TEKSENG di ambang berakhirnya Gelombang Pembetulan Besar Zigzag Sektor : Industri Pengguna
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan besar yang membentuk corak "Zigzag" ( ABC ) dalam tempoh setahun akan berakhir dan sedang menunggu momentum yang baru serta telah memulakan pergerakan bagi gelombang besar Satu yang baru. kini akan menuju ke tahap fibo 38.2% untuk sasaran jangkamasa pendek 4-6 minggu.
Nota Fundamental/Kewangan -
Secara Konsisten pendapatan kewangan syarikat ini meraih keuntungan 6 kali suku tahunnya di sepanjang tempoh 2 tahun kebelakang.
dan Kadar Nilai Saksama (Fair Value - Graham ) semasa adalah 0.635 sen
Nota Teknikal Analisis : -
* Tahap Sokongan Kuat di Harga :0.44 sen
Analisa bagi Permulaaan Menaik Gelombang Satu : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 23.6% & 38.2%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 38.2% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Tahap Fibo Ext - Gelombang Besar Satu - 200%-261% ( Jangkaan Masa - 4-5 Bulan )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
Cari dalam idea untuk "zigzag"
ADVENTA di Fasa Akhir Gelombang Pembetulan DuaSektor : Kesihatan
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Gelombang pembetulan Dua yang membentuk corak "Zigzag" ( ABC ) dalam tempoh beberapa bulan akan berakhir dan sedang menunggu momentum yang baru serta telah memulakan pergerakan bagi gelombang besar Tiga. kini akan menuju ke tahap fibo 38.2% untuk sasaran jangkamasa pendek.
Nota Teknikal Analisis : -
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 23.6% & 38.2%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 38.2% ( Jangkaan Masa - 4-6 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
HPPHB pendatang baru yg masih belum menunjukkan TaringnyaAnalisa Teknikal Gelombang Elliot :
Semenjak di hari permulaan penyenaraian di papan BURSA dengan membuat kenaikan dua hari berturut-turut , Kaunter ini telah mengalami pengunduran,
dan kini sedang berada tahap akhir di Gelombang pembetulan "C" di dalam Corak "Zigzag-ABC " dan selepas itu akan membuat kenaikan untuk Gelombang Satu Besar
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
CCK - nak tamatkan Wave 4 sekarang atau lengkapkan ZigZag duluCCK:
1. Kaunter masih uptrend
2. Mungkin di Wave 4 sebelum mencari Wave 5
3. Berada di area of demand terdekat
4. Adakah mencari area of demand di bawah sikit lagi atau terus membuat loncatan ?
5. Kalau betul Elliot Wave count untuk correction Wave 4, iaitu cuba membuat ZigZag correction (535), ia mungkin mencari area of demands yg bawah sikit lagi. Ianya juga kebetulan pada 68.2% correction dari puncak Wave 3. Mengikut teori, sekiranya correction Wave 2 adalah singkat (macam dalam ni), Wave 4 akan sharp dan complex correction.
Sama2 kita perhatikan.
INI BUKAN BUY/SELL CALL
Lakaran Elliot Wave, pergerakan candle dan interpretasi indikator bagi kaunter ini hanyalah imaginasi seorang amatur untuk pembelajaran diri sendiri sahaja. Sila jangan ikut.
VIS- berakhirnya pembetulan zigzag ?Lengkap pembetulan Zigzag, 5-3-5 dengan gelombang C berakhir pada aras harga terendah 52-minggu, RM0.29. Struktur 'higher high' dan 'higher low' yang terbentuk selepas lengkapnya gelombang C memberi isyarat trend akan berubah kepada 'uptrend'.
Aras Sokongan
1 : 0.56
2 : 0.53
3 : 0.455
Aras Halangan
1 : 0.64
2 : 0.725
3 : 0.840
PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - 1. SEGITIGA PENYUSUTAN PENDIDIKAN - GELOMBANG ELLIOT - 1. SEGITIGA PENYUSUTAN
Segitiga gelombang Elliott adalah corak gelombang pembetulan yang menyatukan arah aliran sebelumnya. Segitiga gelombang Elliott terdiri daripada lima gelombang berlabel a-b-c-d-e. Terdapat peraturan dan tiga garis panduan dalam pembinaan dan pengenalan segitiga Elliott Wave.
Peraturan # 1: Sub gelombang segitiga terbahagi kepada 3-3-3-3-3
Peraturan # 2: Sub gelombang mesti berupa zigzag, beberapa zigzag, atau segitiga.
(Sekurang-kurangnya empat gelombang mestilah zigzag. Satu gelombang boleh menjadi lebih kompleks seperti zigzag berganda atau segitiga lain
Peraturan # 3: Gelombang 'C' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'A'
Peraturan # 4: Gelombang 'D' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'B'
Peraturan # 5: Gelombang 'E' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'C'
Pada setiap peraturan di atas, tiga gelombang akhir segitiga menjadi semakin pendek daripada gelombang sebelumnya. Hasilnya, apabila melukis garis tren yang menghubungkan gelombang yang melampau, coraknya berbentuk segitiga.
