Cari dalam idea untuk "WWW.TRADINGVIEW.COM"
Jika saya tidak ada open trade untuk EURUSD..Currently, I am still holding EURUSD short. Click the chart below to understand my trading plan at the time
Pada masa ini saya masih hold EURUSD short. Klik carta di bawah untuk memahami pelan saya pada masa itu
Tidak banyak yang saya dapat buat untuk EURUSD pada masa ini selagi exit indicator saya tidak memberi saya isyarat untuk menguruskan trade (pindah stops atau tutup kesemua posisi)
Analisa Teknikal saya mencadangkan EURUSD masih dalam bearish trend (Jika awda buka carta Daily, awda boleh "eyeball" sahaja and semua pasti setuju EURUSD pada masa ini di dalam bearish trend)
Saya faham bagi traders yang sekarang mahu cari jalan untuk LONG EURUSD memandangkan kelmarin harga mencapai 20-week AWR projection bawah bagi minggu lepas. Harga kadang-kadang retrace selepas perkara sebegini terjadi.
Tambahan lagi, ada option expiry di harga 1.0950 yang akan mansuh di NY Cut (10pm jam Malaysia). Kita semua maklum option expiry kadang-kadang menjadi "magnet" bagi harga. Harga perlu naik 60+ pips untuk mencapai harga disana, dan memandangkan 20-day ADR bagi EURUSD adalah 64 pips, ianya tidak mustahil sama sekali.
Saya "open" untuk intraday scalp (Long) EURUSD dengan risiko rendah walaubagaimanapun saya masih bearish bias untuk EURUSD. Saya anticipate harga dapat mencapai 1.0950 tetapi saya akan mencari trigger untuk short dari sana.
Jika ada trigger untuk short SEBELUM harga mencapai 1.0950, maka saya akan short EURUSD dari sana.
Huaan : Menanti volume? (E09)Sino Hua-An International Berhad terlibat dalam pembuatan dan penjualan batuan metalurgi dan produk sampingan berkaitan.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan), Huaan masih gagal utk memecahkan paras rintangan RM0.200.
2. Paras sokongan semasa adalah pada RM0.160.
3. Paras rintangan semasa adalah pada RM0.200.
4. Jika dilihat pada carta mingguan, Stochrsi menunjukkan Huaan sudah berada pada fasa terlebih jualan yg esktrim. Pada fasa ini, kebarangkalian utk berlakunya lantunan adalah tinggi.
5. Pada carta harian, Stochrsi menunjukkan kebarangkalian utk Huaan menukar arahnya ke atas.
6. Sekiranya sesi dagangan Huaan pada esok hari berjaya ditutup lebih tinggi dari sesi dagangan hari ini, Huaan berpotensi utk memasuki fasa kenaikkan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
[Nota] Perhatikan pergerakan hargaNota CPO untuk minggu hadapan.
Marking sokongan dan rintangan masih valid lagi. Begitu juga marking pada garisan-garisan fibo.
Cuma kali ini saya kecilkan lagi tarikan garisan fibo untuk time frame 5 minit seperti dalam gabar rajah dibawah.
Harga pada minggu lalu bermain2 disekitar 2021 hingga 2037 setelah membuat kenaikan pada 19 hb yang lalu. Rujuk pada box marking carta time frame 5 minit.
Perhatikan pergerakan harga, trade dengan jiwa yang tenang berdasarkan marking-marking yang telah dibuat.
[Watchlist] IntuKaunter Intuit telah membuat kejutan semalam apabila membuat gap up. (rujuk carta harian)
Secara teknikal nya kaunter ini berada dalam keadaan uptrend dan sedang membuat sedikit penurunan
setelah membuat paras harga yang tertinggi buat masa ini. Harga terkini berjaya melepasi garisan
fibo 78.6. Sekiranya kaunter ini berjaya mengekalkan momentumnya, target seterusnya
adalah pada paras rintangan 52 weeks high.
Carta mingguan untuk rujukkan.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak
bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti
sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
[Watchlist] BSXAntara kaunter favourite jugak. Salah satu syarikat pembekal teknologi perubatan.
