X-indicator
CARIMIN MINGGUAN - berpotensi menuju harga tertinggiCarta minggu dan harian CARIMIN nampak masih ok.
Hanya perlu tunggu signal untuk tumpang sekaki dengan target menuju aras tertinggi yang dia pernah buat.
Jangkaan tempoh masa dalam 2-4 bulan hanya jika harga masih kekal di atas garis purple di carta mingguan.
Memilih carta dengan bantuan visual dari garis moving averageSelain dari menggunakan cara yang tadi, kita juga boleh menguna pakai kombinasi garis moving average sebagai alat bantu untuk membuat pemilihan carta.
Dengan berpandangan yang sekiranya harga masih di atas semua garis moving average, harga sedang trending menaik dan sebaliknya jika harga berada di bawah semua garis moving average, harga sedang trending menurun.
Cadangan memilih carta yang sesuaiTeknik bagus tapi salah pilih carta, kebarangkalian akan gagal.
Carta bagus tapi tiada teknik, kebarangkalian gagal.
Carta salah + teknik tak betul , ke laut sudah pasti.
Sebagai permulaan, mulakan dulu dengan memilih carta yang aktif, ada pergerakan harga menaik dan yang paling penting
- TUNGGU SEHINGGA ADA SIGNAL PEMBELIAN ! -
PANTECH GROUP BERHAD - cadangan akan datangMemandangkan laporan kewangan akan datang dia dijangka bulan Julai depan, jangkaan pergerakan harga akan bermula mulai bulan ini sehinggalah tarikh keluarnya laporan.
Cadangan seperti di dalam video ini.
Kebiasaannya, kalau harga tidak bergerak langsung sehampir tarikh laporan, maknanya laporan mungkin tidak memberangsangkan.
Minggu pertama selepas cuti rayaDengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula.
Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini.
atau
cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi yang dia naik untuk entri breakout terbaru.
atau
tunggu sehingga indeks berhenti turun dan muncul big candle
atau
tambah ilmu dan belajar dengan pakar bertauliah (ini lebih afdal).
Semoga terhibur
Kemaskini Signal TRENDBAND NAKEDTambahan sama seperti TRENDBAND GUIDE tempohari.
Dan saya tambah fungsi alert untuk menunggu signal-signal dari trendband.
Apa beza dua2 ?
TRENDBAND GUIDE - guna saja, tanpa perlu pening kepala
TRENDBAND NAKED - khas untuk mereka2 yang suka memeningkan kepala
NOTA - Tengok sampai habis sebab ada juga kemaskini untuk TRENDBAND GUIDE !
Lanjutan henjutan hujung bulan MAY lepas.Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum.
Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik.
Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
Henjutan minit akhir umpama aktiviti cuci tingkapSetelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini nampak semula meriahnya market.
Meriah market saya ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di penyaring Tradingview.
Tapi agak merimaskan, kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap.
Semoga bulan depan, market semakin ceria.