Terdapat tiga garis panduan untuk mengenal pasti segitiga.
#Pertama, segitiga hanya terdapat pada titik-titik tertentu dalam struktur gelombang.
Sebilangan besar segitiga muncul sebagai gelombang kedua hingga terakhir dari urutan yang lebih besar.
Sebagai contoh, dalam dorongan, segitiga boleh muncul di kedudukan gelombang keempat, yang merupakan gelombang kedua hingga terakhir dari gelombang lima gelombang.
Segitiga boleh muncul dalam gelombang 'B' zigzag, yang merupakan gelombang kedua hingga terakhir dari urutan zigzag A-B-C.
Titik khas dalam struktur gelombang di mana mungkin menjumpai segitiga:
* Gelombang keempat gelombang impuls
* Gelombang 'B' corak zigzag
* Gelombang 'X' dari 'Z' kombinasi kompleks
* Gelombang 'Y' gabungan W-X-Y
Oleh itu, apabila anda mengenal pasti segitiga dengan betul, ia dapat memberi petunjuk kepada anda mengenai urutan gelombang yang lebih besar kerana memberikan amaran bahawa langkah seterusnya kemungkinan gelombang berakhir!
Garis panduan lain dalam pembinaan segitiga ialah gelombang 'B' cenderung menelusuri sekitar 61-161% gelombang 'A'. Sekiranya gelombang 'B' melampaui dan mengundurkan gelombang 100% atau lebih gelombang 'A', maka ia dianggap sebagai segitiga berlari. Segitiga berlari dilihat sebagai petunjuk kuat dari arah aliran yang kuat. Trend ini begitu kuat sehingga gelombang 'B' melonjak ke harga baru yang melampau.
Terakhir, kadang-kadang ianya dapat menganggarkan titik penamatan dari beberapa gelombang dalam segitiga dengan membandingkan gelombang semasa dengan gelombang gantinya. Sebagai contoh, anda mungkin mendapati gelombang 'C' menjadi 61.8% atau 78.6% panjang gelombang 'A'. Nisbah serupa mungkin dapat dicapai untuk gelombang 'D' berbanding gelombang 'B' atau gelombang 'E' berbanding dengan gelombang 'C'.
Cara Berdagang pada Corak Segi Tiga
Kaedah terbaik untuk memperdagangkan segitiga Elliott Wave adalah dengan menjangkakan berakhirnya gelombang 'E'.
Untuk menganggar hujung gelombang 'E', gunakan garis panduan anggaran yang dinyatakan di atas dengan mengukur panjang gelombang 'C' dan cari tahap di mana gelombang 'E' adalah 61% atau 78% dari panjangnya.
Juga, lukiskan garis arah yang menghubungkan gelombang 'A' dan gelombang 'C' yang melampau. Berkali-kali, gelombang 'E' mendekat dan kadang-kadang bahkan melampaui garis aliran. Henti rugi dan risiko pada perdagangan diletakkan pada harga gelombang 'C' yang melampau.
Sasaran harga dapat dijumpai dengan mensasarkan pengukuran harga gelombang kelima (dalam dorongan) atau pengukuran harga gelombang yang sama (dalam zigzag). Ini biasanya menghasilkan nisbah risiko hingga ganjaran satu hingga dua atau lebih baik.
#TECHNICAL ANALYSIS
“IF YOU ARE BUYING SIGNALS OR CLASSICAL ANALYST, HARMONICS,
SUPPLY & DEMAND OR ANY OTHERS ANALYSIS SCHOOL”,
“YOU MUST ADD ELLIOT WAVES ELEMENT & TOOL TO KNOW THE DIRECTIONS & FATE OF THE MARKET”
REMEMBER THAT ELLIOT WAVES GIVES YOU THE FULL CONFIDENCE TRUST IN YOUR TRADINGS AND INVESTMENTS.
DEAN MENTARI
FLEXI (Pepenjuru Terakhir Sebelum Meneruskan Kenaikan)Sektor :
- Newly Classified Shariah-Compliant Securities, IPO, Penny Stocks (sumber: iSaham).
Idea analisis :
~ Teknikal ~
- Kajian ini mengkaji pergerakan harga bagi FLEXI dalam time frame 1 jam.
- FLEXI dilihat berada dalam wave akhir triple zigzag (major wave Z).
- Triple zigzag ditanda dengan W-X-Y-X-Z.
- Setiap wave, terdapat wave lagi didalamnya dan dalam idea ini, penulis akan menyentuh hanya tentang struktur major wave Z dalam triple zigzag.
- Di dalam major wave Z ini, terdapat pattern zigzag (a-b-c) dan FLEXI sekarang berada di hujung pattern zigzag iaitu minor wave c.
- Di dalam minor wave C ini pula, FLEXI dilihat sedang membuat ending diagonal (1-2-3-4-5) dan FLEXI dilihat ingin menuju ke sub minor wave 5 yang juga merupakan minor wave c dan juga major wave Z.
