendah daripada semasa Gelombang 1,
Nisbah Fibonacci: Gelombang 2
Kadar Pengunduran yang paling biasa gelombang 2 adalah 50% - 61.8% dari gelombang 1 dengan Nisbah Tertinggi kebarangkalian 75%
Bagi Pengunduran tahap 38.2%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 12%
Dan Pengunduran tahap melebihi 61.8 % - 88%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 13%
Nota Strategi :
Kebiasaannya para pedagang tidak memasuki pasaran Ketika berlakunya Gelombang 2 ini, kerana amat berisiko tinggi tetapi di bolehkan berdagang jika mahir tentang Corak paten dengan memahami pola Candlestick dan mengunakan alat Fibonacci Retracement serta displin yang tinggi.
Dean Mentari