Harga sebelum ini sudah melepasi garisan MA yang kuning. Agak menarik pada penutup minggu yang lalu kaunter ini
berjaya membuat kenaikan yang agak tinggi (marubozu) dan cuba untuk menghampiri paras fibo 78.6%.
Sekiranya momentum ini dapat dikekalkan pada minggu hadapan. (lihat carta migguan seperti dibawah.)
Kaunter ini berkemungkinan besar akan meneruskan kenaikan ke paras harga 38.95 / 41.01.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk
panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
[Watchlist] Inari harga diskaun?Inari sedang bermain-main di paras fibo retracement pada paras
50%. Saham ini dijanka akan melakukan penurunan lagi berdasarkan
stocastic indicator. Target harga penurunan seterusnya
adalah pada rm1.465
Mari kita lihat pula pada carta minggu kaunter ini.
Harga pada minggu ini telah melepasi paras fibo 38.20%.
Sekiranya pada minggu ini seluruh candle terbentuk
dibawah paras 38.2%, besar kemungkinan harga akan turun
mencari paras fibo seterusnya. Perhatikan pergerakan harga
kaunter ini.
[Watchlist] TeslaCarta tesla menarik diperhatikan.
Perhatikan carti minggua kaunter ini.
Sekiranya pada minggu ini akan berlaku kenaikan
dan berjaya memecahi garisan suport-support,
besar kemungkinan kaunter ini akan meneruskan kenaikan nya.
Target price adalah pada 380/400
Mari kita perhatikan pada carta harian.
Carta harian masih lagi dalam trend menurun.
Boleh perhatikan pergerakkan harga pada minggu
ini untuk mencari peluang entri.
Peluang untuk SINGKAT??? OANDA:USDCHF
Aras yang tembus memberi laluan (satu demi satu), pembeli tetap lebih berkuasa.
Pasangan itu telah berlumba lebih tinggi sejak komen hujung minggu lepas dari SNB Jordan yang mengatakan bank pusat masih boleh menurunkan kadar dan / atau campur tangan.
Rendah minggu ini turun pada 1.0008.
EURUSD Bakal meneruskan penurunan.... SINGKAT EURUSD
Pasangan EUR / USD masih berkurangan. Titik pivot dianggarkan pada tahap 1.1324.
Senario utama: kedudukan pendek akan menjadi relevan daripada pembetulan di bawah tahap 1.1324 dengan sasaran 1.1120 - 1.1000.
Senario alternatif: pelarian dan penyatuan di atas tahap 1.1324 akan membolehkan pasangan itu terus meningkat sehingga tahap 1.1447 - 1.1515.
USDJPY.... PANJANG???
OANDA:USDJPY
Tindakan harga dalam USDJPY telah membina sejak memecahkan aliran menurun dari tangga tinggi pada bulan Mac. Begitu juga, harga USDJPY dapat menguraikan penurunan harga di luar meletus pada 20 Mac pada tahap 111.69, mencadangkan bahawa tekanan sedang membina untuk langkah bahagian atas yang lebih substantif. Band rintangan jangka pendek bermula antara 112.14, tinggi Mac, dan 112.30, tahap swing dari November dan Disember 2018.
Emas Kerugian Lebih $10 Pada Minggu Lalu, SINGKAT??? FOREXCOM:XAUUSD
Permintaan terhadap logam berharga emas merosot pada minggu lalu, kerugian lebih $10 dan mencatat harga terendah $1,270 selepas gagal menembusi zon kritikal $1,300.
Harga $1,300 yang turut menjadi garisan bagi MA 100-hari telah menarik para pelabur teknikal untuk menjual, sekali gus menguatkan lagi momentum bearish pada pasaran emas.
Dari sudut teknikal, para penjual dijangka terus mengawal pergerakan harga untuk jangka masa yang terdekat selagi harga tidak dapat menembusi dan berada di atas zon $1,300.
Permintaan emas sebagai safe haven juga semakin menyusut pada pertengahan minggu lalu berikutan sentimen semakin pulih selepas China melaporkan data makro yang lebih baik yang mana telah menghilangkan kebimbangan pasaran terhadap isu kelembapan ekonomi mereka.
