AmmarAbdSamat

CCK Berhad : Isyarat Peralihan ke Trend Menaik?

MYX:CCK   CCK CONSOLIDATED HOLDINGS BHD

CCK Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam perusahaan ayam, udang, rujukan makanan, runcit dan korporat.

1. Berdasarkan analisis agensi THOMSON REUTERS, CCK Berhad diberikan rating 10/10 dari segi fundamental syarikat.

2. CCK telah mencatatkan paras paling tertinggi pada 11 Jun 2018 pada harga RM1.01. Selepas 'share split' dan 'bonus issue of warrant', CCK mengalami fasa penurunan hampir 40% sehingga berada di bawah garisan SMA200.

3. Pada carta bulanan, CCK dilihat berjaya membuat lantunan teknikal di atas garisan trend. (rujuk gambar di atas)

4. Pada carta harian, terdapat satu corak yg dipanggil 'morning star' mula terbentuk pada sesi dagangan hari ini (di dalam bulatan hijau).

5. Bagi pengamal analisis teknikal, corak 'morning star' adalah satu isyarat peralihan dari pada fasa menurun ke fasa menaik. Pengesahan corak hendaklah dilakukan selepas sesi dagangan ditutup.

6. Jika corak berjaya terbentuk selepas sesi dagangan ditutup pada hari ini, CCK berpotensi utk memasuki fasa kenaikan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.