Antara signal yang boleh diperhatikan.Sejak awal MAY sehingga sekarang, market kita masih lagi meneruskan penurunan yang amat perlahan, menyebabkan sakitnya tu amat perit.
Lebih baik jatuh laju dari jatuh terhegeh-hegeh.
Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membuat persediaan awal :
- melihat struktur harga
- melihat harga dan moving average di carta mingguan
- tunggu signal dari trendband
Cerita panjang ada kat dalam video ni.
Selamat berbuka puasa.
X-indicator
KIMLUN - cadangan akan datangKedudukan moving average yang sudah tersusun baik serta penurunan harga tanpa volum yang tinggi, ada beberapa perkara yang boleh dibuat.
- Menunggu bentuk lilin yang lebih kuat dan bermomentum tinggi.
- Menantikan kemasukan volum yang padu, lebih banyak berbanding volum terhampir.
- Bersedia menanti di ruang yang telah ditandakan.
- Kemeriahan market bakal menentukan mood dan kesesuaian untuk berdagang nanti.
Mencari pangsi (pivot point)Majoriti carta menunjukkan aliran harga yang sedang menurun, samada menurun dari harga terendah sebelumnya atau harga terendah minggu lepas atau terendah sebulan lepas.
Sementara nak tunggu signal baru muncul, boleh gunakan penunjuk pangsi (pivot point) yang ada di dalam tradingview untuk mencari aras-aras harga yang dirasakan bakal terjadi lantunan.
Selagi takde signal, tak perlu buat apa2 pun.
QL - cadangan akan datang hanya jikaSejak awal tahun hingga sekarang, carta QL tidak menunjukkan sebarang trend yang menarik dan hanya berkisar sekitar harga yang sama (sideway)
Dengan merujuk pada carta Press Metal, Harta dan VS, berkemungkinan carta QL akan membuat pergerakan yang hampir sama.
Sambung kemudian...
Perhatikan harga dan aras MA/EMA 200 di cartaSejak Januari, carta kita banyak yang sudah naik tinggi melepasi aras MA/EMA 200.
Saya mengambil contoh carta WIKA dari Indonesia untuk membayangkan pergerakan harga yang mungkin terjadi di carta-carta kita akan datang.
Sebagai rujukan, boleh lihat semula video lama di bawah.
MYEG dan pergerakan harga seakan samaSama seperti carta INARI tempohari, carta MYEG juga menunjukkan pergerakan seakan sama yang pernah dia buat sebelumnya.
Mungkin di masa akan datang, jika nampak pergerakan yang seakan sama, kita boleh lebih bersedia.
Kalau nampak tak sama, boleh abaikan video ini.
Inari terkiniBukan jumaat daaaaa..
Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan.
Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
PRESS METAL - sambungan terkiniBergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib.
Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi.
Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat.
Sambung kemudian.
Duopharma Biotech - menuju harga tertinggi tahun lepasSambungan terkini
- harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat
- hanya perlu tunggu dan lihat
- jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama.
- perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti.
..bersambung
Hujan emas di negara orang !Walau hujan batu di negara sendiripun, bila market dah bagi peluang, kenalah bijak mengambil !
Diberi peluang tapi tak ambil sebaiknya, kita rugi !
Marah dan komplen memanjang juga tidak menghasilkan keuntungan !
Tengok carta dan baca cerita disebalik syarikat adalah lebih bermanfaat dari tak buat ape2 !
Berlatih melihat kawasan harga berlonggokHari ini kita cuba melatih mata untuk melihat pergerakan harga yang sedang berlonggok.
Harga yang berlonggok atau biasanya dipanggil range atau channel memberi gambaran yang pembeli dan penjual masih suka sama suka. Tidak ada yang lebih mendominasi.
Hanya jika kawasan longgokan ditembusi, samada ke atas atau bawah, barulah kita boleh nampak peralihan kuasa sebenar dan mungkin meneruskan trend sebelumnya.
Mari berlatih sampai lebam.
Carimin dan aras satu ringgitCarta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway).
Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90.
Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.
Terkini INARI bump and run terbalikSetelah 2 bulan berdondang sayang, akhirnya carta INARI hampir ke penghujung corak bump and run terbalik.
Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari sini. Antaranya
- masa
- sabar
- corak berulang
Umpama dialog cerita pendekar bujang lapok "tak sabar pergi berenang wak"