CCK Berhad : Isyarat Peralihan ke Trend Menaik?
CCK Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam perusahaan ayam, udang, rujukan makanan, runcit dan korporat.
1. Berdasarkan analisis agensi THOMSON REUTERS , CCK Berhad diberikan rating 10/10 dari segi fundamental syarikat.
2. CCK telah mencatatkan paras paling tertinggi pada 11 Jun 2018 pada harga RM1.01 . Selepas 'share split' dan 'bonus issue of warrant' , CCK mengalami fasa penurunan hampir 40% sehingga berada di bawah garisan SMA200 .
3. Pada carta bulanan, CCK dilihat berjaya membuat lantunan teknikal di atas garisan trend. (rujuk gambar di atas)
4. Pada carta harian, terdapat satu corak yg dipanggil 'morning star' mula terbentuk pada sesi dagangan hari ini (di dalam bulatan hijau).
5. Bagi pengamal analisis teknikal, corak 'morning star' adalah satu isyarat peralihan dari pada fasa menurun ke fasa menaik. Pengesahan corak hendaklah dilakukan selepas sesi dagangan ditutup.
6. Jika corak berjaya terbentuk selepas sesi dagangan ditutup pada hari ini, CCK berpotensi utk memasuki fasa kenaikan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Cari dalam idea untuk "WWW.TRADINGVIEW.COM"
Prestariang Berhad : Kenaikkan pada sesi dagangan petang
Prestariang Berhad adalah syarikat yg menyediakan perkhidmatan termasuk latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengedaran dan pengurusan sijil dan perisian (perkhidmatan dan pengedaran ICT), pendidikan, perkhidmatan pekerjaan dan lain-lain.
1. Pada awal bulan november, Presbhd telah melakukan kenaikkan lebih 100% dalam masa 2 minggu, dari paras terendah bulanan iaitu pada RM0.40 hingga paras tertinggi bulanan RM0.855 dengan volume yang tinggi.
2. Selepas berlaku jualan mengambil keuntungan yg menyebabkan harga turun serendah RM0.550, Presbhd dilihat melakukan lantunan teknikal di atas trendline dan mencipta 'higher low' yg terbaru.
3. Lantunan teknikal tersebut disokong dengan volume yg tinggi. Ini menunjukkan tiada anomali pada kenaikkan hari ini dari segi analisis volume dan harga.
4. Volume dagangan pada hari ini juga lebih tinggi dari garisan purata volume 20 hari dagangan. Ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap Presbhd.
5. Garisan trendline boleh digunakan sebagai paras sokongan . Jika harga turun melepasi garisan ini, harga akan cenderung untuk turun lebih bawah lagi.
6. Paras rintangan adalah pada RM0.675 . Jika berjaya dipecahkan, Presbhd mampu untuk naik lebih tinggi.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
XAUUSD - Harga berada Diantara Sokongan Dan Rintangan
Harga pasaran XAUUSD berada di antara sokongan 1208.40 dan rintangan 1236.32, dengan ini adakah akan berlaku pergerakan palsu untuk memerangkap pedagang kecil? Harga pasaran kini mungkin membentuk trend "sideway" kerana permintaan dan pengeluaran seimbang. Ini berikutan pedagang berada di posisi tunggu dan lihat untuk melihat bagaimana harga berinteraksi di kedua - dua aras tersebut.
Dengan bulan disember yang bakal menghampiri dan perayaan hari natal yang bakal tiba, tiada pergerakkan besar dijangkan berlaku.Namun tiada apa yang pasti di pasaran kerana berita yang bergeopolitik juga turut mempengaruhi pergerakan pasaran.
Permerhatian di jangka masa 4 jam harus dilakukan sebelum meletakkan sebarang posisi, pembalikan candlestick yang jelas dan bayangan harga di sekitar aras tersebut haruskan difaktorkan sekali.
Bearish Engulfing pada carta Dow Jones?
Pada 20/11/2018 10.30 pm waktu malaysia, Dow Jones membuka sesi dagangan dengan gap down sekitar 400 ratusmata. Jika dilihat, situasi ini tidaklah mengejutkan kerana pasaran baru sahaja melalui turun naik yg ekstrim pada bulan October.
Jika dilihat pada carta bulanan Dow Jones, terdapat dua corak yang perlu diberi perhatian :
1. Double Top
2. Bearish Engulfing (sila rujuk pada bulatan merah)
Kedua-dua signal ini adalah membawa maksud signal bearish kepada pengamal analisis teknikal.
Adakah kita semakin hampir kepada krisis pasaran modal?
Kredit untuk Bursatrendband untuk indikator TrendbandGuide
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
RGTECH sedang sideways
Radiant Globaltech Berhad adalah syarikat penyedia penyelesaian teknologi runcit.
