APPLE menunjukkan sifat lantunanHarga saham syarikat Apple menunjukkan dua kali lantunan ke atas dan disokong dengan minat belian yang semakin menaik pada persilangan emas Stochastics. Mengikut pemerhatian gelombang sahlun tentang saham ini adalah uptrend@bullish dengan kenaikan sebanyak 27% dalam tempoh 1 bulan lepas. Dari segi Syariah, saham ini adalah Patuh Syariah.
Cari dalam idea untuk "stochastic"
CARIMIN Bercorak MegaphoneCarimin sedang membuat corak Megaphone kecil yang mana ianya disahkan oleh corak Stochastic.
Harga sasaran sekitar 0.695
Paras harga pembatal analisa 0.550
Nisbah Risiko : Ganjaran dari harga semasa = 1:4
Perkongsian ini sekadar perkongsian pandangan penulis dan bukannya cadangan untuk membeli mahupun menjual.
Segala urusan trading adalah atas tanggungjawab anda sendiri.
<==== FUSION STYLE ====>
BSLCORP (Empat Petunjuk Jelas Sebelum Naik ke atas)Sektor :
- Metals, Plastics, Plastic Product (Consumer), Industrial Products & Services.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- BSLCORP tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Dalam 12 quarters terkini, separuh atau 6 quarters sahaja yang mencatatkan keuntungan. Selebihnya iaitu separuh atau 6 quarters lagi mencatatkan kerugian. Walaubagaimanapun, keuntungan BSLCORP meningkat YoY sebanyak 368.37%.
- Secara overall, hasil (revenue) pula dilihat berada dalam keadaan mendatar. Revenue QoQ meningkat sebanyak 9.47% tetapi menyusut YoY sebanyak -5.78%.
~ Teknikal ~
- BSLCORP masih di atas MA 50 menandakan BSLCORP masih uptrend untuk mid term.
- Sepanjang kenaikan ini, BSLCORP beberapa kali rebound di atas MA 50 yang merupakan support dinamik baginya.
- Analisis ini mendapati bahawa dua proses rebound yang lepas (rujuk garisan menegak berwarna hijau) didorong oleh 4 petunjuk:
1) Sebelum rebound, muncul signal 'hidden bullish divergence' daripada indikator stochastic RSI menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian masih lebih kuat.
2) Terbentuk reversal candlestick iaitu three line strike pada rebound pertama dan morning star pada rebound kedua.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold menandakan harga sedang rebound di atas support baru yang terkuat iaitu MA 50.
4) MACD 4R1G. (Penerangan di nota kaki).
- Secara kesimpulannya, setelah muncul signal 'hidden bullish divergence', BSLCORP rebound di atas MA 50 dengan pembentukan reversal candlestick, stochastic RSI cross di paras oversold dan MACD 4R1G.
- Terkini, sejarah rebound BSLCORP seperti ingin terukir kembali apabila muncul 3 daripada 4 petanda rebound. Tiga petanda tersebut adalah munculnya reversal candlestick iaitu tower bottom, MACD 4R1G dan stochastic RSI cross up di paras oversold. Satu petanda yang tiada adalah signal 'hidden bullish divergence'. Berkemungkinan minat pembelian terkini semakin lemah dan semakin diatasi oleh momentum penjualan yang kuat dan keadaan ini mampu mendorong harga untuk jatuh.
- Jika BSLCORP mampu bertahan di atas MA 50, harga mampu menuju ke paras harga RM 1.220 yang merupakan ATH bagi BSLCORP pada 30 Oktober 2006 lalu.
- Jika harga tidak mampu rebound dan jatuh sehingga ke bawah MA 50, harga berkemungkinan akan jatuh sehingga ke support seterusnya iaitu pada paras harga RM 0.670.
Nota kaki :
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* MACD 4R1G = Histogram MACD 4 Red 1 Green. Memberi signal bahawa saham menerima tekanan penjualan yang berat sekurang-kurangnya 4 hari, sebelum muncul minat pembelian memberi petanda saham akan melantun untuk meneruskan momentum kenaikan.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'support dinamik' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Ayuh Cuba LagiMESTRON pada hari ini dilihat berjaya memecahkan rintangan All Time High di paras 0.290 namun tidak berjaya untuk kekal di atas paras tersebut. Adakah akan ada percubaan untuk meneruskan kenaikan pada esok hari? Sama-sama kita nantikan. Paras 0.290 adalah paras RBS terdekat bagi kaunter ini. Masih ada ruang kenaikan berdasarkan stochastic.