- FLEXI dijangka akan menurun samada di mana² tiga paras support:
1⃣ Paras fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda major wave Y) pada paras harga RM 0.370.
2⃣ Horizontal support pada paras harga RM 0.365 (sebelum ini, harga telah dua kali menyentuh paras harga ini dalam time frame 1 hari).
3⃣ Paras fibonacci 61.8% (0.618 kali ganda minor wave a).
- Setelah lengkap major wave Z ini, FLEXI dijangka akan meneruskan kenaikan. Jika FLEXI berjaya meneruskan kenaikan dengan melepasi resistance pada paras harga RM 0.395 dan membuat higher low, harga dijangka akan membuat major wave 1 yang baru.
~ Fundamental ~
- Memandangkan FLEXI baru sahaja disenarai awamkan di Bursa pada 30 Mac 2021, data kewangan yang dapat diteliti adalah berdasarkan dua quarter iaitu Q1 2021 dan Q2 2021.
- Perolehan (revenue) FLEXI meningkat tetapi keuntungan menurun sehingga mencatatkan kerugian pada quarter terbaru iaitu Q2 2021.
Nota kaki :
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Q1 = Quarter pertama. Kebiasaanya pada bulan Februari. Dalam idea ini, Q1 adalah pada bulan Mac.
* Q2 = Quarter kedua. Kebiasaanya pada bulan Mei.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
elliot wave box NOTA PETUNJUK
ELLIOT WAVE
TEKNIK MENGGUNAKAN INDICATOR ELLIOT WAVE BOX
WAVE RCP (reversal chart pattern)
Gelombang atau wave ke3 sepatutnya mempunyai volum yang lebih besar daripada gelombang lain.
Indi ini boleh menyemak kekuatan dan membandingkan dengan volum wave 1 dan 2 secara pilihan.
Tempoh Zigzag: ialah panjang yang digunakan untuk mengira tertinggi/terrendah dan wave zigzag Min/Max Retracements: ialah kadar anjakan untuk menyemak gelombang 2 mengikut wave 1.
contohnya; jika nilai min/maks ialah 0.500-0.618 maka wave 2 mestilah minimum 0.500 wave 1 dan maksimum 0.618 wave 1.
Semak Sokongan Kelantangan: volum wave ke-3 mestilah lebih besar daripada 1 dan 2 terdapat 4 pilihan untuk sasaran.
anda boleh mendayakan/melumpuhkan dan menukar tahap.
sasaran dikira menggunakan panjang wave 1.
Pilihan untuk menunjukkan zon pecahan, zigzag , gelombang 1 dan 2. dan beberapa pilihan untuk warna.
1.Bila keluarnya box wave, ia adalah jangkaan wave 1 dan 2 sedang terjadi dan menunggu berlakunya wave ke 3, dengan adanya segi tiga yang menunjukkan untuk ke wave 3.
2.Pembelian boleh dibuat pada wave 2 selepas berlakunya wave 1.
Target take profit untuk tingginya wave 3 boleh terjadi mempunyai 4 label. Anda boleh memilih untuk membukanya atau menutupnya atau memasang target TP 2 label sahaja.
3. TP dibuat bila harga capai label 1,label 2 dan seterusnya.
Indicator ini sesuai untuk swing.
HLAL (Masih dalam Mod Penurunan)Pengenalan Ringkas :
- Wahed FTSE USA Shariah (HLAL) merupakan etf yang mengesan stok² atau saham² di dalam FTSE USA Shariah Index.
- Etf ini juga merupakan salah satu aset yang ditawarkan di dalam Wahed Invest.
- Terdapat beberapa portfolio di dalam Wahed Invest dan semestinya peratusan dana yang diperuntukkan untuk etf HLAL ini juga berbeza² bagi setiap portfolio.
- Portfolio 'US Stocks' dan 'Very Aggressive' paling banyak memperuntukkan dana ke dalam etf HLAL ini dengan peratusan peruntukan masing² sebanyak 97.5% dan 65%.
- Jadi, para pelabur Wahed Invest yang memilih dua portfolio ini pastinya akan terkesan dengan turun naik harga etf HLAL ini.
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Melihat kepada pergerakan HLAL, sekarang harga telah jatuh di bawah MA 50 (lihat garisan ungu) menandakan harga telah bertukar daripada uptrend kepada downtrend untuk mid term.
- Harga juga cuba untuk naik kembali ke atas MA 50 tetapi tidak mampu. Ini menjadikan MA 50 sebagai SBR bagi HLAL.
- Support seterusnya adalah MA 200 (lihat garisan hitam) dimana harga masih berada di atas MA 200 menandakan HLAL masih uptrend untuk long term.
- Harga berkemungkinan akan meneruskan lagi penurunan dan berpotensi menuju ke paras:
1) MA 200 yang merupakan support dinamik HLAL,
2) 35.60 USD yang merupakan horizontal support HLAL,
3) 37.16 USD yang merupakan paras fibonacci 61.80% atau
4) 36.29 USD yang merupakan paras fibonacci 100%.
