Bon kerajaan
Bon kerajaan dunia
Soalan Lazim
Lengkung Hasil adalah alat visual yang menunjukkan bagaimana hasil bon berubah pada kematangan berbeza — semuanya pada satu carta. Paksi mendatar mewakili tempoh masa bon, di mana paksi menegak menunjukkan hasil.
Di bawah carta, anda boleh melihat bon dengan kematangan berbeza dan hasil mereka dalam satu jadual. Gunakan butang "Tambah" di bawah jadual untuk memasukkan mana-mana bon yang anda suka dan bandingkan trend hasil pada satu carta.
Alat ini juga membolehkan anda:
— Menukar antara skala linear atau tenor
— Aktifkan mod peta suhu untuk jadual
— Memaparkan hanya tenor-tenor utama, jika diingini
— Ambil syot skrin carta
Periksa panduan penuh mengenai Lengkung Hasil dalam pusat pengetahuan kami.

Lengkung hasil adalah satu garisan yang menunjukkan hubung kait antara hasil bon dan kematangan — selalunya untuk bon kerajaan. Ia membantu pelabur memahami bagaimana hasil berubah merentasi tempoh masa jangka pendek, sederhana dan panjang.
Pedagang menggunakan lengkung hasil untuk menilai jangkaan pasaran untuk pertumbuhan ekonomi. Bentuk lengkung — sama ada menaik, rata atau membalik — boleh menawarkan cerapan kepada keadaan ekonomi akan datang dan memandu keputusan pelaburan.

Hasil bon adalah pulangan yang diterima pelabur daripada memegang bon. Ia dijelaskan secara peratusan daripada harga pasaran semasa bon. Hasil adalah ganjaran yang diterima pelabur untuk meminjamkan wang mereka kepada kerajaan.
Periksa senarai penuh bon kerajaan
Periksa senarai penuh bon kerajaan
Hasil bon selalunya dikira sebagai pembayaran kupon tahunan dibahagikan dengan harga pasaran semasa bon.
Hasil semasa = (pembayaran kupon tahunan / harga semasa) x 100
Sebagai contoh, jika bon membayar $50 setiap tahun dan didagangkan pada $1,000, hasil adalah 5%.

Lengkung hasil normal akan melengkung ke atas, dengan hasil lebih rendah pada bon jangka pendek dan hasil lebih tinggi pada bon jangka panjang. Bentuk ini mencerminkan jangkaan pelabur untuk pertumbuhan ekonomi yang akan datang.
Sebagai contoh, lengkung biasa mungkin menunjukkan bon 1 bulan memberikan hasil 1%, bon dua tahun pada 1.8% dan bon lima tahun pada 2.5%. Pergerakan ini mencadangkan bahawa pelabur menjangkakan pulangan lebih tinggi bila mereka meletakkan wang mereka lebih lama.
Gunakan Penyaring Bon untuk menerokai pasaran dan mencari bon yang sejajar dengan strategi anda.

Hasil dan kadar faedah bukanlah perkara yang sama. Kadar faedah (atau kadar kupon) adalah pembayaran tahunan tetap yang dibuat oleh bon, berdasarkan kepada nilai mukanya. Ia ditetapkan apabila bon dikeluarkan dan kekal tidak berubah, tanpa mengira bagaimana pasaran bergerak.
Hasil pula, mencerminkan pulangan sebenar bon berdasarkan kepad harga pasaran semasa. Apabila harga bon naik atau turun, hasil akan dilaraskan pada masa yang sama. Sebagai contoh, jika harga bon jatuh tetapi pembayaran faedah kekal sama, hasil akan menaik.
Pedagang dan pelabur memerhatikan dengan teliti kepada hasil kerana ia menunjukkan pulangan sebenar yang mereka boleh jangkakan apabila mereka membeli bon pada harga pasaran hari ini.

Lengkung hasil yang rata memberikan isyarat ketidakpastian pelabur mengenai pertumbuhan ekonomi akan datang. Ia selalunya mencerminkan keraguan dalam pasaran dan sikap tunggu dan lihat kepada apa yang akan berlaku kemudian.
Bentuk ini terjadi apabila kadar faedah jangka pendek dan panjang adalah hampir sama, menyebabkan lengkuk kelihatan rata merentasi berbilang kematangan.
Sebagai contoh, jika hasil bon 2 tahun adalah 4.5% dan hasil bon 10 tahun adalah 4.6%, lengkung dikira sebagai rata. Perbezaan kecil ini mencadangkan bahawa ada sedikit ganjaran ditambahkan untuk mengunci modal dalam tempoh lebih panjang.
Terokai peluang dalam Penyaring Bon kami untuk mencari bon yang sepadan dengan strategi anda.

