SIMEPROP Pecah Garisan Menurun dan Ada Dua Corak CartaSIMEPROP telahpun memecahkan garisan menurun sepanjang zaman dengan lilin lompatan disokong oleh isipadu melebihi purata (sila guna terjemahan google jika tidak faham kerana tradingview syarat kena tulis dalam Bahasa Melayu). Ada dua corak carta untuk Simeprop iaitu corak segitiga dan juga corak 3 dasar. Aras leher adalah di 0.740. Jika berjaya dipancung, aras rintangan seterusnya adalah di 0.940. (Sekadar kajian, teori dan pembelajaran).
Arah Aliran Garisan Putus
BINACOM Nampak Ada Potensi Untuk Membuat PendakianBinacom breakout downtrendline (DTL) baru-baru ini, kemudian berehat dan Jumaat yang lepas candle ditutup diatas kotak pengumpulan. Aras rintangan kuat adalah di 0.440, jadi secara teorinya jika berjaya memecahkan 0.440, boleh jadikan aras tersebut sebagai arah support yang kuat. Selagi tak bocor, boleh hold. Aras target adalah di 0.475 dan 0.580. Dapat juga dilihat, harga (candle) telahpun berada diatas garisan EMA200 dan persilangan emas diantara EMA50 dan EMA200 bakal berlaku tidak lama lagi. Nampak menarik. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
ABLEGRP Perjalanan Masih JauhABLEGRP pada bulan May 2020 yang lalu telahpun memecahkan garisan menurun 11 tahun (11yrs DTL) dan kemudian membuat pattern kotak pengumpulan. Baru-baru ini telah memecahkan kotak dan meneruskan pendakian menaik. Indicator Ichimoku Cloud juga menunjukkan ABLEGRP mempunyai momentum yang kuat untuk terus mendaki. Aras support adalah di 0.125 dimana aras ini adalah aras 52 minggu tertinggi (52weeks high) sebelum dipecahkan pada 27 Ogos 2020 yang lalu untuk membentuk aras baru 52 weeks high di 0.150. Aras target adalah di 0.200 dan jika berjaya dipecahkan, aras target peraman panjang adalah di 0.530. Syarikat ABLEGROUP BERHAD ini merupakan pembekal dan pengedar produk marble dan granite slab. Pasaran utama di Malaysia dan China, serta turut mengedarkan ke Jepun, Korea dan Singapore. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
SMRT Dalam Proses Terakhir Pertukaran TrendSMRT pada 5 Ogos 2020 yang lalu telahpun memecahkan garisan menurun 3 tahun (3yrs DTL) dan kini sedang menuju ke garisan menurun 5 tahun (5yrs DTL), garisan biru. Hari ini juga berjaya memecahkan aras rintangan kuat di 0.115 dan disokong oleh volume melebihi purata. Jika SMRT berjaya memecahkan garisan DTL 5yrs, aras target untuk peraman adalah di 0.265. Jika dimasukkan indicator Ichimoku Cloud juga, dapat dilihat SMRT dalam fasa bullish dan dalam pendakian ke atas. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
WEGMANS Percubaan Menukar Trend Kepada Trend MenaikWEGMANS pada hari ini memecahkan aras rintangan kuat di 0.250 disokong oleh volume yang kuat dan juga baru-baru ini memecahkan garisan menurun satu tahun (1yr DTL). Seterusnya, WEGMANS akan cua untuk memecahkan garisan menurun 2 tahun (2yrs DTL) di aras 0.320 untuk mengesahkan pertukaran trend dari menurun kepada menaik. Garisan EMA50 juga sedang menuju EMA200 untuk membuat persilangan bullish. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
ARBB Signal Pullback Sudah Muncul Dan Sedia Untuk MendakiARBB telahpun memecahkan garisan menurun 4 tahun (4yrs DTL) pada 29 April yang lalu. Kemudian meneruskan kenaikkan sebelum retrace lebih dari sebulan. Hari ini, candle reversal / pullback telahpun muncul disokong oleh volume yang kuat. Jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud, ARBB telahpun naik ke atas awan pada hari ini. Aras rintangan untuk ARBB adalah di 0.420 dan juga di 0.595. QR ARBB juga telah keluar pada tengahhari tadi dimana quarterly revenue mencatat rekod tertinggi. Sangat menarik untuk diperhatirapatkan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
