Wedge
idea jualanrising edge sell setup
*Disclaimer - This analysis alone DOES NOT warrant a buy or sell trade immediately. Before you enter any trade in the financial market, it is very important that you have a proper trading plan and risk management approach.
The sharing of this idea is neither necessarily indicative of nor a guarantee of future performance or success.
idea jualanmerentasi rising wedge..
sell di fibo 61.8 --- 50.0
PENAFIAN:
Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham, comoditi dan matawang melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang.
Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham.
Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri.
Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
PCCS di dasar Rising WedgePCCS telah sampai ke dasar Rising Wedge dan kini membuat pantulan.
Dijangka menuju ke siling Rising Wedge sekitar 0.65, 0.66.
Sekiranya ia berjaya melepasi siling Rising Wedge, PCCS akan berada di alam baru dengan sifat baru untuk naik lebih tinggi.
Namun sekiranya ia tidak berjaya melepasi siling, ada kemungkinan ia akan jatuh dan seterusnya membocorkan dasar Rising Wedge. Ini kerana Rising Wedge dipuncak sebenarnya lebih cenderung untuk turun berbanding naik.
25 Jun 2019: CHFJPY akan meneruskan keturunanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
CHFJPY
1. Harga telah pecah UpTrendLine (UTL) dan menuju ke bawah.
2. Corak Carta adalah asymmetric Triangle, ukuran kejatuhan dijangka akan sampai ke aras 0.9273
3. RSI telah oversold dan mula menuju balik
4. MACD di zon bearish.
Econbhd kembali masuk atas key levelEconbhd kembali masuk ke atas paras utama 0.630.
Disamping itu, dia memulakan hari ini dengan open gap yang solid.
Dan juga berjaya breakout sedikit corak Falling Wedge dengan volume yang meningkat berbanding 3 period sebelum.
Selagi dia berada atas 0.630 ianya positif.
Harga sasaran 0.800, 0.950.
TNB di penghujung Falling Wedge. Mana dia nak tuju lepas ni?TNB sudah agak compressed dan di penghujung Falling Wedge.
Kelihatan kini dia sedang menguji paras sokongan candle sebelum ini di 11.80.
Seterusnya kita lihat samaada dia pecah ke bawah corak Falling Wedge atau dia melantun di 11.80 dan seterusnya breakout ke atas corak Falling Wedge.
TNB antara penyumbang besar pada pergerakan indeks KLCI.
Sekiranya dia pecah ke bawah Falling Wedge kita boleh ucap selamat datang kepada permulaan bearish yang besar.
Sekiranya dia pecah ke atas Falling Wedge kita boleh tersenyum dan ucap selamat datang kepada Bull.
KLCI - Harapan terakhir terbatal, kini beruang menguasaiSemalam adalah analisis untuk membatalkan projection Elliott Wave yang besar. Namun hari ini ianya tidak berlaku, di mana indeks telah turun bawah dari paras 1629.
Maka tak dapat dielakkan, projection yang asal terpaksa dipenuhi. Sekarang indeks sedang melengkapkan Gelombang 3 dengan projection di paras 1595.
Ianya akan diikuti pula oleh Gelombang 4 dengan projection di paras 1680, lantas melengkapkan corak Falling Wedge.
Gelombang ke 5 pula akan membuat pecahan ke bawah corak Falling Wedge dan membentuk 5th Wave Extension di mana projection adalah di paras 1340.
Lengkap 5 gelombang impulsive, kita nantikan pula gelombang pembetulan (Correction).
KLCI, strong bullish menanti?Lihat pada carta mingguan KLCI kita dapati ianya membuat corak Falling Wedge. Dan sedang menyempurnakan Gelombang 5 (Elliott Wave).
Cuma persoalannya di manakah hujung Gelombang 5.
Sebelum lihat pada Gelombang 5 kita lihat pada Gelombang 4 dahulu. Gelombang 4 sebenarnya agak pra matang iaitu tidak mencapai puncak maksimum (61.8%) tetapi sebaliknya hanya capai puncak minimum (50%).
Jika Gelombang 4 capai puncak maksimum, projection Gelombang 5 dijangka berakhir di paras 1605.
Namun disebabkan Gelombang 4 tidak capai puncak maksimum, kita lihat pula pada projection minimum Gelombang 5 iaitu 38.2% iaitu di paras 1629.
Namun apakah pengesahan yang ada bahawa di situ kemungkinan besar adalah penghujung Gelombang 5. Kita lihat pada carta harian.
Pada carta harian kita nampak adanya isyarat Bullish Divergence dan juga indeks hari ini tutup di atas paras 1629. Ini sekaligus menyokong 1629 sebagai penghujung Gelombang 5.
Apa pergerakan seterusnya?
Jangkaan seterusnya ialah indeks akan bergerak ke paras 1732. Di situ akan berlaku sedikit retracement. Ini adalah saat kritikal untuk menentukan samaada indeks akan bergerak bullish ataupun bearish.
Analisa ini sah selagi indeks tutup atas dari paras 1629.
Apakah TNB sudah berada di harga diskaun terbaik?Di atas adalah carta mingguan Tenaga. Kali ini ia sedang menguji paras sokongan buat kali ke-3.
MACD semakin mengecut menandakan momentum bearish mula berkurangan.
Volume juga semakin mengecut. Tiada lagi pembuangan berlaku.
Ia juga membuat corak descending atau falling wedge dan hampir ke penghujung menanti samaada, breakout ke atas atau breakdown. Corak falling wedge biasanya lebih cenderung kepada breakout ke atas dan sambung bullish.
Apakah sudah sampai masa yang sesuai untuk melabur ke dalam saham Tenaga? Keputusan di tangan anda sendiri.
KLCI di persimpanganJika sebelum ini saya ada mengulas sekiranya KLCI patah paras 1700 ianya berada dalam kedudukan bahaya/kritikal. KLCI di carta bulanan kini berada betul-betul di Span A Ichimoku. Sekiranya KLCI terus membuat penurunan minggu ini, ia akan membuatkan price berada di bawah paras awan Ichimoku, sekaligus menunjukkan pasaran bearish.
Jika dilihat pada carta di atas, kita dapati, indeks sebelum ini telah patah tren sokongan namun berjaya masuk balik ke dalam kawasan sokongan. Kemudiannya ia bermain-main di dalam kawasan sokongan tersebut. Dan kini ia berada betul di paras bawah kawasan sokongan.
Minggu ini menjadi penentu arah KLCI. Samaada ia akan memantul balik atau ia akan patah paras sokongan dan seterusnya turun jauh lebih rendah ke bawah.
Jika ia memantul balik (itu yang kita harapkan), dan seterusnya breakout corak Falling Wedge, itu akan jadi petunjuk permulaan uptrend yang kuat. Ya, Falling Wedges terutamanya pada carta yang uptrend adalah satu corak konsolidasi sebelum berlakunya uptrend yang kuat. Sebab itu ada yang menggelarnya Bear Trap.
Minyak Mentah Bakal turun? Ini Analisa Corak HarmonikJangkaan harga minyak mentah akan turun untuk melakukan pembetulan, aruhan pergerakan harga jangkaan
akan mencari 52.00 usd setong
Maksimum 48.00 usd setong.
jika harga dapat memecahkan paras kuncin 57.75 usd, maka pelan in terbatal dan kita akan jangkakan kenaikkan sehingga 78.00 usd setong
Strategi : Jual dan terbatal jika harga melepasi paras kunci 57.75 usd
Selamat berdagang