Cara membuat carta fundamental untuk saham tertentuAnda boleh melukis pada carta fundamental dan melakukan analisa yang sama pada mana-mana carta. Ini termasuk menambah garisan trend, julat, anak panah dan teks. Untuk pelabur jangka panjang atau sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai syarikat individu, cara ini mungkin boleh menjadi strategi yang berkesan untuk ditambahkan kepada proses analisa anda.
Ianya mudah untuk bermula. Perkara pertama anda boleh lakukan adalah membuka carta untuk sesuatu syarikat yang anda minat. Taip nama atau simbol dalam kotak carian. Kemudian, klik butang "Kewangan" atau ikon yang kelihatan seperti carta bar emoji 📊 yang terletak berdekatan bahagian atas carta anda. Kemudian, pilih metrik asas yang anda ingin selidiki.
Setelah memilih metrik fundamental untuk syarikat yang anda minat, anda boleh mula melukis. Pilih satu alatan melukis dan lakukan analisa yang sama untuk melihat keadaan kewangan untuk syarikat seperti mana yang anda lakukan untuk carta harga normal. Dalam contoh ini, kami menunjukkan carta nisbah Harga-ke-Jualan untuk Microsoft. Nisbah ini menunjukkan sebanyak mana pelabur sanggup membayar untuk $1 untuk hasil Microsoft. Jadi, jika nisbah PS adalah $30, ini bermakna pelabur akan membayar $30 untuk setiap $1 hasil. Pada carta ini, kami telah menambahkan teks dan menekankan beberapa detik menarik dalam sejarah hasil Microsoft. Apakah yang anda nampak?
Kami berharap anda menikmati hantaran singkat ini dan semoga ianya dapat membantu anda untuk bermula dengan metrik fundamental dan lukisan. Tambahan lagi, untuk sesiapa yang lebih maju, anda boleh menggunakan data fundamental untuk membina Skrip Pine.
Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView dan kami berharap anda menikmati analisis fundamental ini.
Petua TradingView
Bagaimana untuk menterbalikkan carta andaSila tekan ALT + I untuk menterbalikkan carta anda. Sekiranya anda menggunakan Mac, sila tekan ⌥ + I. Jalan pintas ini akan menterbalikkan carta yang sedang anda lihat dengan serta-merta. Proses songsangan carta anda ini dapat memberikan anda suatu perspektif yang unik dan berlainan untuk harga dan arah aliran.
Dalam idea ini, kami menunjukkan dua carta harian Amazon sebelah menyebelah. Carta di sebelah kiri adalah carta Amazon yang diterbalikkan dan carta di sebelah kanan adalah carta yang asal. Dengan membandingkan dua carta ini, satu diterbalikkan dan satu normal, ia adalah satu latihan perspektif. Tanya diri anda, adakah anda melihat arah aliran yang sama? Atau adakah perspektif anda telah berubah sekarang dan menyebabkan anda dapat melihat dengan mudah sesuatu yang berlainan daripada apa yang anda pernah lihat sebelum ini?
Ada satu lagi cara lain untuk difikirkan: jika anda akan "beli" saham terbalik di sebelah kiri disebabkan ia kelihatan seperti penyerahan atau junaman yang menarik, jadi ia akan kelihatan sama seperti carta Amazon normal seperti di sebelah kanan. Dengan menterbalikkan carta, anda boleh menguji diri anda pada arah aliran dan aksi harga, dimana ianya akan sangat berguna sekiranya anda tidak yakin. Terbalikkan carta dari atas ke bawah dan tanya diri anda soalan itu lagi dan tengok samada ia sama atau tidak.
Kami harap anda menikmati tip ini dan kami berharap untuk mendengar maklum balas dari anda, pendapat atau komen. Terima kasih kerana menjadi seorang ahli di TradingView.