- Kemudian, HLAL perlu melepasi resistance untuk meneruskan kenaikan. Terdapat tiga resistance HLAL:
1) Upper boundaries garisan selari berwarna biru yang juga merupakan downtrend line HLAL,
2) MA 50 yang merupakan resistance dinamik HLAL dan
3) paras harga 40 USD yang merupakan horizontal resistance HLAL dan juga merupakan psychological price.
- Kejatuhan kali ini juga mungkin dasyhat kerana didorong oleh signal strong bearish divergence yang sangat luar biasa dimana oscillator histogram MACD dan Awesome Oscillator (AO) menunjukkan momentum paling kuat berlaku 'di permulaan kenaikan harga selepas pemulihan ekonomi daripada covid-19' dan selepas itu, kenaikan harga tidak disokong (tidak sekuat dan setinggi) momentum yang dahulu.
- Kesimpulannya, harga semakin meningkat tetapi momentum semakin berkurang.
- Signal divergence ini tidak mustahil akan menjatuhkan harga ke paras harga 32.80 USD.
------------ Elliott Wave ------------
- - HLAL sekarang dilihat berada dalam major wave Y dalam struktur double three yang dilabel dengan W-X-Y.
- Terdapat satu lagi bentuk corrective wave yang perlu disiapkan untuk membentuk wave Y samada zigzag, flat atau triangle.
- Target destinasi major wave Y berkemungkinan di paras:
1) MA 200.
2) 61.80% (0.618 kali ganda) major wave W.
3) 100% (1 kali ganda) major wave W.
4) 35.60 USD.
- Garisan selari berwarna biru juga boleh dijadikan sebagai guideline untuk destinasi major wave Y samada berakhir di lower boundaries atau mid boundaries.
- Jika major wave Y membentuk triangle (A-B-C-D-E), ia adalah petunjuk bahawa 'party almost over' bermakna selepas lengkapnya major wave Y, harga akan meneruskan kenaikan.
- Jika major wave Y membentuk zigzag atau flat, terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku samada major wave Y adalah corrective wave yang terakhir atau corrective wave belum berakhir dan mendorong harga untuk membuat triple three (W-X-Y-X-Z). Triple three ini membawa maksud akan ada dua lagi corrective wave yang akan terbentuk selepas lengkapnya major wave Y.
- Menggunakan justifikasi 'garisan selari' dan 'signal divergence' (seperti yang dinyatakan di bahagian 'umum' di atas), penganalisis merasakan harga akan membuat double zigzag bermakna major wave Y akan membentuk zigzag (A-B-C) dan sekarang harga berada di dalam minor wave A dalam major wave Y. Terdapat dua lagi minor wave yang perlu dilengkapkan untuk membentuk zigzag dalam major wave Y ini.
- Signal divergence ini juga boleh mendorong HLAL untuk meneruskan lagi penurunan dan membuat triple three (W-X-Y-X-Z) sehingga harga jatuh ke major wave 4 di paras harga 32.80 USD dan ini juga merupakan salah satu guideline corrective wave dalam Elliott Wave.
Nota kaki :
------------ Umum ------------
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Strong Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher high) tetapi oscillator menurun (lower high).
* Higher high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Lower high = 'Paras tertinggi terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras tertinggi sebelumnya'.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, dinamic resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
TRIMODE Strategi Dagangan Corak Segitiga Penyusutan ABCDEStrategi Dagangan Corak Segitiga penyusutan (Triangle ABCDE)
Nota : Corak Segitiga Penyusutan (Triangle ABCDE) kerap berlaku di gelombang besar, kecil & subkecil EMPAT dan ada juga Gelombang Empat akan berubah menjadi Corak Rata (Flat ABC) jika gelombang (B) membuat kenaikan melebihi 100%-127.2% atau juga menjadi Segitiga penyusutan berlari ( Running Triangle ABCDE ) kerana Gelombang (B) melebihi 100% .
Segitiga gelombang Elliott adalah corak gelombang pembetulan yang menyatukan arah aliran sebelumnya. Segitiga gelombang Elliott terdiri daripada lima gelombang berlabel a-b-c-d-e .
Terdapat peraturan dan tiga garis panduan dalam pembinaan dan pengenalan segitiga gelombang Elliott .
Peraturan # 1: Sub gelombang segitiga terbahagi kepada 3-3-3-3-3
Peraturan # 2: Sub gelombang mesti berupa zigzag , beberapa zigzag , atau segitiga.
(Sekurang-kurangnya empat gelombang mestilah zigzag . Satu gelombang boleh menjadi lebih kompleks seperti zigzag berganda atau segitiga lain
Garis Panduan # 1 : Gelombang 'C' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'A'
Garis Panduan # 2: Gelombang 'D' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'B'
Garis Panduan # 3: Gelombang 'E' tidak dapat bergerak melebihi harga akhir gelombang 'C'
Pada setiap peraturan di atas, tiga gelombang akhir segitiga menjadi semakin pendek daripada gelombang sebelumnya. Hasilnya, apabila melukis garis tren yang menghubungkan gelombang yang melampau, coraknya berbentuk segitiga.
