Analisis Gelombang
ALIGN TECH KONSISTEN BERADA PADA PARAS TINGGI PADA TAHUN 2019The Align Technology Inc melompat dengan kuat melepasi paras USD300 ke arah USD316.65 (iaitu rintangan Retracement Fibonacci 61.80%). Hal ini menunjukkan susulan kenaikkan harga yang kuat di atas 50% "Fibonacci Retracement". Akibatnya, isyarat negatif dalam pola "Bearish Harami" dan "Gap Down" tidak sah lagi. Momentum semasa dilihat sebagai pemangkin harga saham pada tahun 2019 yang terkini. Di sesi akan adang, dijangkakan lebih banyak aktiviti membeli untuk saham Align Tech.
Tahap sokongan pertama dilihat pada USD200, diikuti oleh USD175.50. Manakala, rintangan pertama ada pada aras USD220, sementara rintangan kedua pada USD230.
18-Mac-2019: PEMBELAJARAN 2 - STRUKTUR PASARAN & TREND (ASAS)PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz bismillah...
Assalamualaikum dan selamat malam...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sesi pembelajaran. Seperti biasa ianya adalah untuk mereka yang newbie/zerobie. Sekiranya anda bukan newbie/zerobie mungkin ini tidak sesuai untuk anda, namun tiada salahnya untuk ulangkaji asas.
Untuk pembelajaran struktur ini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian iaitu ASAS dan ADVANCE
Kenapa memahami asas struktur pasaran ini penting?
1. Memudahkan untuk menentu halatuju.
2. Memudahkan untuk kajian peringkat seterusnya (FIBO) yang ni ramai nak tau.
3. Tanpa pengetahuan dalam "struktur" menyebabkan kesilapan semasa menandakan FIBO line.
BAHAGIAN 1
Baiklah tanpa membuang masa kita rujuk gambarajah dibawah:
Gambar ini menunjukkan fasa-fasa di dalam pembentukkan struktur pasaran. Jadi saya akan terangkan secara ringkas berkenaan fasa ini.
1. FASA UPTREND
- Pada fasa ini harga bergerak dan membentuk gelombang yang bergerak dalam keadaan menaik .
- Ini menunjukkan pasaran sedang bergerak keatas (UP/BULLISH)
- Adalah sangat penting untuk kita mengetahui istilah yang biasa digunakan semasa membincangkan fasa ini.
- Kebiasaan pelabur tidak menggunakan istilah lengkap dan hanya bercakap dalam short form
- Antara istilah penting adalah
H - High , L - Low , HH - Higher High , HL - Higher Low
- HH - apabila New high adalah LEBIH TINGGI dari H yang sebelumnya
- HL - apabila Low yang terbaru adalah berada LEBIH TINGGI dari Low sebelumnya.
2. FASA SIDEWAYS
- Pada fasa ini harga bergerak dan membentuk gelombang yang bergerak dalam keadaan sekata .
- Ini menunjukkan pasaran sedang tidak dapat menentukan samaada ke atas atau ke bawah
- Kebiasaannya pada fasa ini juga pergerakan akan membentuk CHANNEL
- Sekiaranya harga berjaya keluar dari channel dengan momentum, barulah ada trend yang akan terbentuk.
- Selalunya newbie tidak digalakkan untuk memasuki pasaran pada fasa ini ... sabar la bro/sis... tgu ada pergerakan significant baru kita masuk untuk elak melebur.
3. FASA DOWNTREND
- Pada fasa ini berlawanan dengan fasa 1 dimana gelombang bergerak dalam keadaan menurun .
- Ini menunjukkan pasaran sedang bergerak ke bawah (DOWN/BEARISH)
- Disini pula ada istilah yang kebiasaannya akan gunakan dan perlu untuk kita tahu.
- Antara istilah penting adalah
H - High , L - Low , LH - Lewer Highh , LL - Lower Low
- LH - apabila New high adalah LEBIH RENDAH dari H yang sebelumnya
- LL - apabila Low yang terbaru adalah berada LEBIH RENDAH dari Low sebelumnya.
So anda rasa mcm mana? Sekiranya anda baru pertama kali dengar perkataan ini, x payah la sibuk nk fokus carik DT/DB/IHNS/HNS/CNH
BAHAGIAN 2
Jadi kita teruskan dengan bahagian 2 dimana dibahagian ini kita akan melihat apakah yang dikatakan struktur (Structure)
- yang ni la bahagian penting untuk tau betul ka fibo yang kita tanda
- Mari lihat gambarajah dibawah:-
Rajah ini adalah gambaran keseluruhan apabila fasa2 diatas digabungkan... setiap fasa pergerakan akan terdiri daripada pergerakan seperti didalam rajah diatas.