Penafian:
Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
SCOPE : Indikator Bolinger Band1. Jika dilihat pada major trend adalah uptrend.
2. Harga telah memecahkan resistance, namun tidak dapat bertahan dan turun semula.
3. Kemungkinan harga akan mencari support atau lower bolinger band.
4. Jika mahu entry, pastikan harga berada pada support atau lower bb dan volume penjualan melemah atau oversold pada stochastic.
[Kajian] XRPUSDTCandle pada carta di TF 4 jam berada di sekitar fibo 78.6 - 100%,
Sekiranya harga tidak mampu bertahan pada sekitar 0.63, besar
kemungkinan harga akan meneruskan penurunan dan disokong oleh
indicator stochastic. Target penurunan adalah pada 0.616, 0.598, maksimum 0.576.
Perhatikan pergerakkan harga untuk mengambil posisi long di sekitar
paras fibo popular.
Gadang bakal membuat rebounceSektor pembinaan dijangka akan mendapat impak positif pada esok hari berikutan pengumuman Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek oleh YAB Perdana Menteri, TSMY.
Gadang merupakan salah satu kaunter sektor pembinaan.
Dijangka akan membuat rebounce dari trendline support.
Trading Plan : Trendline support + stochastic.
Ini adalah trading idea sahaja.
#TAYOR
[Watchlist] AMDUpdate AMD
1. Kaunter ini nampak sedang membuat retracement setelah membuat kenaikan pada minggu lalu.
2. Kenaikan ini disokong dengan penurunan pada oscilator stochastic.
3. Harga terkini sedang menuju paras sokongan fibo 23.6%
4. Sekiranya berjaya memecahkan paras fibo 23.6% ini, harga berkemungkinan akan membuat penurunan lagi sehingga ke paras 38.2%
Idea dagangan
1. Perhatikan pergerakkan harga pada hari isnin nanti
2. Sekiranya harga berjaya pecah paras sokongan 26.6%, entri short disekitar 29.99, dan target penurunan seterusnya pada 27.32
3. Sebaliknya, sekira harga berjaya membuat lantunan pada 23.6%, entri long sekitar harga 29.9, target kenaikan seterusnya pada 34.3
Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.
EURUSD SidewaysEURUSD masih lagi dalam fasa "sideways". Walau bagaimanapun, saya melihat harga akan cuba bergerak ke bawah dan menguji aras sokongan di 1.2200 kemudian kemungkinan besar akan berpatah balik (baca:rebound) dan meneruskan lonjakan ke atas.
Tetapi, dalam keadaan pasaran yang masih lagi dalam "sideways", lebih baik kalau menunggu sebarang "breakout" dulu berlaku ataupun sebarang perubahan trend.
Key Support Zone - 1.2200-1.2100
Key Resistance - 1.2512
Stochastick - Bearish
MACD - Bearish
EMA 20 - Bearish
PROPERTIES (Meneruskan Rancangan Pendakian dengan 3 Pemangkin)Idea analisis:
- Dalam time frame weekly, sektor PROPERTIES dilihat membuat HHHL di atas trend line.
- Dalam kenaikan ini, dilihat signal 'strong bearish divergence' telah menjatuhkan indeks tetapi signal ini tidak mampu menjatuhkan indeks sehingga ke bawah trend line.
- Ini kerana terkini, muncul tiga petanda yang menunjukkan indeks akan rebound di atas trend line support:
1) Muncul candlestick tower bottom.
2) Muncul signal 'hidden bullish divergence' menandakan momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga ke bawah trend line kerana minat penjualan yang masih lebih kuat.
3) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Dengan 3 petanda rebound ini, indeks PROPERTIES bepotensi menuju ke paras SBR (835 mata - 855 mata).
Nota kaki:
* HHHL = Higher High Higher Low.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Rebound = Indeks melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana indeks menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna indeks dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance ( SnR ), boleh klik pautan di bawah:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli .
SEDANIA (Mencari Peluang untuk Membuat Pembalikan)Sektor :
- Industrial Products, Internet of Things (IoT), Technology, IT Solutions/ IT Product, Telecommunications Equipment, Telecommunications & Media.
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- SEDANIA baru² ini membuat kenaikan parabolic dalam 8 hari dengan kenaikan sebanyak 480.33% dan berjaya mencipta ATH pada paras harga RM 1.770.
- Kemudian, SEDANIA dilihat membuat pullback setelah muncul 2 petunjuk:
1) Bearish engulfing.
2) Stochastic RSI cross down di paras overbought.