EASTLND Sedang Membuat Pertukaran TrendEASTLND telahpun memecahkan garisan menurun 7 tahun (7yrs DTL) disokong oleh volume yang kuat. Kemudian rehat dua hari dan hari ini sekali lagi memecahkan garisan menurun dengan candle marubozu. Dijangka EASTLND akan membuat kenaikkan untuk satu dua minggu sebelum membuat retracement. EASTLND juga memecahkan aras EMA200 dan dapat dilihat EMA50 sedang menuju ke EMA200 untuk membuat persilangan bullish. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
KUB Selesai Membuat Pembetulan Harga dan Kembali MendakiKUB sebelum ini memecahkan garisan menurun 13 tahun dengan candle marubozu yang besar disokong oleh volume yang sangat besar. Selepas itu membuat retracement dalam sebulan sebelum membuat kenaikkan mencari high yang baru. Seterusnya membuat retracement untuk membentuk higher low yang baru. Pada siang tadi, KUB membuat candle marubozu bullish engulfing sebagai signal pullback untuk meneruskan pendakian mencari aras higher high yang baru. Aras rintangan adalah di 0.825 dan 0.960. Menarik KUB ini kerana baru membuat pertukaran dari menurun (downtrend) kepada trend menaik (uptrend). Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
ORION Menukar Trend dan Bakal Meneruskan Trend Menaik ORION telahpun memecahkan garisan menurun 4 tahun (4yrs DTL) - kesilapan di chart bukan 9yrs, kemudian membuat cubaan memecahkan garisan EMA200 dengan volume yang sangat tinggi. Selepas itu berehat dalam 2 minggu untuk membuat retracement dan pada siang tadi ORION telahpun membuat candle pullback disokong oleh volume yang tinggi. Aras rintangan adalah di 0.105 / 0.150 / 0.220. Aras 0.220 merupakan neckline kepada pattern mangkuk. Jika dilihat dari indicator ichimoku, ORION telahpun berada di atas awan bullish dan bersedia untuk membuat kenaikkan ke aras yang lebih tinggi. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
AEM Membentuk Pattern Inverted Head & ShoulderAEM telahpun melengkapkan pattern inverted head shoulder dimana neckline adalah di aras 0.125. AEM juga telah memecahkan garisan menurun 17 tahun (17yrs DTL) dan dalam trend menaik pada masa sekarang. Untuk pattern inverted head & shoulder, aras target adalah di 0.205. Manakala aras target peraman panjang (lebih 6 bulan) adalah di 0.755. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
MKLAND Dalam Cubaan Menukar Trend dari Menurun kepada MenaikMKLAND membuat kenaikkan yang tinggi iaitu sebanyak 8 sen dalam sehari disokong oleh volume yang sangat besar pada 6 April 2020 yang lalu tetapi reject garisan EMA200. Kemudian berehat selama empat bulan membuat fasa pengumpulan sebelum kembali membuat kenaikkan gap up memecahkan aras rintangan yang kuat di 0.135, garisan EMA200, Bollinger Band breakout dan memecahkan garisan menurun 5 tahun (5yrs DTL) disokong oleh volume yang kuat pada minggu lepas (Khamis 30 Julai 2020). Hari ini MKLAND berehat untuk profit taking tetapi bertahan diatas garisan EMA200. Jika mampu untuk naik ke atas aras 0.155, MKLAND seterusnya akan mencari garisan menurun 6 tahun (6yrs DTL) di aras 0.225 - 0.240 lebih kurang untuk dipecahkan. Jika berjaya, MKLAND akan menukar trend dari menurun kepada menaik. Menarik untuk diperhatirapatkan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
NAIM (5073) - BERMAIN DENGAN TRENDLINE (31/07/2020@11:16AM)NAIM HOLDINGS BERHAD (5073)
SECTOR: PROPERTY
TOTAL SHARE ISSUE: 500,743,000
PUBLIC FLOAT %: 30.38%
SYARIAH: YES
NAIM telah mengalami kejatuhan yang besar bermula daripada puncak harga RM1.41 sehingga mencapai paras harga terendah RM0.335 dalam masa sebulan dan mula membuat reversal selepas itu. Setelah mencapai harga RM1.06 pada 13/07/2020, harga mula membuat correction. Jika diperhatikan, NAIM suka bermain dengan garisan uptrendline dengan menjadikannya sebagai support utama.
Pada Khamis (30/07/2020), harga membuat pullback setelah berjaya bertahan pada harga support trendline (RM0.805). Harga tutup pada paras RM0.880. Harga belum berjaya membolosi garisan minor downtrend dan halangan terdekat iaitu 0.885.
Jika dilihat daripada paras Fibonacci Retracement, harga berada 1 bid di atas garisan 0.500%. Garisan MA200 juga kebetulan berada pada paras harga RM0.885.