Strategi Dagangan:
1) Gelombang (A) juga kerap berakhir di tahap Fibo 38.2% dgn mengunakan Alat Fibo Retracement yg di tarik dari poin Gelombang besar 2 berakhir hingga ke Poin Gelombang 3 berakhir atau tertinggi
2) kekerapan sasaran pengunduran gelombang (A) segitiga Penyusutan akan berakhir di kawasan sekata tahap gelombang subkecil 3 & 4
3) Strategi Pembelian untuk Gelombang (B) adalah dengan mengunakan Teknik Breakout Candle sebelumnya iaitu Ketika kenaikan harga melebihi melebihi harga tertinggi candle sehari sebelumnya utk pengesahan.
4) Sasaran Gelombang (B) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement 61.8%-78.6% dan perlu di ingat berkemungkinan jika kenaikan Gelombang (B) melebihi dari tahap fibo 100%-127.2% , maka kemungkinan corak segi tiga penyusutan akan berubah & menjadi corak Rata (Running Flat ABC ).
5) bagi Sasaran pengunduran Gelombang (C) segitiga penyusutan ABCDE di tahap Fibo Retracement adalah 61.8%-78.6%.
6) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin mula gelombang 3 mengundur hingga poin gelombang (B)berakhir ke bawah sebagai guide kepada gelombang (D) berakhir
7) Sasaran Gelombang (D) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir di garis Tren atas
8) Garis Tren di buat secara selari di tarik dari poin gelombang (A) pengunduran hingga poin gelombang (C)berakhir menaik ke atas sebagai Guide Gelombang (E) berakhir
9) Sasaran Gelombang (E) segitiga penyusutan ABCDE kerap berakhir @ Gelombang besar 4 sempurna di garis Tren bawah dan selepas itu akan membuat pantulan menaik utk permulaan Gelombang besar 5
10) Setiap Strategi pembelian & penjualan adalah di nasihatkan perlu mengambilkira setiap aspek Teknik-teknik saham yang ada seperti kaedah Buy on deep , Buy on Support atau Buy on breakout.
11) dan cuba gabungkan beberapa indicator seperti RSI , MACD & EMA7,21 sebagai panduan utk keyakinan dalam dagangan.
12) setiap Analisa gelombang untuk sasaran perlu mengunakan Fibo Retracement & fibo Extension sebagai panduan.
13) jangan lupa tentang kemasukan Volume adalah penting dalam momentum kenaikan
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Sila Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
PENDIDIKAN GELOMBANG 2 ELLIOT GELOMBANG 2 ELLIOT
Gelombang 2 adalah gelombang pembetulan ABC (Zigzag @ Flat) atau ABCDE (Segi Tiga)
Gelombang 2 membetulkan Gelombang 1
Peraturan Gelombang 2 : Gelombang 2 tidak boleh mengundur kadar 100% & melampaui titik permulaan Gelombang 1.
Ia boleh menjadi sederhana (Simple@Mono) atau kompleks . Ianya berkaitan dengan corak paten dan juga kadar Perantaraan Masa (Ranging)
Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABC (Zigzag atau Flat)
Corak Zigzag & Flat (ABC) – Gelombang Pengundurannya selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan Selalunya mengundur
pada tahap 38.2% -61.8% serta terdapat beberapa risiko menurun hingga ke bawah dari 78.6% ( Topik ini akan di sambung dalam Corak Paten).
Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABCDE (Segi tiga)
Corak Segi Tiga (ABCDE) - Gelombang pengundurannya juga selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan
selalu juga memanjang kadar perantaran masa (Ranging).
Nota : Pembentukan Corak-Corak & kadar kedalaman pengunduran adalah bergantung pada momentum Volume
Kebiasaan kadar momentum Volume Gelombang mesti lebih rendah daripada semasa Gelombang 1,
Nisbah Fibonacci: Gelombang 2
Kadar Pengunduran yang paling biasa gelombang 2 adalah 50% - 61.8% dari gelombang 1 dengan Nisbah Tertinggi kebarangkalian 75%
Bagi Pengunduran tahap 38.2%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 12%
Dan Pengunduran tahap melebihi 61.8 % - 88%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 13%
Nota Strategi :
Kebiasaannya para pedagang tidak memasuki pasaran Ketika berlakunya Gelombang 2 ini, kerana amat berisiko tinggi tetapi di bolehkan berdagang jika mahir tentang Corak paten dengan memahami pola Candlestick dan mengunakan alat Fibonacci Retracement serta displin yang tinggi.