Walaupun ketiadaan kalendar ekonomi yang penting oleh China pada minggu ini, tajuk-tajuk berkaitan rundingan perdagangan antara China dan AS dijangka tetap akan memberi impak yang signifikan kepada sentimen pasaran.
Selain itu, matawang Eropah turut mengalami tekanan penjualan yang besar, mengakibatkan kebangkitan greenback dan turut menambahkan tekanan ke atas pasaran emas.
Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain bukan sahaja meneruskan momentum bullish sepanjang minggu lepas, malah turut merekodkan peningkatan harian terbesar sejak 21 Mac pada hari Jumaat yang lepas.
KLCI, strong bullish menanti?Lihat pada carta mingguan KLCI kita dapati ianya membuat corak Falling Wedge. Dan sedang menyempurnakan Gelombang 5 (Elliott Wave).
Cuma persoalannya di manakah hujung Gelombang 5.
Sebelum lihat pada Gelombang 5 kita lihat pada Gelombang 4 dahulu. Gelombang 4 sebenarnya agak pra matang iaitu tidak mencapai puncak maksimum (61.8%) tetapi sebaliknya hanya capai puncak minimum (50%).
Jika Gelombang 4 capai puncak maksimum, projection Gelombang 5 dijangka berakhir di paras 1605.
Namun disebabkan Gelombang 4 tidak capai puncak maksimum, kita lihat pula pada projection minimum Gelombang 5 iaitu 38.2% iaitu di paras 1629.
Namun apakah pengesahan yang ada bahawa di situ kemungkinan besar adalah penghujung Gelombang 5. Kita lihat pada carta harian.
Pada carta harian kita nampak adanya isyarat Bullish Divergence dan juga indeks hari ini tutup di atas paras 1629. Ini sekaligus menyokong 1629 sebagai penghujung Gelombang 5.
Apa pergerakan seterusnya?
Jangkaan seterusnya ialah indeks akan bergerak ke paras 1732. Di situ akan berlaku sedikit retracement. Ini adalah saat kritikal untuk menentukan samaada indeks akan bergerak bullish ataupun bearish.
Analisa ini sah selagi indeks tutup atas dari paras 1629.
5-APR-2019: NAS100 masih ada ruang untuk mendaki tapi...PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:NAS100USD
ANALISIS (berdasarkan carta 1D)
1. Trend keseluruhan masih menampakkan kenaikan( Trendline Putih)
2. MA mengembang ke atas dan masih menunjukkan uptrend. Harga semasa berada diatas garisan merah.
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 70 (Uptrend Zon)
4. MACD berada diatas 0 (Uptrend Zon)
5. Harga dilihat bergerak dan boleh dikatakan membentuk UPWARD CHANNEL.
JANGKAAN
1. Melihat daripada trendline , menampakkan yang market masih lagi belum menunjukan tanda2 untuk berpatah balik ke bawah (buat masa ini)
2. Harga pula masih berada di atas MA dan tidak ada momentum untuk turun buat seketika, ini kerana dia nya tidak berjaya memecahkan garis MA kuning.
3. RSI masih lagi berlegar didalam kawasan uptrend dan ini menandakan harga mungkin masih berpeluang untuk naik sehingga ke paras R1 (7600), sekiranya paras 7600 ini juga berjaya dipecahkan dengan momentum yang kuat, maka kita akan dapat melihat pembentukan NEW HIGH.
4. Melihat pada MACD , terdapat cross pada signal namun cross ini berada di atas paras 0 namun dapat dilihat bukaan crossing yang dibetuk adalah sangat kecil. Ini memberikan petanda kenaikan mungkin akan berlaku tetapi tidak akan terlalu besar.
5. Harga sekarang berada diatas paras psikologi (7500) dimana kemungkinan harga akan menguji paras ini, sekiranya paras ini dapat dipecahkan dengan marubozu yang kuat ke bawah ini boleh menyebabkan harga jatuh sehingga ke paras S1 (7300) namun sekiranya harga turun ke paras 7500 ini dan melantun ke atas... harga akan naik keatas dan dijangkakakn boleh mencecah ke paras 7600
6. Sila berikan perhatian kepada NEWS pada malam ini (NFP) dimana news ini sangat-sangat mempengaruhi pergerakan bukan sahaja pada hari ini malahan ia akan mencorakkan pergerakan keseluruhan pasaran US untuk sebulan.