1. Pada 12/11/2018, RGTECH menerima kemasukkan volume yg tinggi seterusnya berjaya menutup sesi dagangan pada harga tertinggi dalam sebulan iaitu pada RM0.31.
2. Pada 16/11/2018, RGTECH telah mengeluarkan laporan suku kewangan ke-3 pada waktu rehat selepas sesi dagangan pagi di mana keuntungan bersih yg dicatatkan berkurang berbanding suku sebelumnya.
3. Sesi dagangan petang dibuka dgn rendah pada harga RM0.275 iaitu di paras sokongan semasa. RGTECH dilihat berjaya mengekalkan harga di atas paras sokongan RM0.275 sebelum ditutup pada RM0.280 meskipun laporan kewangan tidak memberansangkan.
4. Jika paras sokongan RM0.275 berjaya dikekalkan, RGTECH mampu utk naik lagi tinggi. Jika tidak, paras sokongan seterusnya adalah pada RM0.260
Kredit untuk Bursatrendband untuk indikator TrendbandGuide
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Wegmans membentuk corak segi tiga
Wegmans Berhad adalah pengilang perabot rumah yang terlibat dalam reka bentuk, pembuatan dan penjualan produk perabot rumah.
1. Wegmans dilihat cuba membentuk corak segi tiga.
2. Jika harga berjaya memecahkan garisan trend di bahagian atas, Wegmans berpotensi utk naik lebih tinggi.
3. Sekiranya harga gagal memecahkan garisan trend di atas, paras sokongan semasa adalah di garisan trend di bawah.
4. Jika paras sokongan di garisan trend di bawah berjaya dipecahkan, Wegmans dijangka akan meneruskan penurunan dan mencari paras sokongan seterusnya.
Kredit untuk Bursatrendband untuk indikator TrendbandGuide
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
XAUUSD - Data Asas Memberi Momentum Kepada Pasaran XAUUSD
Harga pasaran telah memecahkan aras harga 1208.40 walaupun data asas XAUUSD mengukuh kenaikan ini seolah olah bertentangan dengan pergerakan normal market dimana apabila data positif untuk matawang USD komoditi XAUUSD akan mengalami kejatuhan.
Ini memberi gambaran bahawa seolah pasaran sedang dimanipulasi oleh pedagang besar "Your Stop Loss Is My Entry" .Pemerhatian di jangkamasa 4 jam harus diperhatikan setiap masa.
XAUUSD - Pasaran Masih Samar Menentukan Arah
Selepas menembusi aras 1208.40 dengan candlestick padu marubozu, pasaran membentuk doji, doji memberi isyarat jelas yang pasaran masih belum dapat menentukan halatuju terkini.Mungkin pasaran menunggu pengumuman dari Fed Powell mengenai monetari polisi matawang Amerika Syarikat pada jam 07.00 pagi waktu Malaysia.
Jika pengumuman tersebut memberi rumusan yang positif maka XAUUSD akan meneruskan perjalanan ke bawah dan sebaliknya pasaran akan ke aras 1208.40. Pengumuman data mengenai Retail Sale akan menjadi pemangkin untuk menentukan halatuju pasaran.
XAUUSD - Aras 1208.40 Bakal Di Cuba Lagi
Harga pasaran emas telah memecahkan aras harga 1208.40 dengan candlestick marubozu yang padu.Aras ini adalah aras yang kuat kerana jika dilihat pada masa lepas aras ini telah beberapa kali di tembusi dengan candlestick marubozu untuk harga meneruskan perjalanan.
Apabila candlestick marubozu telah melepasi aras tersebut , ia bermungkinan harga akan mencuba aras 1208.40 tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke bawah. Aras 1193.07 hendaklah diperhatikan secara berterusan untuk melihat bagaimana harga benrtindakbalas apabila menghampiri aras tersebut.
XAUUSD - Para Penjual Menguasai Pasaran
Pergerakan harga hari ini jelas menunjukkan para penjual menguasai pasaran, ini kerana candlestick padu Bearish Marubozu menceritakan ape yang sedang berlaku di dalam pasaran kini. Kedudukan aras sokongan dikemaskini kepada 1208.40 , hal ini kerana aras ini adalah aras sokongan yang penting di mana harga melakukan pembalikkan.
Jangka masa 4 jam adalah penting untuk melihat bagaimana harga berinteraksi pada aras tersebut, apa yang membimbangkan para pedagang adalah pergerakkan palsu yang memakan aras henti kerugian mereka.
Keputusan yang terbaik adalah dengan membiarkan pasaran menentukan aras tuju dengan jelas sebelum meletakkan posisi.
EURUSD - Pergerakan Palsu Memerangkap Pedagang
Pergerakan palsu yang terjadi pada 07.11.2018pada aras 1.1434 telah memerangkap para pedagang yang meletakan posisi beli pada jangka masa 4H, jika dilihat pada sumber forexfactory tiada berita yang beri sokongan untuk harga naik sebegitu dan akhirnya membentuk candlestick Doji, candlestick Doji ini memberitahu bahawa pasaran masih belum dapat menentukan ke arah manakah sepatutnya ia pergi.