Dean Mentari
#DNEX kebarangkalian masih dalam Gelombang Pembetulan ABCterdapat besar kemungkinan bahawa Dnex masih dalam Gelombang Pembetulan ABC setelah menganalisa struktur pasaran harga dan terdapat beberapa tanda akan menurun sehingga
tahap Fibo 200% iaitu Gelombang 'C'
CORAK ZIGZAG ( Gelombang Pembetulan )
Garis Panduan
• Zigzag adalah struktur 3 gelombang pembetulan yang dilabelkan sebagai ABC
• Pembahagian gelombang A dan C adalah 5 gelombang, sama ada impuls atau pepenjuru
• Gelombang B boleh menjadi struktur pembetulan
• Zigzag adalah struktur 5-3-5
Hubungan Nisbah Fibonacci
• Gelombang B = 50%, 61.8%, 76.4% atau 85.4% gelombang A
• Gelombang C = 61.8%, 100%, atau 123.6% gelombang A
• Sekiranya gelombang C = 161.8% gelombang A, gelombang C boleh menjadi gelombang 3 dari gelombang 5
Oleh itu, salah satu cara untuk melabel antara ABC dan
dorongan adalah sama ada ayunan ketiga mempunyai lanjutan atau tidak
Nota:-
Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
VIZIONE Membentuk Pattern Kilat Yang MenarikVIZIONE menarik untuk diperhatirapatkan. Hari ini breakout pattern pennant disokong oleh volume yang kuat. Jika dilihat pada pattern kilat, Vizione telah siap membentuk aras Higher Low yang baru dan misi seterusnya mencari aras Higher High yang seterusnya. Target kami di aras 0.500. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
JETSON (Jet Isi Minyak di Lapangan Segitiga Sebelum Berlepas)Sektor :
- Construction, Auto Parts, Industrial Products & Services, Penny Stocks (Sumber: iSaham)
Analisis Teknikal :
------------ Umum ------------
- Idea analisis ini meninjau pergerakan harga JETSON dalam timeframe 2 jam.
- Dalam timeframe daily, JETSON masih di atas MA 200 menandakan JETSON masih lagi uptrend untuk longterm.
- JETSON sekarang dilihat sedang melengkapkan bullish symmetrical triangle sebelum meneruskan kenaikan.
- Terdapat 5 bucu symmetrical triangle ini. JETSON baru selesai melengkapkan tiga bucu dan sekarang harga dijangka akan membuat bucu keempat.
- Terdapat tiga target bucu keempat ini:
1) RM 0.450 yang merupakan horizontal resistance JETSON,
2) RM 0.460 yang merupakan paras 100% fibonacci extension dan
3) RM 0.485 yang merupakan horizontal resistance bagi JETSON.
- Setelah lengkap bucu keempat ini, JETSON akan membuat penurunan pula bagi melengkapkan bucu kelima sebelum meneruskan kenaikan.
------------ Elliott Wave ------------
- Setelah melengkapkan major wave 3 dengan kenaikan sebanyak 361.8% (3.618 kali ganda) major wave 1, sekarang JETSON dilihat sedang bermain di dalam major wave 4 dengan membentuk contracting triangle (A-B-C-D-E).
- JETSON dilihat sedang melengkapkan minor wave D.
- JETSON perlu melengkapkan zigzag (A-B-C) bagi melengkapkan minor wave D ini dan sekarang JETSON berada di perakhiran wave zigzag iaitu sub minor wave C.
- Terdapat tiga target sub minor wave C yang juga merupakan minor wave D ini:
1) RM 0.450,
2) RM 0.460 yang merupakan 100% (1 kali ganda) minor wave A. Ini bertepatan dengan formula A=C yang bermaksud panjang minor wave C bersamaan dengan minor wave A dan
3) 0.485.
- Terdapat dua invalidation level yang ditanda bermakna sepanjang pembentukan minor wave D ini, harga mestilah tidak bergerak melebihi dua paras ini. Jika tidak, kiraan wave sedia ada ini akan terbatal.
- Garisan selari berwarna kelabu juga boleh dijadikan guideline bagi JETSON dimana harga perlu kekal berada di dalam garisan selari ini.
- Jika harga naik melebihi upper boundaries garisan selari ini, berkemungkinan corrective wave telah selesai dan harga sedang membuat major wave 3. Kiraan alternatif ini akan dimuatkan di bahagian komen bagi memudahkan lagi kefahaman pembaca.
Analisis Fundamental :
- JETSON tidak konsisten dalam membuat keuntungan dan terkini, JETSON telah membuat kerugian dalam tiga quarters berturut².
- Perolehan (revenue) JETSON juga tidak memberangsangkan dan dalam tiga quarters terkini, revenue JETSON menurun.
- Walaubagaimanapun, keuntungan dan revenue JETSON meningkat YoY masing² sebanyak 42.35% dan 33.7%.
- iSaham mengkategorikan syarikat ini sebagai 'negative earnings' menandakan saham JETSON ini tidak sesuai dibeli untuk mereka yang baru mengenali dunia saham dan masih tidak mahir dalam cutloss.
Nota Kaki :
------------ Umum ------------
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'bullish symmetrical triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
------------ Elliott Wave ------------
(istilah² ini akan digunakan oleh penulis / penganalisis dalam setiap idea analisis bagi memudahkan penerangan)
* Cycle wave = Nombor besar dan huruf besar berwarna kelabu yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Major wave = Nombor dan huruf berwarna kelabu yang 'dibulatkan'.
