Mampukah JTIASA (4383) Memecahkan Zon Rintangan Weekly? 250720Jaya Tiasa Holdings BHD (4383)
Jaya Tiasa Holdings Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan, pengambilan dan penjualan kayu balak. Syarikat, melalui anak syarikatnya, terlibat dalam pembangunan ladang kelapa sawit dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Segmen Syarikat adalah Perdagangan Log, Pembuatan, Kelapa Sawit dan Lain-lain. Segmen Perdagangan Log terlibat dalam pengekstrakan dan penjualan kayu balak dan pembangunan hutan yang ditanam. Segmen Pembuatan terlibat dalam pembuatan dan perdagangan kayu gergajian, papan lapis, venir, papan blok dan kayu berlamina. Segmen Kelapa Sawit bergerak dalam pembangunan ladang kelapa sawit dan aktiviti yang berkaitan dengannya. Segmen Lain terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan udara dan pemegangan pelaburan. Ia mengeluarkan pelbagai produk, termasuk Papan Lapisan Bulat, kayu lapis dan papan lapis Filem. Syarikat mengeksport produk kayu olahannya ke pelbagai pasaran, termasuk Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Latin.
Sektor : Plantation
Total Share Issue : 967,991,000
Public Float % : 35.62%
Major Trend : Downtrend sejak April 2012
Harga saham JTIASA telah melonjak sebanyak 0.07 sen (0.580 - 0.650) pada Jumaat (24/07/2020). Jika dilihat pada TF Weekly, harga telah masuk ke dalam zon rintangan weekly. Persoalannya, adakah harga mampu bertahan dan seterusnya memecahkan zon rintangan tersebut?. Dengan harga FCPO yang ditutup tinggi pada Jumaat (24/07/2020) pada harga RM2778/tan, dan jangkaan FCPO masih dalam keadaan BULLISH, tidak mustahil untuk JTIASA bergerak dengan lebih tinggi pada masa hadapan.
Jika dilihat pada TF Daily, JTIASA baru sahaja breakout Cup & Handle Pattern ke atas pada Jumaat (24/07/2020).
#feelfreetodisagree #notAbuycall #tradeatyourownrisk #TAYOR
Weeklytimeframe
Aemulus Holdings Bhd (0181) - BODTL (TF Weekly) 25/07/2020Range pergerakan harga Aemulus pada minggu ini adalah pada 0.290 - 0.405 sebelum di tutup pada harga psikologi iaitu 0.400. Momentum kenaikan harga disokong dengan volume yang kuat membantu harga melepasi halangan downtrendline (TF Weekly).
Risk & Reward ratio agak menarik jika disukat daripada paras BODTL seperti di dalam carta. Harga All Time High (ATH) adalah pada RM0.600.
Dalam QR Report yang dikeluarkan pada 23 Jun 2020, Aemulus kembali mencatatkan keuntungan setelah mengalami kerugian selama 4 suku tahunan berturut-turut. Harus diperhatikan juga bahawa pelabur-pelabur institusi (jerung) seperti Khazanah Nasional Berhad mula melepaskan pegangan secara sedikit demi sedikit sejak beberapa bulan yang lalu.
Total Share Issue: 549,476,647
Peratus Public FLoat: 32.13%
Sektor: Teknologi
Sub-sektor: Peralatan Teknologi
Sinopsis Syarikat:
Aemulus Holdings Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan. Syarikat, melalui anak syarikatnya, Aemulus Corporation Sdn Bhd (ACSB), terlibat dalam merancang dan memasang peralatan ujian automatik, dan instrumen ujian dan pengukuran, dan penyediaan perkhidmatan berkaitan dan perkhidmatan perundingan reka bentuk mereka. Syarikat beroperasi melalui segmen penguji elektronik. Produknya merangkumi Amoeba 4100-D, yang merupakan penguji diskrit isyarat kecil; Amoeba 4200, yang merupakan penguji analog / linear; Amoeba 4600, yang merupakan sistem ujian isyarat digital / campuran dengan pilihan frekuensi radio (RF), dan Amoeba AMB7600, yang merupakan penguji RF pelbagai tempat dan multi-contoh. AMB4600nya dipadatkan untuk ujian multiplex, termasuk mikrokontroler (tanpa wayar / bukan tanpa wayar), modul sambungan, baseband, RF transceiver, sistem tanpa wayar pada cip (SoCs) dan pra-penguat. Segmen geografinya merangkumi Malaysia, Singapura, China, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
(Google Translate.... Malas mo mengarang 😂😂😂)
#notAbuycall
#tradeatyourownrisk
#tayor
Review TEKSENG (7200) - Weekly TimeframeSetelah melakukan kenaikan bermula 21 Julai 2020, harga telah mencapai kawasan rintangan WEEKLY yang agak keras jika dilihat dari sejarahnya. Jika berjaya melepasi kawasan rintangan ini, harga akan menuju ke paras 0.960 sebelum cuba melepasi paras harga psikologi iaitu pada harga RM1.00. Pada masa ini, berkemungkinan harga akan berehat dahulu, sama ada bergerak secara sideway di kawasan rintangan ataupun turun menuju paras sokongan weekly terdekat di kawasan 0.805 sebelum meneruskan kenaikan.
Jika dilihat pada TF Daily, candle terakhir yang terbentuk pada Jumaat (24/07/2020) adalah berbentuk GRAVESTONE DOJI dengan volume yang agak tinggi. Ini menunjukkan tekanan jualan yang berlaku disebabkan aktiviti pengambilan untung dari pedagang-pedagang yang telah masuk pada hari-hari sebelumnya. Harga mesti melepasi puncak tertinggi doji tersebut jika ingin meneruskan kenaikan.
#sekadarkajianperibadi
#tradeatyourownrisk
#TAYOR
#notAbuycall