Adalah penting untuk mengetahui pada Sela masa (Time frame) berapakah yang sesuai untuk kita melihat struktur?
- Kebanyakan penganalisis berpendapat sela masa yang sesuai adalah 4H dan ke atas , ini kerana trend keseluruhan dapat dilihat dengan jelas pada sela masa tersebut dan tidak banyak "FALSE SIGNAL" .
-daripada rajah juga adalah penting untuk kita melihat pada struktur uptrend/downtrend disinilah sebenarnya kita boleh melukiskan garisan FIBO untuk menentukan ENTRY yang tepat dalam setiap keputusan perdagangan yang kita ambil.
Jadi, rasanya cukup dulu untuk perkongsian kali ini, saya akan sambung pada pembelajaran 3 : STRUKTUR PASARAN & TREND (ADVANCE)
takda la advance mana pun nnti.
Sekian untuk perkongsian, semoga bermanafaat.
Ni Hsin membuat corak kenaikan Elliott Waves?Melihat pada carta, kita dapati Ni Hsin telah membuat fasa pembetulan (correction) yang lengkap (i, ii, iii, iv, v) sebelum membuat kenaikan lantas membentuk gelombang 1.
Kemudian dia menurun kembali sebanyak 61.8% ketinggian gelombang 1, dan membuat higher low. Ini mengesahkan ia membuat corak Elliott Waves gelombang ke 2.
Dari seterusnya naik melepasi 50% ketinggian gelombang 2 (0.285) serta berjaya membuat paras sokongan di situ. Ini menguatkan lagi corak Elliott Waves yang dibuat.
Dari sini kini boleh membuat anggaran dia akan naik hingga ke paras 0.41 (gelombang 3) iaitu 161.8% ketinggian gelombang 1 kemudiannya diukur dari low gelombang 2. Namun ia juga boleh pergi sekadar ke 0.350 iaitu 100% ketinggian gelombang 1 diukur dari low gelombang 2.
Dengan mengambil kira kebiasaan gelombang iaitu 161.8% kita buat andaian dia akan pergi ke 0.41 dan kemudiannya turun kembali ke 0.350 iaitu 38.2% ketinggian gelombang 3. Lantas membentuk gelombang 4.
Dari gelombang 4 ia akan meneruskan pendakian hingga ke 0.470 (61.8% ketinggian dari permulaan kenaikan hingga ke puncak gelombang 3) atau 0.505 (78.6% ketinggian dari permulaan kenaikkan hingga ke puncak gelombang 3) sebelum membuat pembetulan. Ini membentuk gelombang 5.
Bilamana kita hafal dan kenal corak-corak pada carta seperti Elliott Waves, maka mudah bagi kita untuk memasang strategi trading kita. Tidak lagi tertanya-tanya boleh naik lagi ke tidak. Kita trade dengan lebih yakin dan tidak mengikut emosi.
Setelah mengenal pasti corak, tugas kita seterusnya hanyalah melihat pada candle dan volume untuk memastikan ia mengikut pergerakan corak yang kita jangkakan. Seandainya ia menyimpang dari jangkaan kita, maka kita tahu ada sesuatu yang tidak kena maka mudah untuk kita membuat keputusan untuk keluar dari posisi.
GBPAUD- Brexit..bila mau selesai daaGBPUSD
(Sila LIKE sebagai tanda sokongan atas perkongsian analisa saya)
Analisa Fundamental
GBP
Ekonomi berkembang perlahan - negatif
Data pengeluaran lemah - negatif
Inflasi lemah - negatif
Jualan retail meningkat - positif ( Xmas shopping)
Brexit delay - Positif
Data pengeluaran PMI Jatuh ke 52.0
Tiada perubahan faedah 2019 (sehinnga BREXIT selesai) - Negatif
GDP 2019 diramal rendah BOE - Negatif
AUD
Data pengganguran rendah - Positif
Peningkatan harga komoditi besi dan tembaga - positif
Data keyakinana pengguna dan perniagaan meningkat - positif
GDP q4 2018 lemah - negatif
AU 10 tahun bon jatuh - negatif
Bias - kecenderungan
Sell GBPAUD
Laporan Utama Akan Keluar Minggu Ini:
Selasa
GBP GDP m/m
GBP Manufacturing Production m/m
Rabu
Parliament Brexit Vote
Annual Budget Release
Analisa teknikal
Saya melihat GBPUSD telah membuat "rejection" di garisan melintang 1.8775
Sekiranya zone ini kekal bertahan sebagai halangan. Kita boleh menjangkakan harga akan kembali mencari paras sokongan.