Harga masih membentuk bayang pada aras tersebut memberi makna bahawa para penjual menguasai pasaran dan menekan harga ke bawah.Faktor pilihanraya pertengahan penggal Amerika Syarikat yang belum muktamad membuatkan para pedagang dalam keadaan sedia sebelum memasuki pasaran kembali.
XAUUSD - Dijangkakan Meneruskan Perjalanan Ke Aras 1204.70
Ekoran dari candlestick Bearish Engulfing pada aras 1236.32 yang menunjukkan para penjual menguasai pasaran, harga dijangka meneruskan perjalanan sehingga ke aras 1204.70. Aras 1204.70 adalah satu aras yang kritikal kerana sebelum ini harga telah memecahkan aras ini dengan Marubozu yang padu dan sebelum Marubozu tersebut memecahkan aras tersebut harga terus berlegar - legar di aras tersebut.
Jadi pemerhatian di jangka masa 4H adalah penting untuk melihat bagaimana harga bertindakbalas pada aras tersebut sama ada terjadi pusingan candlestick di situ, Marubozu padu yang memecahkan aras tersebut ataupun harga berlegar di aras tersebut dengan banyak bayangan harga.
XAUUSD - Cubaan Melangkaui Bearish Engulfing
Jika dilihat pada zon biru di mana tempat berlaku permintaan harga begitu banyak di zon tersebut, dengan berpandukan candlestick hari ini, berkemungkinan adalah harga akan bergerak ke arah zon biru sebelum melakukan penurunan.
Hari ini tiada berita mengenai USD, dan pasaran ketiadaan momentum untuk memecahkan aras 1236.32 dan seharusnya bergerak mengikut analisa teknikal, namun tiada apa yang pasti di dalam pasaran.
Pemerhatian di jangka masa 4H adalah penting sebelum meletakkan sebarang posisi.
EURUSD - Pemerhatian Di Aras 1.1432
Pergerakan harga semasa di jangka masa harian menunjukkan harga cuba untuk melepas aras harga 1.1432, ia menunjukkan aras tersebut adalah aras yang kukuh untuk ditembusi oleh harga semasa.
Ini kerana untuk menembusi aras harga tersebut harga memerlukan momentum yang kuat untuk menembusi aras ini seperti yang berlaku pada 24 Oktober di mana Candlestick Marubozu berjaya melepasi aras 1.1432.
Berpandukan Candlestick semasa harga dijangka akan melakukan penurunan ke aras 1.1301.
XAUUSD - Pembentukan Bearish Engulfing Di Jangka Masa Harian
Nampaknya aras harga 1236.32 adalah satu aras rintangan yang sukar ditembusi, kotak biru adalah bayangan dimana harga cuba untuk melepasi aras tersebut tetapi gagal. Candlestick terakhir membentuk Doji menunjukkan pasaran masih mencari arah untuk meneruskan perjalanan ke atas atau ke bawah.
Persoalan ke Candlestick Doji tersebut telah terjawab dengan pembentukkan Candlestick Bearish Engulfing yang cuba melangkaui keseluruhan Doji tersebut, ia memberi isyarat bahawa para penjual sedang menguasai pasaran.
Sebarang keputusan sebelum meletakan posisi pembelian atau penjualan hendaklah berpandukan jangka masa harian untuk melihat arah pergerakan pasaran ,dan seterusnya ke jangka masa 4 jam untuk meletakkan posisi yang sepatutnya.
XAUUSD - Adakah Sedang Berlaku Manipulasi Harga
Melihat kepada carta, harga XAUUSD telah melantun pada aras 1217.333 iaitu pada aras fibonacci 61.8 % , aras ini teknikal ini telah dijangkakan kerana pada aras tersebut kerana berkemungkinan pelabur mengambil peluang untuk melakukan pembelian sebelum melakukan penjualan secara besar - besaran , ini ekoran esok adalah pengumuman penting data asas iaitu , yang mungkin berpihak kepada USD :
1. Non Farm Employment Change
2. Unemployment Rate
Berdasarkan analisa fundamental ia mengambarkan data yang akan dikeluarkan adalah positif , namun perhatian di jangkamasa yang kecik seharusnya diberi perhatian terutama sekali di aras 1236.32 kerana ia sangat kritikal di mana harga terus mencuba untuk memecahkan aras itu.
Data yang dikeluarkan esok bakal memberikan momentum kepada XAUUSD untuk menentukan halatuju ia dengan jelas.