STRATEGI / TRADING PLAN
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (Intradaya & Short Swing) secara keseluruhan, saya melihat pasaran masih dalam keadaan BULLISH, NAMUN seperti dinyatakan ruang untuk naik kemungkinan sehingga 7600.
2. Adalah digalakkan untuk mengelak daripada memasukki NAS buat masa ini sehingga news diumumkan pada 8.30 malam ini (waktu Malaysia)
3. Secara peribadi saya masih optimis market akan NAIK dengan syarat terdapat reaksi ketara di paras PSIKOLOGI 7500 ...namun pandangan ini boleh berubah kepada TURUN sekiranya paras ini boleh dipecahkan dengan marubozu candle 4H.
KESIMPULAN KESELURUHAN
NAIK Seketika untuk mencari momentum TURUN YANG BESAR
Semoga bermanafaat.
BONUS
Cuba cari pembelajaran didalam chart ini...semoga membantu
5-APR-2019: GOLD Tidak menentu tapi nampak menarikPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
OANDA:XAUUSD
Analisa:
1. UTL telah berjaya dipecahkan.
2. MA sudah bersilang ke bawah dan harga berada dibawah MA merah.
3. MACD mula turun dibawah paras 0
4. RSI sudah berada di dalam zon downtrend dibawah 50
Jangkaan:
1. Secara keseluruhan, kita ingin melihat GOLD JATUH lebih dalam.
2. Namun perlu diambil perhatian, sekiranya dilihat dari perspektif carta garisan, pergerakan harga adalah sideways dan ingin mencari arah.
3. Jadi dengan mengambil kira factor ini kita boleh katakan garisan psycologi adalah pada (1295) dan (1285)
4. Jadi jangan gopoh dan perhatikan kawasan ini dengan teliti, gunakan TF 4H untuk melihat sekiranya ada signal2 yang boleh meyakinkan kita harga akan bergerak ke nombor2 yang disebutkan diatas.
5. HATI-HATI dengan news besar yang akan berlaku malam ini yang mana ianya akan menentukan halatuju keseluruhan harga pasaran di US iaitu NFP.
Strategi / trading plan:
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan intraday/short swing, saya lebih mengutamakan SELL, namun sekiranya terdapat pergerakan harga drastik ( Marubozu ) ke bawah saya akan open position terus untuk mengikut trend.
2. sekiranya harga naik keatas, saya akan cuba untuk sell (disarankan guna lot diantara 0.01 - 0.03 lot) pada paras 1295 dan meletakkan SL 300pip diatas (1298) ,Namun harus di ingat, nombor ini bergantung pada broker anda sendiri.
3. Sekiranya anda telah berada dalam keadaan untung jangan lupa alihkan SL anda ke mode SL+
Anda juga boleh follow saya di FB - BOKOJOZ TRADING IDEA
tinyurl.com
BONUS
ada tak Nampak garisan biru/merah yang saya gunakan untuk tandakan support dan resistant tu
Agak-agaknya macam mana saya dapatkannya?
untuk follow tegar BOKOJOZ TRADING IDEA nah saya tempekkan sedikit, semoga bermanafaat.
GBP/USD Bakal meneruskan NEUTRAL OANDA:GBPUSD
Pasangan GBP / USD adalah tawaran sederhana sekitar 1.3210 semasa sesi Asia awal Isnin. Walaupun kesediaan EU untuk pembesaran Brexit tanpa syarat sehingga 12 April menggembirakan beberapa pembeli Pound British (GBP) pada akhir minggu lalu, rundingan yang dijangkakan terhadap PM England Theresa May adalah sesuatu yang menyenangkan pada beruang. Tiada butiran / peristiwa utama yang dijadualkan diterbitkan dari Britain manakala ucapan dari pembuat dasar Fed dan beberapa butiran kedua boleh menawarkan arah perdagangan perantaraan. Walaupun, perkembangan sekitar Brexit dapat terus menjadi perhatian.