X-indicator
OPCOM - aras sokongan terbaruSelepas menunggu agak lama, hari ini OPCOM nampak membuat aras sokongan terbaru dengan kehadiran volume yang tinggi.
Jika hari ini adalah tanda volume membeli, jangkaan harga tidak akan turun lagi lebih bawah.
Kalau masih turun, corak cadangan sebelum ini sudah tidak valid.
FOCUS DYNAMIC (tidak shariah) - langkah awalBagi carta yang naiknya menegak tanpa ada pullback atau retracement, antara langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diberikan lebih perhatian adalah dengan melihat volum merah yang lebih banyak dari volume semalamnya.
Saya sertaka beberapa contoh sebagai panduan di masa akan datang.
Maaf kalau saya salah.
Data masa nyata - sambungan petang carta 5 minitMenyambung cerita pagi tadi. Saya tukar dari 5 minit kepada 15 minit untuk lebih ketenangan.
Melihat carta yang lebih rendah tempoh masa akan memberikan kita idea bilakah waktunya market akan bergerak aktif dan tidak aktif.
Tapi, bukanlah perkara wajib tengok. Yang penting, adalah harga tutupnya di mana.
Penyaring saham Tradingview - masa nyataPada yang belum pernah menggunakan penyaring masa nyata di Tradingview, saya tunjukkan contoh bagaimana :
- penyaring berfungsi
- notifikasi
- kemeriahan market
Setakat video ini dibuat, market belum nampak meriah.
Saya akan buat satu lagi video bila market meriah tak ingat nanti.
Harap maklum, penyaring saya hanya fokus kepada carta 30 sen ke atas.