Volum
PEMBELAJARAN 1 - Kenali corak 3 askar putih dan 3 gagak hitamKENALI CORAK PATEN 3 ASKAR PUTIH DAN 3 GAGAK HITAM
- 3 askar putih ialah salah satu corak candlestick bullish /menaik manakala 3 gagak hitam pula salah satu corak candlestick bearish /menurun.
- Kedua-dua corak ini adalah salah satu tanda perubahan trend sama ada berubah daripada menurun ke menaik ataupun sebaliknya
1️⃣ 3 Askar Putih
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 batang lilin solid marubozu hijau.
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka perubahan trend menurun akan berubah menjadi trend menaik. Kebarangkalian besarnya, rally ataupun kenaikan akan berterusan sehinggalah lilin tanda
retrace/ bearish muncul seperti gravestone doji, hanging man dan sebagainya.
◼ Tambahan lagi, corak paten 3 askar putih ini haruslah disokong dengan volume yang meningkat secara average dan tiada unsur anomoly ( PVA Law).
2️⃣ 3 Gagak Hitam
◼ Terbentuk selepas trend menurun berubah menjadi trend menaik dan membentuk 3 solid marubozu merah .
◼ Apabila corak paten ini terbentuk, maka keberangkalian perubahan trend menaik akan berubah menjadi trend menurun. Kebarangkalian besar juga, penurunan akan berterusan sehinggalah lilin tanda reversal/ bullish muncul seperti hammer,morning star dan sebagainya.
Nota
+ Bullish - Trend menaik
+ Bearish - Trend menurun
+ Marubozu - lilin penuh/solid
KHEESAN, untuk contoh pelaburan nyataJarang konsisten profit?
KHEESAN untuk contoh pelaburan nyata bagi stok market.
FOMO (fear of missing out) adalah satu emosi yang perlu di ditinggalkan, lebih2 lagi kepada pedagang2 yang baru. Boleh rujuk contoh dalam carta bagaimana fasa lazim untuk pelaburan dalam stok market. Cuba abaikan news, dan fokus untuk carta di mana semuanya telah di terjemah pada carta.
Kheesan telah trending, dan telah rebound dan pullback di kawasan harga sebelumnya.
Pedagang seharusnya melatih diri untuk lebih kepada pelabur, dan tunggu untuk masa yang sesuai sebelum melabur supaya tidak melebur. Keuntungan pastinya tidak akan datang sekelip mata.
Kepentingan Volume (dan penjelasan panjang lebar)Volume adalah nadi pergerakan suatu saham. Volume keseluruhan merupakan jumlah saham yang didagangkan oleh penjual dan pembeli. Volume secara lebih terperinci, terbahagi kepada dua bahagian. volume jualan dan volume belian. kualiti volume terletak pada dua jenis volume ini.
Analogi volume seperti anda mengepam tayar basikal secara manual
VOLUME = kekuatan anda tekan pam basikal untuk memampatkan angin ke dalam tayar. bayangkan otot-otot anda keluar semasa nak pam angin tayar basikal anda. kalau pam besar (duit banyak) lebih senang mengepam tayar berbanding dengan pam kecik (duit sikit)
SALURAN ANGIN ke tayar = buyer and seller
saluran sempit = rintangan yang kuat = jumlah seller yang besar / ramai
saluran besar = rintangan yang sedikit = jumlah seller yang sedikit / tak ramai
sama juga untuk harga sedang turun.
TAYAR BASIKAL masuk angin = pergerakan harga = hasil dari volume tersebut. secara tipikal:
Jika Volume besar yang berkualiti = ramai pembeli dari volume tersebut akan berjaya menolak harga naik (jika saluran besar - lebih senang angin nak masuk). tayar akan makin naik dan terisi angin.
Jika Volume besar yang tidak berkualiti = ramai penjual dari volume tersebut harga akan jatuh (saluran bocor, angin takleh masuk, keluar ikut tempat lain). Tayar tidak berjaya naik, malah, makin surut anginnya. Smart Money gagal.
Dalam kes APEX - terdapat anomali, dimana volume besar tetapi harga tidak bergerak banyak pada hari tersebut. hal seperti ini boleh menghasilkan 2 keputusan. sama ada harga akan terus jatuh selepas itu, atau terus naik.
dalam kes ini, setelah harga jatuh selepas 3 minggu, ramai trader dan pelabur cuba untuk melepaskan pegangan saham mereka kerana takut harga akan lebih turun. mereka biasanya akan key in order untuk jual pada harga tertentu, dan hal ini Smart Money mengambil kesempatan untuk membeli pada harga trader and investor tawarkan. Begitu ramai yang hendak menjual , sehinggakan belian yang banyak oleh Smart Money, masih tidak dapat menaikan harga saham tersebut pada minggu itu (ingat analogi saluran angin diatas?). Smart Money menggunakan kesempatan seperti ini untuk masuk membeli dengan harga terbaik tanpa meninggikan kos belian mereka. setelah majoriti saham ditangan Smart Money, lebih mudah bagi mereka untuk menolak harga naik. ingat supply and demand ye. harga akan naik jika supply berkurangan (ada orang monopoli)
Keadaan ini dikatakan sesuatu kaunter itu "well supported" atau "selling pressure absorbed" Kerana harga tidak jatuh banyak walaupun volume yang besar.
volume sebegini menunjukkan suatu fasa pengumpulan terakhir oleh Smart Money. setelah hal ini disedari oleh ramai traders dan pelabur, mereka tidak lepaskan peluang untuk menumpang Smart Money mencapai objektif mereka.