- Terkini, SEDANIA dilihat membuat rejection di atas fibo 0.382 iaitu pada paras harga RM 0.865 tetapi masih belum muncul petanda reversal atau rebound.
- Sebelum ini, harga reversal dan pullback apabila stochastic RSI cross down di paras overbought, selepas ini, boleh jadi harga akan reversal dan rebound setelah stochastic RSI cross up di paras oversold.
~ Fundamental ~
- SEDANIA tidak konsisten membuat keuntungan. Hanya 6 keuntungan yang tercatat sepanjang 10 quarters terbaru. Keuntungan SEDANIA YoY menyusut sebanyak -3761.96%.
- Tambahan, iSaham mengkategorikan SEDANIA sebagai syarikat 'negative earnings', dimana anda tidak disyorkan melibatkan diri dalam saham ini jika tidak mahir cutloss.
- Perolehan terkini SEDANIA pula adalah tertinggi berbanding sebelumnya. Ini menjadikan perolehan SEDANIA meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 514.62% dan 47.49%.
Nota kaki :
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Bearish Engulfing = 'Body' candle merah menelan 'body' candle hijau sebelumnya.
* Overbought = Garisan stochastic RSI di atas paras 80. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih belian.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan
kenaikan / membuat retracement.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
YKGI (Masih Berbisa atau Meninggalkan Sisa?)Sektor :
- Steel, Industrial Products & Services, Metals.
Idea analisis :
~ Fundamental ~
- YKGI boleh dikategorikan sebagai syarikat 'loss making company' kerana data menunjukkan dalam 12 quarter terkini, YKGI membuat kerugian di dalam 10 quarter. Hanya 2 quarter yang membuat keuntungan dalam tempoh 12 quarter terbaru ini iaitu Q2 2021 dan Q4 2020.
- Secara keseluruhan, keuntungan dan hasil (revenue) YKGI di dalam trend menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan YKGI dilihat meningkat YoY sebanyak 85.7%.
~ Teknikal ~
- YKGI masih uptrend dengan menjadikan trend line dan MA 50 sebagai supportnya.
- Sepanjang kenaikan ini, retracement dapat dikesan dengan signal 'bullish divergence' yang dipaparkan oleh stochastic RSI. Ini dapat menjadikan panduan kepada para pemegang saham YKGI untuk terus memegang saham ini (hold) atau menjualnya sedikit untuk keuntungan atau menjual kesemuanya.
- Terkini, YKGI dilihat berada dalam fasa retracement sekali lagi dan muncul petanda reversal iaitu candle 'inverted hammer'.
- Kemungkinan YKGI akan rebound di atas trend line dan MA 50 untuk meneruskan kenaikan sehingga ke paras resistance pada harga RM 0.330.
- Jika harga tidak mampu rebound di atas trend line dan MA 50 ini, harga berpotensi menuju ke paras classical support iaitu RM 0.220 dan menunggu stochastic RSI cross up di paras oversold untuk rebound dan meneruskan kenaikan.
- Jika harga tidak mampu juga bertahan dan rebound di atas paras harga RM 0.220 ini, harga berkemungkinan menuju ke support seterusnya iaitu RM 0.200 yang merupakan paras harga psikologi.
Nota kaki :
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
* Q4 = Quarter keempat. Kebiasaanya pada bulan November.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Retracement = Harga membuat pembetulan yang kecil iaitu harga menurun 'sedikit' sebelum meneruskan kenaikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI menurun (lower high).
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi stochastic RSI mendatar.
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'classical support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER :
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
XRP (Muncul Signal Kenaikan Berturut-Turut)Ripple (XRP) dilihat mencuba untuk meneruskan kenaikan setelah berjaya BDTL. Kejayaan BDTL XRP ini disokong oleh signal 'strong bullish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
Setelah berjaya BDTL, indikator stochastic RSI memberikan signal positif sekali lagi. Munculnya signal 'hidden bullish divergence' menandakan bahawa momentum penjualan adalah kuat tetapi tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat.
Terkini, muncul pula signal 'strong bullish divergence' menandakan harga akan meneruskan kenaikan dengan menjadikan paras harga RM 5.40 sebagai support terbarunya. Sekiranya harga mampu menembusi paras RM 6.20 dan dapat bertahan di atas paras harga ini, XRP berpotensi untuk menuju ke resistance seterusnya pada paras harga RM 8.10.
Kajian ini hanya meninjau pergerakan harga pada time frame 4 jam sahaja. Kemungkinan pergerakan harga di time frame yang berbeza menatijahkan analisis yang hampir sama atau berbeza.