Hasil bon selalunya naik dengan inflasi kerana inflasi melemahkan kuasa pembelian untuk pembayaran bon akan datang, yang menjadikan bon-bon yang sudah ada kurang menarik, terutamanya yang mempunyai pembayaran kupon tetap. Ini boleh terjadi kerana beberapa sebab.
— Bon membayar faedah tetap dan jika inflasi menaik, pulangan sebenar akan jatuh. Jadi pelabur mengharapkan hasil lebih tinggi untuk memberikan pampasan untuk kerugian dalam nilai tersebut
— Kenaikan inflasi selalunya menyebabkan bank pusat menaikkan kadar faedah untuk menyejukkan ekonomi. Apabila kadar faedah naik, bon-bon baharu akan menawarkan hasil lebih tinggi, jadi bon-bon lama dengan hasil lebih rendah akan kehilangan nilai dan harga pasaran mereka akan jatuh. Disebabkan harga dan hasil bon bergerak dalam arah berbeza, hasil menaik

Harga dan hasil bon bergerak pada arah berlainan kerana pembayaran tetap (kupon) menjadi lebih atau kurang menarik bergantung kepada kadar pasaran semasa. Apabila harga bon turun, hasil akan naik untuk membayar pampasan kepada pembeli baharu.
Sebagai contoh, anda membeli bon dengan nilai muka $1,000 dan kupon 5%, menjadikannya pembayaran tahunan sebanyak $50. Jika kadar faedah dalam pasaran menaik, bon baharu mungkin akan menawarkan hasil 6%. Secara tiba-tiba, bon terdahulu anda yang membayar hanya 5% menjadi kurang menarik. Untuk memberikan pampasan kepada pulangan lebih rendah, harga pasaran bon anda akan jatuh kepada $900. Pada harga lebih rendah itu, seseorang yang membeli bon akan masih dapat menerima kupon $50, tetapi hasil sekarang akan menjadi dalam 5.56% ($50 dibahagikan dengan $900).

Apabila hasil bon naik, ia memberikan beberapa kesan penting kepada pasaran kewangan. Berikut adalah beberapa daripadanya:
— Harga bon jatuh: Hasil dan harga bon bergerak bertentangan, dan semakin tinggi hasil akan menyebabkan bon yang ada buat masa ini kurang bernilai, menyebabkan harga mereka turun
— Meminjam menjadi lebih mahal: Semakin tinggi kadar faedah menjadikan bon dan pinjaman baharu lebih mahal, yang boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi
— Saham mungkin jatuh: Kenaikan hasil selalunya menarik wang keluar dari pasaran saham, terutamanya dari sektor pertumbuhan tinggi, kerana bon menjadi lebih menarik terutamanya kepada pelabur konservatif
Buat keputusan termaklum dengan berita sejagat dan kemas kini bon terkini di TradingView.

Tenor adalah panjang masa berbaki sehinggalah bon matang — dua tahun, lima tahun, 10 tahun dll. Ia mewakili tempoh masa di mana peminjam perlu membayar faedah sebelum membayar prinsipal. Tenor adalah penting dalam menilai risiko bon, pulangan dan sensitiviti kepada perubahan kadar faedah.
Tenor adalah tidak sama dengan kematangan. Kematangan merujuk kepada tarikh khusus di mana bon mencapai akhir hayatnya dan pengeluar perlu membayar nilai muka, manakala tenor pula menjelaskan jumlah masa yang tinggal sehingga tarikh kematangan tersebut. Sebagai contoh, jika bon dikeluarkan pada 1 Januari 2025, ia mempunyai jangka hayat 5 tahun, tarikh kematangannya adalah pada 1 Januari 2030 dan ia mempunyai tenor 5 tahun.

