Gelombang Wave
Orion masih positifPerkara pertama yang perlu di lihat pada Orion adalah ia telah membuat 52 weeks high breakout. 52 week high breakout adalah satu pattern yang kuat untuk sesuatu ekuiti itu melakukan mark up. Dan ianya lebih kuat jika turut disokong oleh fundamental. Sumber penggerak utama Orion adalah aplikasi sistem fintech mereka iaitu MyAzZahra. Bermula dengan ANGKASA, Orion mensasarkan majoriti institusi kewangan akan turut menggunakan sistem MyAzZahra menjelang hujung tahun 2019.
Revenue dan keuntungan dari MyAzZahra mungkin tidak termasuk dalam laporan suku kedua bagi tahun kewangan 2019 yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Namun ramai pelabur ingin melihat laporan kewangan yang positif ini termasuk jaminan keuntungan dari ASAP. Ini adalah untuk meneliti pengurusan semasa Orion samaada berada pada landasan yang betul atau masih belum dapat mencari rentak. Orion adalah syarikat yang sebelum ini mencatat kerugian yang berterusan.
Walaupun mencatat kerugian demi kerugian, satu perkara yang positif adalah Orion tiada hutang dan masih mempunyai tunai untuk meneruskan operasi.
Kemudian kita lihat pada price dan volume. Anak panah merah menunjukkan bagaimana price jatuh beserta volume yang tinggi menunjukkan kehadiran seller yang tinggi. Namun pada anak panah biru price jatuh tetapi dengan volume yang rendah menunjukkan buyer lebih tinggi berbanding seller. Dan ramai yang masih hold posisi.
Seterusnya kita lihat melalui displin Elliott Waves. Ia telah sampai ke wave 5 dan kemudian membuat correction. Berdasarkan pergerakan corrective yang ada sehingga kini, kita boleh mengagak ia membentuk samaada flat corrective pattern (abc) ataupun double-three corrective pattern (abcxabc).
Melalui anggaran pattern ini, kita boleh merangka trading plan. Yang terbaik adalah entry ketika di 'c' iaitu sekitar 0.165, samaada dia buat flat corrective pattern ataupun double-three.
Andai dia patah paras 52 weeks high (close bawah 0.160), maka andaian corrective pattern kita tadi tidak sah, maka boleh keluar dari posisi dan seterusnya pantau pattern yang baru sebelum membuat keputusan untuk membuat entry.
Di carta mingguan, price masih positif iaitu bergerak di atas Upper Band Bollinger Bands (deviation 1). Tiada sell signal.
Dengan menggunakan Ichimoku di carta harian juga menunjukkan masih positif iaitu price berada di Kijun Line yang merupakan paras keseimbangan price.
Risiko yang ada:
1. Laporan Suku ke-2 rendah dari jangkaan
2. Orion ada membuat cadangan untuk Private Placement
Jika semuanya positif, Orion merupakan salah satu kaunter yang kita boleh layan trend sehingga muncul sell signal yang jelas.
*Penafian: Analisis ini bukanlah buy call, tetapi hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Anda dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Segala jual beli yang anda lakukan adalah atas tanggungan anda sendiri.
Crude Oil Carta Mingguan - Short term dah toppishCarta mingguan Crude Oil menunjukkan tanda-tanda kelemahan, kemungkinan akan melakukan short term reversal. Jangkaan kini pergerakan harga kini mungkin telah menamatkan wave A (minor degree wave, corrective), dan jika pengiraan ini benar, maka wave B akan bermula (menuju ke bawah), target antara 61.8% (49.7) dan 50% (48.8) fibonacci sebelum menyambung kenaikan untuk wave C.
Short term bearish - pembetulan sehingga 48
Medium term Bullish - wave C target S3
Long term Bearish selagi dibawah S3
EDARAN sokong 0.445Dalam idea sebelum ni, kami cuba mengesan hala tuju edaran. adakah ia mampu rebound dengan paras sokongan 0.530-0.500. Namun tidak dapat dipertahankan dengan membentuk paras sokongan baru pada 0.445, dimana stochastic telahpun oversold.
Bila sokongan ini pecah, maka ia akan berterusan dengan paras sokongan 0.335-0.340
K1 pembetulan masih berlakuSebelum ini, kami memberikan ramalan yang harga 0.280 merupakan support untuk K1 melakukan sekali lagi lantunan ke atas dalam fasa gelombang elliot 5. Namun, sokongan 0.280-0.285 tidak dapat dipertahankan sehingganya ia jatuh di bawah MA 50.
Maka ianya dapat diramalkan yang K1 berada pada fasa pembetulan dengan telahpun berlaku penurunan volume.
Sekalipun telah berada dalam paras oversold, K1 masih berada dalam fasa pembetulan. Boleh monitor kaunter ni rasanya
Mohon diperhatikan adanya corak kepala dan bahu
EURAUD SELLAssalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pandangan saya tentang Pair ini (mengikut Wave Theory) menunjukkkan ke arah SELL. TF Daily telah break Trendline dan ada Divergence mengesahkan ke arah SELL.
Nota: Sila ambil maklum tentang Pengurusan Wang anda sebelum memasuki lot bagi pair ini.
Terima kasih.