Nota kaki:
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line).
* Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi stochastic RSI menaik (higher low).
* Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low).
* Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
CHEETAH (Mencari Rentak Lama)Sektor:
- Trading & Services, Apparels, Personal Goods, Consumer Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, CHEETAH dilihat tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Walaupun begitu, keuntungan CHEETAH meningkat YoY sebanyak 40.29%. Hasil (revenue) pula dalam trend sideways (mendatar). Revenue CHEETAH menyusut QoQ dan YoY masing² sebanyak -368% dan -56.6%.
- Dari sudut Teknikal, CHEETAH sebelum ini dilihat kerap membuat pullback sehingga ke MA 20 sebelum rebound dan membuat higher high.
- Terbaru, CHEETAH membuat pullback sekali lagi tetapi kali ini, CHEETAH breakdown MA 20.
- MA 20 dilihat merupakan dinamic support yang terkuat CHEETAH. Oleh sebab itu apabila support terkuat ini pecah, harga dilihat membuat penurunan drastik sehingga jatuh di bawah MA 50 menjadikan CHEETAH downtrend untuk mid term.
- Penurunan ini juga didorong oleh signal 'weak bearish divergence' yang ditunjukkan oleh indikator stochastic RSI.
- Ketika penurunan drastik ini berlaku, muncul 2 signal reversal:
1) Candle bullish engulfing.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan CHEETAH berkemungkinan akan reversal di paras support terkuat.
- Walaubagaimanapun, terdapat 2 resistance yang perlu dilepasi oleh CHEETAH bagi memastikan CHEETAH meneruskan kenaikan seperti sebelum ini:
1) MA 50 untuk menjadikan CHEETAH uptrend untuk midterm.
2) MA 20 untuk kembali meneruskan kenaikan seperti sebelum ini.
Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada downtrend kepada uptrend atau sideways.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Higher high = 'Paras harga tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras harga tertinggi sebelumnya'.
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.
* Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau menelan 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
YKGI (Amaran untuk Kembali Semula ke Pangkal Jalan)Sektor:
- Steel, Industrial Products & Services, Metals.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, iSaham mengkategorikan YKGI sebagai syarikat 'negative earnings' kerana lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. Hasil (revenue) YKGI juga dilihat dalam trend menurun secara overall. Hasil (revenue) menurun sebanyak -8.46 YoY. Walaupun begitu, keuntungan YKGI meningkat YoY sebanyak 29.19%.
- Dari sudut Teknikal, YKGI dilihat uptrend kerana masih berada di atas trend line.
- Apabila harga naik terlalu tinggi, signal 'bearish divergence' muncul untuk memberi peringatan kepada YKGI supaya turun semula ke trend line.
- Terkini, harga dilihat mula rebound semula dengan petunjuk stochastic RSI yang cross up.
- Kemungkinan jika harga naik secara tinggi lagi, stochastic RSI akan memberi amaran untuk harga turun semula ke trend line seperti sebelum ini.
Nota kaki:
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
PMETAL (Dua Garisan Dinamik Sebagai Sokongan)Sektor:
- Aluminium, Metals, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, PMETAL merupakan salah satu daripada 30 komponen bagi indeks FBMKLCI. Keuntungan dan hasil (revenue) adalah konsisten. Walaupun begitu, keuntungan dan hasil (revenue) YoY adalah menurun masing² sebanyak -2.93% dan -11.91%. PMETAL juga konsisten memberikan dividen kepada pemegang saham. Walaupun begitu, dividen yang diberikan menurun dan terkini, dividen yang diberikan adalah sebanyak 4.25 sen sesaham. Sebelum ini, paling tinggi dividen diberikan adalah sebanyak 8.5 sen sesaham pada tahun 2017.
- Dari sudut Teknikal, PMETAL dilihat berada dalam keadaan uptrend dengan menjadikan MA 20 dan MA 50 sebagai dinamic support.
- PMETAL beberapa kali rebound di atas MA 20 dan apabila muncul signal strong bearish divergence, harga mula turun melebihi MA 20 dan rebound di atas MA 50.
- Terkini, muncul signal medium bearish divergence dan harga sekarang berada di atas MA 20.
- Stochastic cross up di paras oversold menunjukkan signal reversal atau rebound berlaku.
- Adakah harga akan rebound di atas MA 20 atau turun melebihi MA 20 dan rebound di atas MA 50 seperti sebelum ini?
Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI menurun.
* Medium Bearish Divergence = Keadaan dimana harga mendatar tetapi stochastic RSI menurun.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.