Agak menarik untuk diperhatikan pada minggu hadapan. Adakah NAIM berjaya meneruskan kenaikan atau tidak... 😁
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR #BursaMalaysia
DNEX Meneruskan Trend Menaik. Semoga Terus Istiqomah. DNEX pada dua minggu lepas telahpun memecahkan garisan menurun 3 tahun (3yr DTL) disokong oleh volume yang kuat. Seterusnya meneruskan perjalanan membentuk trend menaik. Semoga DNEX cukup kuat untuk mendaki. Aras rintangan adalah di 0.290 dan 0.335, manakala aras target peraman panjang yang pertama adalah di 0.455. Pecah 0.455 baru boleh bawa berbincang aras target peraman panjang yang seterusnya. Garisan EMA50 juga sedang menuju ke EMA200 untuk membuat persilangan bullish. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
EFORCE Chart Pattern Yang Menarik dan BerpotensiEFORCE sebelum ini membuat pertukaran trend selepas membuat trend menurun (downtrend) selama dua tahun. Breakout dengan volume yang kuat seterusnya membuat kenaikkan seketika disokong oleh momentum yang kuat. Setelah itu, EFORCE berehat dan membuat pembetulan harga (retracement) dan mengumpul tenaga selama dua bulan. Pada Jumaat lepas, candle EFORCE telahpun melintasi ke atas aras EMA50 dan EMA200 serentak. Signal belian dan pullback yang cukup kuat untuk meneruskan pendakian ke atas mencari aras tertinggi yang baru (higher high). Aras rintangan / target harga adalah di 0.560 dan juga 0.745. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
DOLPHIN Pendakian Ke Atas Baru Hendak BermulaDOLPHIN telahkan memecahkan garisan menurun disokong oleh volume yang kuat, kemudian membuat retracement (berehat) dan seterusnya membuat pullback. Setup yang cantik. Cuma buat masa ni Dolphin masih belum cukup kuat untuk peraman panjang, cukuplah jika mampu untuk berenang ke aras 0.180 dan 0.255. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
KGB Dalam Pembentukkan Setup Untuk Kembali MendakiKGB telahpun memecahkan garisan menurun (DTL) dan juga telah keluar dari awan ichimoku disokong oleh volume yang kuat. Jika dapat bertahan diatas awan, setup yang cantik untuk KGB kembali mendaki ke atas. Aras target adalah di 1.17 dan juga 1.42. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
KARYON Boleh DiperhatirapatkanKARYON telah memecahkan garisan menurun 6 tahun (6yr DTL) dengan disokong oleh volume tertinggi sepanjang hayat pada 16 June 2020 yang lalu. Seterusnya membuat retracement seketika dan kelihatan seperti sudah mengesahkan pullback dimana candle pada hari jumaat yang lalu ditutup di atas middle bollinger band. Aras rintangan yang berdekatan adalah di 0.200, 0.220 dan 0.235. Jika dapat memecahkan ketiga-tiga rintangan ini, KARYON akan meneruskan pendakian bullish ke aras yang lebih tinggi. KARYON juga menawarkan dividen sebanyak 0.30 sen dimana ex-date adalah pada hari Khamis 9 July 2020 ini. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
LUXCHEM Pecah Kotak dan Bersedia Untuk Meneruskan PendakianLUXCHEM pada hari ini telahpun memecahkan kotak pengumpulan selama sebulan dengan disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya akan meneruskan pendakian ke atas. Ianya juga telahpun memecahkan garisan menurun (downtrendline) sebelum ni. Jika dilihat pada indicator Ichimoku, Luxchem merupakan kaunter yang sedang bullish. Aras target berdasarkan pattern kotak adalah di 0.860 dan juga di 0.980. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
RGTBHD Telah Melengkapkan Pattern Cup & HandleRGTBHD merupakan kaunter yang berkaitan dengan produk plastik dan mempunyai chart pattern yang sangat menarik untuk diperhatikan. Daripada chart RGTBHD dapat dilihat ianya telahpun melengkapkan pattern cup & handle dimana neckline dan juga aras 52 weeks high adalah di 0.200. Selain itu, RGTBHD juga telah memecahkan garisan menurun 1 tahun (1yr DTL) disokong dengan gap up dan volume yang sangat tinggi. Ini menunjukkan momentum yang sangat kuat untuk menolak RGTBHD ke atas. Aras target harga untuk pattern cup & handle adalah di 0.295. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
Adakah Kali Ini Mestron Betul Bersedia Untuk Mendaki Ke Atas?MESTRON telah memecahkan garisan menurun sepanjang hayat dan EMA200 disokong oleh volume yang kuat. Jika diletakkan indicator Ichimoku Cloud, Mestron telahpun memecahkan awan dan berada diatas awan menandakan bullish momentum yang kuat. Aras sokongan terkuat Mestron adalah di 0.105. Jika berjaya mempertahankan aras sokongan ini, Mestron akan mencuba untuk memecahkan aras rintangan terkuat di 0.15 sebelum kembali ke harga lahir di 0.200 untuk melengkapkan pattern cawan (cup). Adakah selepas itu turun untuk membentuk handle ataupun terus naik membentuk pattern assending scallop?. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).