Anda trader bijak, ambil kesempatan, Follow the Smart Money.
Tulisan ini hasil dari pembacaan buku seperti "Reminiscences of a Stock Operator" / Jesse Livermore, dan rujukan teknikal yang lain seperti Dow Theory and Wykoff Method
Juga Pennant pattern untuk AXIATAAXIATA juga kini membentuk pennant pattern (bullish continuation)
-Pembentukan pennant, namun kini dengan penurunan jumlah volum dagangan - untuk diperhatikan (volume price action, reaction)
-Namun harga juga telah melepasi aras ringtangan kuat (double top) pada harga 4.83 sebelum ini.
-RSI juga telah agak lama berada pada kawasan overbought
-dengan trend penurunan dagangan, expect untuk volum yang lebih tinggi untuk harga BO pada pennant pattern
Monitor untuk momentum pembelian seterusnya, dan jika harga berjaya untuk BO/melepasi pattern ini.
FA Rating - 3.9/10
HANDAL untuk diperhatikan untuk kemasukan volum yang banyakHANDAL kini masih lagi dalam mode koreksi, selepas pengumuman kontrak baru.
-25 jun lalu, Handal JV telah memenangi kontrak sebanyak RM 360mil
-Peristiwa sell on news, belaku di mana perjualan berterusan selepas mengumumkan kemenangan kontrak tersebut
-sehingga kini belum ada sokongan positive, dan petanda rebound (SMA200/EMA50, FiBo level, area sokongan, volume besar, pattern lilin, etc)
-kita tunggu sehingga rebound positif dikesan, untuk kemungkinan rally seterusnya (selepas mengeluarkan semua penjual)
-volum perdagangan tertinggi, bole dikesan pada minggu lalu.
-untuk teori, ini menandakan kemasukan dana/pelabur baru, dan mungkin confidence daripada pelabur untuk meyambut penjualan unit
-dan mengharapkan, bukan adalah kalangan traders2 kecil yg banyak tersangkut pada harga tinggi sebelum ini
FA Rating - 2.3/10
Kepentingan VolumeVolume ada lah nadi kepada pergerakan saham.
Volume pada anak panah merah merupakan volume besar menandakan saham tersebut didagangkan dalam jumlah yang tinggi, menandakan pelabur besar (biasanya pelabur institusi) telah memasuki pasaran dengan membeli sejumlah saham yang besar, biasanya dalam kuantiti yang tidak dapat ditandingi oleh pelabur dan pedagang runcit, yang mempunyai modal yang jauh lebih sedikit berbanding dengan pelabur institusi.
Perhatikan pergerakan harga saham selepas kemasukan volume yang besar. secara medium term/long term, ia naik! Mengapa terjadi begitu? Ada dua sebab.
1. Jumlah pegangan saham tahap awam semakin berkurangan - oleh sebab itu, mengikut teori supply & demand, pegangan saham awam semakin berkurang akan menyebabkan harga saham tersebut naik
2. Jumlah dagangan yang besar telah menarik minat pelabur/pedagang yang lain untuk turut serta membeli, kerana mereka menjangkakan pelabur institusi telah masuk membeli saham ini kerana pelabur institusi mempunyai pengetahuan yang lebih berkenaan maklumat syarikat yang tidak dapat/belum dapat disiarkan kepada orang awam pada masa itu. Setiap kali minat belian melebihi minat jualan, sudah tentu harga akan naik!
Oleh itu, berikan lah perhatian kepada volume kaunter saham yang anda berminat untuk beli. Jangan sekali kali mengambil mudah berkenaan hal ini kerana ianya mungkin akan mengakibatkan kerugian modal anda.
Perhatikan carta pergerakan harga kaunter JHM diatas. Setiap anak panah merah menunjukkan volume yang tinggi (melebihi paras purata volume 20 hari) dan volume ini boleh dianggap tinggi. Nampak apa yang berlaku setelah setiap anak panah merah tersebut?
Lihat juga setelah ketiadaan volume besar masuk kedalam market.. adakah anda sudah faham?
Volume analysis seperti ini terpakai untuk semua timeframe, cuma ianya terpulang kepada pemerhatian dan ketajaman mata dan minda anda membuat analisis.
Selamat berjaya saya ucapkan kepada anda!