* Minor wave = Nombor roman hitam dan huruf merah 'dalam kurungan'.
* Sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'dibulatkan'.
* Super sub minor wave = Nombor hitam dan huruf merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
* Mega super sub minor wave = Nombor kecil kelabu dan huruf kecil merah yang 'tidak dibulatkan dan tidak dalam kurungan'.
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
---------------------------------
PENAFIAN / DISCLAIMER :
1️⃣ Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan (financial advisor) atau perancang kewangan (financial planner) dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati sebarang aktiviti berkaitan kewangan dan pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
2️⃣ Penulis / penganalisis menggunakan teori 'Elliott Wave' dalam kebanyakan idea analisis. Oleh itu, idea analisis ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'Umum' dan 'Elliott Wave' bertujuan untuk meraikan semua pembaca yang terdiri daripada elliottician dan non-elliottician. Non-elliottician boleh memilih samada untuk membaca atau mengabaikan bahagian 'Elliott Wave' ini.
🎈 Semoga Bermanfaat 🎈
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
NGAM LANTUNAN Sektor : Produk Industri & Servis
Subsektor : Bahan Kimia
Kelihatan menarik disitu oleh kaunter SERSOL kerana berjaya melantun di kawasan Golden area Fibo retracement iaitu di 0.618. Setelah membuat kenaikan yang mendadak sebanyak 108% dalam tempoh 18 hari perdagangan, kaunter ini telah membuat pullback dan berehat di kawasan golden area fibo. Pergerakan SERSOL adalah pergerakan uptrend yang sihat kerana bergerak dalam keadaan zigzag. Tambahan pula, penampakan corak candlestick di situ iaitu corak bullish harami amat menarik untuk diperhatikan. Mampukah SERSOL membuat reversal? Mari kita lihat
Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)
*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran
EMAS CPD KITARAN PERGERAKAN HARGA EMAS SEPANJANG 50 TAHUNANALISA TEKNIKAL :
1. Sepanjang 50 tahun kebelakangan ini , harga emas dunia telah mengalami kenaikan di dalam Dua kitaran Super Gelombang besar dan
2. Kini pergerakan harga emas semakin hampir melangkaui fasa akhir gelombang kitaran super kelima ((5) ) iaitu dalam Gelombang pembetulan kitaran ke Empat yang membentuk corak
Segitiga (Triangle -ABCDE) sebelum menyempurnakan Gelombang Kitaran super kelima ((5)) dan seterusnya akan membuat Gelombang Pembetulan kitaran Super berbentuk corak Zigzag (ABC)
3. Anggaran Tempoh & Jangkamasa ,
i) Kini dan sehingga tahun 2022 ;- pergerakan di dalam pembentukan gelombang Pembetulan Segitiga (Triangle ABCDE) dan harga Emas dunia hanya berkisar pada USD1,850 -USD2,000 sahaja.
ii) Berkemungkinan gelombang pembetulan ke Empat akan berakhir pada sebelum akhir tahun 2022 dan akan memulakan pergerakan menaik bagi melengkapkan Gelombang Kitaran
Super Kelima ((5)). begitu juga Pergerakan harga Emas akan mula menaik selepas Tahun 2022 dengan anggaran mencecah harga tertinggi dalam sejarah di antara
unjuran USD2,600 - USD 3,030.
iii) Selepas melengkapkan Gelombang Kitaran Super Kelima ((5)) , jangkaan pada akhir tahun 2024 , akan berlakunya penurunan Gelombang pembetulan Kitaran Super berbentukan
Corak Zigzag (ABC) dan anggaran harga emas akan mengalami kejatuhan sehingga di antara USD 1,200 - USD1,500.
Segala Rumusan & nota ini adalah berhubungkait dengan pasaran Ekuiti dunia yang di jangka akan mengalami proses pembetulan gelombang pada akhir tahun 2022,
* Untuk Makluman , ini adalah kajian semata-mata sahaja berdasar pemerhatian penulis tentang pasaran secara Global.
PENDIDIKAN KES GELOMBANGELLIOT #SERBADKRingkasan Sejarah syarikat :
Serba Dinamik adalah kumpulan perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada O&G dan industri penjanaan tenaga dengan kemudahan operasi di Malaysia, Indonesia, UAE, Bahrain dan UK. Di bawah penyelesaian kejuruteraan, kami menyediakan perkhidmatan O&M dan karya EPCC. Di bawah perkhidmatan O&M, menyediakan MRO peralatan berputar yang merangkumi turbin gas dan wap, enjin, motor, pam, pemampat dan kipas industri; IRM peralatan dan struktur statik termasuk dandang dan saluran tekanan yang tidak siap, sistem dan struktur paip, serta penyelenggaraan kawalan proses dan instrumen. Perkhidmatan O&M kami untuk, platform pengeluaran O&G, kilang minyak mentah O&G, kilang pembuatan petrokimia dan kilang LNG.
