yuzieyusoff2

Aemulus Holdings Bhd (0181) - BODTL (TF Weekly) 25/07/2020

MYX:AEMULUS   AEMULUS HOLDINGS BERHAD
Range pergerakan harga Aemulus pada minggu ini adalah pada 0.290 - 0.405 sebelum di tutup pada harga psikologi iaitu 0.400. Momentum kenaikan harga disokong dengan volume yang kuat membantu harga melepasi halangan downtrendline (TF Weekly).

Risk & Reward ratio agak menarik jika disukat daripada paras BODTL seperti di dalam carta. Harga All Time High (ATH) adalah pada RM0.600.

Dalam QR Report yang dikeluarkan pada 23 Jun 2020, Aemulus kembali mencatatkan keuntungan setelah mengalami kerugian selama 4 suku tahunan berturut-turut. Harus diperhatikan juga bahawa pelabur-pelabur institusi (jerung) seperti Khazanah Nasional Berhad mula melepaskan pegangan secara sedikit demi sedikit sejak beberapa bulan yang lalu.

Total Share Issue: 549,476,647
Peratus Public FLoat: 32.13%
Sektor: Teknologi
Sub-sektor: Peralatan Teknologi

Sinopsis Syarikat:
Aemulus Holdings Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan. Syarikat, melalui anak syarikatnya, Aemulus Corporation Sdn Bhd (ACSB), terlibat dalam merancang dan memasang peralatan ujian automatik, dan instrumen ujian dan pengukuran, dan penyediaan perkhidmatan berkaitan dan perkhidmatan perundingan reka bentuk mereka. Syarikat beroperasi melalui segmen penguji elektronik. Produknya merangkumi Amoeba 4100-D, yang merupakan penguji diskrit isyarat kecil; Amoeba 4200, yang merupakan penguji analog / linear; Amoeba 4600, yang merupakan sistem ujian isyarat digital / campuran dengan pilihan frekuensi radio (RF), dan Amoeba AMB7600, yang merupakan penguji RF pelbagai tempat dan multi-contoh. AMB4600nya dipadatkan untuk ujian multiplex, termasuk mikrokontroler (tanpa wayar / bukan tanpa wayar), modul sambungan, baseband, RF transceiver, sistem tanpa wayar pada cip (SoCs) dan pra-penguat. Segmen geografinya merangkumi Malaysia, Singapura, China, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
(Google Translate.... Malas mo mengarang 😂😂😂)


#notAbuycall
#tradeatyourownrisk
#tayor

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.