Untuk sektor CONSTRUCTION, dia masih dalam keadaan sideways setelah berjaya membuat BODTL...Dia akan mula merancak kembali dalam hujung tahun ini (midterm target), dan hala tuju dia selepas ini juga bergantung kepada pengumuman Bajet 2021 yang akan diumumkan nanti.
Boleh tengok juga kaunter dalam sektor ni untuk ditanam dan tuai hasil dikemudian hari....Carta FCPO pun nampak seperti mahu mengaum kembali.
Kaunter dalam sektor ni pun dah naik banyak dah sejak dari bulan Mei yang lepas....Kalau boleh, jangan duduk terlalu lama sangat, nampak "money" sauk aja.
Sekiranya tiada halangan, sektor TECHNOLOGY akan rally lagi minggu ini...Boleh perhatikan kaunter-kaunter di dalam sektor tersebut.
Untuk minggu ini, bursa Malaysia mungkin akan diperdagangkan secara berhati-hati,disebabkan keadaan isu politik negara yang masih tidak menentu...Dia akan cuba untuk pecahkan rintangan 1520 untuk meneruskan kenaikan lagi, dan pada masa yang sama membuat BODTL.
NASDAQ pun nampak seperti boleh pergi lagi minggu ini...Target dia adalah untuk pecahkan rintangan 11570 untuk membuat kenaikan lagi lagi...Carta mingguan dia pun menarik juga untuk diperhatikan.
Target untuk Dow Jones minggu ini adalah untuk dia pecahkan 27190 sebelum dia test kembali rintangan 28290 yang tidak berjaya dipecahkan pada minggu yang lepas ...Kalau pecah 28290, situ akan jadi RBS dia pulak.
FCPO dijangka naik sehingga 2900 untuk wave (B)
Tampak seperti MA20 sebagai rintangan yang perlu dia lepasi...namun, MACD Crossover dapat dilihat disitu setelah beberapa ketika telah menjunam...Boleh perhatikan.
Untuk kaunter yang dalam keadaan pullback, boleh juga marking siap-siap sokongan untuk perhatikan pergerakan dia ...sekiranya dia berjaya pantul di atas sokongan yang dilukis,boleh bersedia dengan langkah seterusnya.
Nampak seperti corak carta "bullish flag" akan terbentuk di situ...waktu "conformation" adalah apabila dia berjaya "breakout" rintangan yang dilukis.
ANJOO masih berada dalam keadaan sideways, pergerakannya selepas ini masih tidak menentu...Antara kaedah "trading " untuk sideways : beli di paras sokongan dan jual sebelum cecah rintangan. #bukanbuycall
Syarikat AXIATA merupakan salah satu komponen daripada 30 syarikat yang membentuk indeks FBMKLCI....Namun, pergerakannya menunjukkan dia masih berada dalam keadaan downtrend.
ATAIMS masih dalam keadaan uptrend lagi...Kenaikan dia adalah secara relatif dengan pergerakan garisan MA20 buat masa ini...Syarikat ini terlibat dalam pembuatan komponen dan produk, antaranya perkakas elektrik dan automotif.
AIRASIA cuba nak pecahkan MA20 pula....Kalau pecah pun, awan Ichimoku dan MA200 pula menanti dia selepas ini....Masih jauh lagi perjalanan si dia.
ASIAPLY dalam fasa untuk memecahkan rintangan MA50....Dan untuk kaunter ni perlu berhati-hati juga, kerana pernah ada sejarah dia "digoreng" pada 2-3 bulan yang lepas. #bukanbuycall
Masih sideway lagi kaunter ni....Namun, Stochastic sudah mau mendongak kembali...Boleh perhatikan. #bukanbuycall
RM 0.105 nampak seperti sokongan yang kuat...namun, kaunter ni dikategorikan sebagai "super penny",perlu berhati-hati lebih sikit... #bukanbuycall