Hasil bon boleh turun apabila permintaan untuk bon menaik, mencerminkan sifat balikan pada hubungan harga-hasil. Ini selalunya terjadi semasa ketidaktentuan ekonomi, di mana pelabur mencari keselamatan relatif dari bon kerajaan. Apabila ramai pelabur membeli bon, harga menaik dan hasil menurun. Polisi bank pusat juga boleh memacu hasil lebih rendah. Sebagai contoh, apabila Rizab Persekutuan memotong kadar faedah, ia menolak harga ke atas dan hasil ke bawah.
Sebab lain hasil bon turun adalah bila orang ramai menjangkakan inflasi lebih rendah atau pertumbuhan ekonomi lebih perlahan. Apabila inflasi rendah, pembayaran faedah daripada bon akan mengekalkan nilai mereka, menyebabkan bon menjadi lebih menarik kepada pelabur, dan memacu harga naik dan hasil turun.
Secara amnya, hasil jatuh disebabkan ketidakpastian pelabur mengenai ekonomi, kadar faedah dan inflasi. Terokai idea dagangan bon untuk menemui trend awal dalam sentimen pelabur dan mencari ramalan pasaran.

Ia bergantung kepada jenis hasil.
Jika anda membeli bon dan memegangnya sehingga kematangan, hasil anda adalah tetap pada masa pembelian. Sebagai contoh, jika anda membeli bon 1 tahun dengan kupon 5% untuk $1000, anda mendapat setepatnya 5% — ini tidak berubah, tidak mengira apapun yang terjadi dalam pasaran.
Tetapi jika anda bercadang untuk menjual bon di pasaran sekunder sebelum kematangan, ya, hasil bon boleh berubah. Selepas pembelian, harga pasaran bon mungkin naik atau turun berdasarkan kadar faedah dan permintaan pelabur. Disebabkan hasil mencerminkan pulangan relatif kepada harga semasa bon, perubahan dalam harga bermaksud hasil untuk pembeli baharu akan naik atau turun.
Jadi, pulangan anda akan dikunci jika anda memegang bon, tetapi hasil semasanya boleh naik turun dari masa ke semasa.
Dapatkan cerapan kadar bon dunia di TradingView: tapis bon dengan hasil untuk mencari pilihan yang sesuai untuk strategi anda.

Hasil bon boleh mempengaruhi dengan ketara pasaran saham kerana mereka mempengaruhi di mana pelabur meletakkan wang mereka. Bila hasil bon menaik, bon menawarkan pulangan lebih baik, yang kelihatan lebih menarik dan kurang risiko daripada saham kepada beberapa pelabur. Mereka mungkin menggerakkan wang keluar daripada pasaran saham ke dalam bon, yang boleh menekan harga saham ke bawah.
Selain daripada itu, disebabkan hasil bon digunakan dalam model penilaian saham sebagai kadar diskaun, hasil lebih tinggi menaikkan kadar ini, menurunkan nilai semasa untuk perolehan akan datang dan menjadikan saham kurang menarik. Sebaliknya, hasil lebih rendah boleh memacu penilaian saham dan mengurangkan kos pembiayaan, yang secara amnya menyokong pasaran saham.
Ikutiberita bon terkini untuk kekal di hadapan pergerakan pasaran.

Hasil bon boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
— Kadar faedah: Apabila kadar faedah naik, bon yang baru dikeluarkan akan menawarkan pulangan lebih tinggi, menjadikan bon sedia ada dengan kadar lebih rendah menjadi kurang menarik. Disebabkan itu, harganya akan turun dan hasilnya menaik
— Jangkaan inflasi: Jika pelabur menjangkakan inflasi akan menaik, mereka mungkin akan menuntut hasil lebih tinggi untuk mengimbangi pengurangan kuasa belian daripada pembayaran faedah akan datang
— Bekalan dan permintaan: Jika banyak pelabur membeli bon (sebagai contoh, semasa ketidakpastian pasaran), harganya akan naik dan hasil akan jatuh
— Risiko kredit: Pada masa yang sama, jika penarafan kredit pengeluar bon jatuh atau risiko kebangkrapan meningkat, pelabur mungkin menuntut hasil lebih tinggi sebagai pampasan
Pertumbuhan ekonomi, tingkatan hutang kerajaan dan peristiwa geopolitik juga boleh memberikan kesan kepada bagaimana pelabur melihat bon, yang akan mempengaruhi hasil, jadi pastikan anda mengikuti berita dunia untuk melaraskan strategi anda pada masa ke semasa.