aihafizal.fx

5-APR-2019: NAS100 masih ada ruang untuk mendaki tapi...

aihafizal.fx Telah dikemas kini   
OANDA:NAS100USD   US Nas 100
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.

NAS100USD

ANALISIS (berdasarkan carta 1D)
1. Trend keseluruhan masih menampakkan kenaikan( Trendline Putih)
2. MA mengembang ke atas dan masih menunjukkan uptrend. Harga semasa berada diatas garisan merah.
3. RSI berada di dalam kawasan 50 - 70 (Uptrend Zon)
4. MACD berada diatas 0 (Uptrend Zon)
5. Harga dilihat bergerak dan boleh dikatakan membentuk UPWARD CHANNEL.

JANGKAAN
1. Melihat daripada trendline , menampakkan yang market masih lagi belum menunjukan tanda2 untuk berpatah balik ke bawah (buat masa ini)
2. Harga pula masih berada di atas MA dan tidak ada momentum untuk turun buat seketika, ini kerana dia nya tidak berjaya memecahkan garis MA kuning.
3. RSI masih lagi berlegar didalam kawasan uptrend dan ini menandakan harga mungkin masih berpeluang untuk naik sehingga ke paras R1 (7600), sekiranya paras 7600 ini juga berjaya dipecahkan dengan momentum yang kuat, maka kita akan dapat melihat pembentukan NEW HIGH.
4. Melihat pada MACD , terdapat cross pada signal namun cross ini berada di atas paras 0 namun dapat dilihat bukaan crossing yang dibetuk adalah sangat kecil. Ini memberikan petanda kenaikan mungkin akan berlaku tetapi tidak akan terlalu besar.
5. Harga sekarang berada diatas paras psikologi (7500) dimana kemungkinan harga akan menguji paras ini, sekiranya paras ini dapat dipecahkan dengan marubozu yang kuat ke bawah ini boleh menyebabkan harga jatuh sehingga ke paras S1 (7300) namun sekiranya harga turun ke paras 7500 ini dan melantun ke atas... harga akan naik keatas dan dijangkakakn boleh mencecah ke paras 7600
6. Sila berikan perhatian kepada NEWS pada malam ini (NFP) dimana news ini sangat-sangat mempengaruhi pergerakan bukan sahaja pada hari ini malahan ia akan mencorakkan pergerakan keseluruhan pasaran US untuk sebulan.

STRATEGI / TRADING PLAN
1. Berdasarkan strategi yang saya gunakan (Intradaya & Short Swing) secara keseluruhan, saya melihat pasaran masih dalam keadaan BULLISH, NAMUN seperti dinyatakan ruang untuk naik kemungkinan sehingga 7600.
2. Adalah digalakkan untuk mengelak daripada memasukki NAS buat masa ini sehingga news diumumkan pada 8.30 malam ini (waktu Malaysia)
3. Secara peribadi saya masih optimis market akan NAIK dengan syarat terdapat reaksi ketara di paras PSIKOLOGI 7500...namun pandangan ini boleh berubah kepada TURUN sekiranya paras ini boleh dipecahkan dengan marubozu candle 4H.

KESIMPULAN KESELURUHAN
NAIK Seketika untuk mencari momentum TURUN YANG BESAR

Semoga bermanafaat.

BONUS
Cuba cari pembelajaran didalam chart ini...semoga membantu
Komen:
PEMBETULAN:
Paras R1 ada;ah 7650
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.