XAUUSD - Gagal Dan Mencari Sokongan S2
Harga telah gagal untuk menembusi aras rintangan R1 = 1236.32 , walaupun harga telah melepasi bayang-bayang candlestick yang tertinggi namun ia tidak memberi momentum untuk ia terus menuju ke atas.
Para pedagang pada hari Isnin terus menekan harga ke bawah dan mencari sokongan S2 = 1204.70 tetapi jika melihat kepada segi teknikal terdapat 2 aras yang penting iaitu 1217.22 pada nilai 61.8% dan S2 = 1204.70.
Jika dilihat pada aras 1236.32 sehingga 1217.22 kelihatan seolah terdapat pengumpulan harga dan momentum sedang di bina untuk memecahkan zon pengumpulan tersebut.
XAUUSD - Tentangan Berterusan Di Aras Harga 1236.32
Melihat kepada analisa pergerakan harga sepanjang minggu pasaran dibuka ternyata harga XAUUSD masih gagal melepasi R1 = 1236.32 , ini menunjukan pihak penjual menguasai pasaran dan cuba menekan harga XAUUSD ke bawah, dengan data asas menunjukkan :
26.10.2018 USD Advance GDP q/q Sebenar = 3.5% Ramalan = 3.3% Sebelum = 4.2%
dengan data yang positif ia gagal meneruskan momentum untuk mencari rintangan seterusnya kerana kekuatan data asas yang didokong dengan data asas yang lain iaitu perbelanjaan pengguna yang meningkat sebanyak 4% .
XAUUSD -Sekali Lagi Cubaan Menembusi Aras Rintangan R1 =1236.32
Percubaan Candlestick semalam 25.10.2018 masih gagal untuk menembusi aras rintangan R1 = 1236.32 lihat anak panah no. 2. Dijangkakan harga akan terus mencuba untuk menembusi aras tersebut. Keadaan pasaran sekarang XAUUSD memerlukan pemangkin untuk membuat keputusan ke mana halatuju harga.
mengikut sumber forexfactory.com:
8:30pm USD Advance GDP q/q
seandainya data yang keluar kelak menghampakan atau sebaliknya maka pedagang komoditi akan mengambil peluang meletakan posisi dengan data asas yang diterbitkan. Jangka waktu di masa yang lebih kecik wajar diberi perhatian.
XAUUSD - Percubaan Aras Rintangan 1236.32
Harga masih terus mencuba untuk melepas aras sokongan R1 = 1236.32 namun masih buat masa ini. Tetapi seandainya ia melepasi aras harga tersebut ianya mestilah melepasi bayang harga 1239.85 .Jika berjaya posisi dagangan beli adalah yang terbaik .
Dalam ertikata lain, jika harga berjaya menembusi aras fibonacci 50% , maka isyarat jelas ia akan meneruskan perjalanan panjang.
XAUUSD - Aras Harga 1236.32 , Bagaimana Harga Bertindakbalas.
Harga emas semasa menunjukan ia cuba untuk menembusi aras rintangan R1 = 1236.32, ini kerana pada aras harga 1236.32 adalah dimana pemecahan harga berlaku, lihat pada bulatan kecil pada setiap aras harga.
Bulatan kecil pada aras harga menunjukan telah berlaku pemecahan harga yakni kehadiran candlestick Marubozu yang berjaya menembusi aras harga tersebut ianya jelas menunjukkan bahawa aras harga pada bulatan kecil, adalah tempat - tempat yang seharusnya diperhatikan bagaimana harga berinteraksi apabila berada pada aras harga tersebut.
Sekiranya Candlestick gagal untuk menembusi aras harga R1 = 1236.32 maka kebarangkalian tinggi harga akan berpatah balik ke aras sokongan sebelumnya iaitu S2 = 1204.70.
AUDUSD - Singkat Sebelum Meneruskan Perjalanan
AUDUSD kini dalam posisi melakukan singkat dengan harga semasa menuju ke aras sokongan S1 = 0.7041 kerana telah melakukan dua kali percubaan untuk menembusi aras sokongan 02 = 0.7085.
Pada aras sokongan S2 = 0.7041 , pemerhatian hendaklah dilakukan sebelum meletakan sebarang posisi dengan melihat bagaimana harga berinteraksi pada aras harga tersebut samada harga sekadar membuat bayang pada aras tersebut atau membuat badan penuh yang menembusi aras sokongan ini.
GBPUSD - Singkat Tetapi Awas Pada Aras Sokongan 1.2922
GBPUSD menghampiri aras harga 1.2922 yakni pada sokongan 02 kerana harga pada Candlestick sebelumnya telah melakukan percubaan untuk menembusi aras sokongan 02 iaitu pada harga 1.3043 namun gagal.
Aras sokongan 02 hendaklah diperhatikan untuk melihat bagaimana harga bertindakbalas pada aras harga tersebut , samada ia menembusi atau melantun kembali menuju ke aras sokongan 01