(info kredit - Isaham)
Ringkasan Kronologi Harga :
Sejak 6 Febuari 2017 penyenaraian di papan Utama Bursa kual Lumpur . kenaikan harga yang berterusan sehingga pada awal tahun 2020 , walaupun harga minyak sedunia mengalami kemerosotan
nilai setong .. Apabila terdapat berlakunya krisis pandemik covid 19 bermula padal awal tahun 2020 & keseluruhan pasaran dunia & Bursa mengalami kejatuhan panik serta Harga saham Serbadk juga mengalami kejatuhan yang teruk .
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
Secara analisa teknikal Gelombang Elliot dengan pengiraan terdapat adanya kes gelombang 5 yang telah membuat sambungan iaitu sambungan gelombang 5 melebihi panjang gelombang 3,
jika terdapat kes sambungan Gelombang ..telah berlakunya penurunan yang tajam dan selepas itu sebenarnya saham Serbadk mendatar dalam bentuk corak Gelombang Pembetulan (correction) iaitu berbentuk Zigzag , Rata (Flat) & Zigzag di sepanjang tahun 2020 dan juga ketika tahun 2021, corak Rata itu juga telah membentuk Corak Kepala & bahu (Head & Shoulder) dengan keseluruahan pembentukan ini juga bahawa Gelombang Pembetulan masih belum berakhir.
di tambah lagi dengan berita yang menjadi sensasi , telah menyebabkan kejatuhan panik yang teruk pada Akhir bulan Mei 2020.
ini adalah pengajaran & pendidikan untuk melihat keadaan tren pasaran semata mata .
Panduan Sambungan Gelombang
1. Berlaku dalam gelombang motif 1, 3, 5.
2. darjah magnitud yang sama
3. Biasanya dalam gelombang 3 atau 5
4. Sambungan gelombang 5 = Pembetulan tajam akan berlaku
5. Pemanjangan sambungan boleh berlaku (Double Extenstion)
(Peringatan - Mohon Risiko & Ganjaran dalam Perdagangan anda
(Trailing Stop Loss)
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
HPMT - kemaskini ideaHPMT: Analisa Teknikal
1. Nampaknya HPMT mungkin membuat ABC ZigZag Correction (535)
2. Secara am masih uptrend kerana masih di atas MA200. Tetapi candle sudah berada di bawah MA50, mungkin perlukan sedikit masa utk meneruskan uptrend bagi melepasi MA50 dan Ichimoku Cloud
3. FA syarikat adalah positif
Kesimpulan: Perlukan sedikit masa lagi utk complete ZigZag correction dan fasa pengumpulan sebelum meneruskan kenaikan
INI BUKAN BUY/SELL CALL.
Lakaran EW dan pergerakan candle ini hanyalah imaginasi seorang amatur bagi pembelajaran diri sendiri sahaja. Sila jangan ikut.
FBMKLCI - petanda meneruskan penurunanhari ini index melobosi support 1560.23. besar kemungkinan index akan meneruskan penurunan. berdasarkan lakaran dan kajian saya, index pada waktu ini berada di zon wave 4 dan akan meneruskan penurunan membina wave 5. saya menjangkakan index akan menjunam sehingga 1524 - 1470 berdasarkan kepada teori fibonacci sasaran 1.618 atau 2.618.
formasi terbentuk kali ini ialah elliott wave leading diagonal
EW leading diagonal
- WAVE 5 ( 1-2-3-4-5 )
- WAVE 2 melepasi dari titik permulaan WAVE 1.
- WAVE 3 menembusi point WAVE 1.
- WAVE 4 biasanya menembusi dan melepasi point WAVE 1.
- WAVE 5 biasanya, menembusi point WAVE 3.
- WAVE 3 tidak boleh jadi yang terpendek.
- WAVE 2 tidak boleh jadi segitiga atau struktur "triple three".
- WAVE 1, 3 dan 5 boleh terbentuk seperti impuls atau zigzag.
7 ALL TIME HIGH BREAKOUTDISCLAIMER : Posting ini hanya untuk pendidikan sahaja.
SKY IS THE LIMIT, bila kaunter itu sudah melepasi harga puncak tertinggi sebelum ini,
kaunter itu akan cenderung terbang dengan lebih jauh.
FA : -none- belum cukup lama untuk dinilai memandangkan SDS baru saja
listing dalam bursa sekitar setahun. Namun berdasarkan nilai quarter report
SDS ada membuat keuntungan.
TA : Memandangkan SDS sudah membuat ALL TIME HIGH (closing price),
ada peluang SDS untuk naik sekiranya kenaikkan yang dibuat di ikuti dengan correction,
kerana saham bergerak secara zigzag. StochRSI overbought kalau berminat dan ingin selamat
bolehla tunggu pullback dan ada BUY signal.
CATALYST : -none-
REVIEW : hanya ada teknikal sahaja, Berhati-hati ketika masuk,
jaga portfolio kerana belum ada sebab kukuh untuk tinggal lama.
TAYOR.