price masih mendatar.. boleh masuk cari long dengan mini Cl pecah Lower mendatar ambil keuntungan hing candle mendatar
Carta TM mengambil keputusan untuk tembus ke bawah kotak yang sudah dilukis dan kini masih meneruskan penurunan. Langkah seterusnya - perlu tunggu sehingga momentum penurunan berkurang dengan melihat rupabentuk lilin yang jadi semakin kecil, kecil dan kecil.
Melawat semula carta carimin sambil melihat kembali peluang-peluang entri di carta harian dan mingguan
Walaupun sampai ke potensi target,pergerakan harga tidak mengikut corak bump and run seperti yang dibayangkan.
Selepas kemunculan volum yang melebihi dari volum semalam dan harga yang tutup lebih rendah dari semalam, harga tidak lagi meriah menaik. Penerangan bagi menyambung cerita tempohari.
Sambungan semula kejadian tempohari. Memandangkan harga semakin hampir dengan aras tertinggi 52 minggu, mungkin kita boleh tunggu dan lihat adakah harga berjaya naik dan tutup di atasnya.
..sambungan Bila harga mula bergerak kesisi atau melintang bak ketam berjalan, lebih mudah untuk kita tunggu satu lagi pengesahan harga yang bakal menunjukkan arah selanjutnya. Dengan laporan kewangan yang semakin hampir, adalah lebih baik tunggu dulu sebelum mula entri.
Kali terakhir ingatkan dah cukup tinggi, rupanya ada lagi tinggi. Carta yang kuat akan sentiasa mencari new high manakala carta yang lemah berterusan membuat new low.
Kemaskini carta DANCOMECH - apa yag dibayangkan tempohari tidak menjadi kenyataan dan harga belum nampak sebarang pembelian yang mampu menaikkan harga lagi. Memandangkan hari laporan kewangan bagi suku ke-2 akan keluar tidak lama lagi, lebih baik tunggu sehingga carta benar-benar memberikan signal yang lebih jelas.
Ada ketikanya, kita kena peka dengan sebarang signal yang muncul dan pantas mengambil tindakan.
Kemaskini terkini untuk carta duopharma - konsep entri berdekatan aras sokongan dan entri ketika melepasi rintangan - tindakan selepas pelan dagangan dibuat
Gunakan garis moving average sebagai alat bantu untuk melihat pergerakan harga akan datang
Harga ketika ini sedang berada di atas aras rintangan lama dan nampak seakan sedang mencuba menyerap tekanan jualan. Jika serapan berjaya, aras harga sekarang boleh dijadikan aras sokongan terbaru dan pelan dagangan boleh dibuat sekitar sini.
Carta PANTECH tidak mengikut apa yang saya rancangkan dan buat masa sekarang, tidak ada sebarang cadangan baru sehinggalah dia mula membuat tapak semula.
Cadangan jika harga DATASONIC naik atau turun atau masih melintang.
Selepas menunggu agak lama, hari ini OPCOM nampak membuat aras sokongan terbaru dengan kehadiran volume yang tinggi. Jika hari ini adalah tanda volume membeli, jangkaan harga tidak akan turun lagi lebih bawah. Kalau masih turun, corak cadangan sebelum ini sudah tidak valid.
Kemaskini terkini untuk carta PCCS. Sampai ada minat belian terbaru nanti baru tengok semula.
Bagi carta yang naiknya menegak tanpa ada pullback atau retracement, antara langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diberikan lebih perhatian adalah dengan melihat volum merah yang lebih banyak dari volume semalamnya. Saya sertaka beberapa contoh sebagai panduan di masa akan datang. Maaf kalau saya salah.