Bon korporat
US71654QDD16
Petroleos Mexicanos 7.69% 23-JAN-2050Hasil kepada kematangan
8.64%
Tarikh matang
23 Jan 2050
PEMX5055132
Petroleos Mexicanos 6.95% 28-JAN-2060Hasil kepada kematangan
8.63%
Tarikh matang
28 Jan 2060
US71654QCC42
Petroleos Mexicanos 6.75% 21-SEP-2047Hasil kepada kematangan
8.55%
Tarikh matang
21 Sep 2047
US40049JBC09
Grupo Televisa, S.A.B. 6.125% 31-JAN-2046Hasil kepada kematangan
8.35%
Tarikh matang
31 Jan 2046
US71654QBR2
Petroleos Mexicanos 6.375% 23-JAN-2045Hasil kepada kematangan
8.32%
Tarikh matang
23 Jan 2045
TV4837441
Grupo Televisa, S.A.B. 5.25% 24-MAY-2049Hasil kepada kematangan
8.19%
Tarikh matang
24 Mei 2049
US40049JBA43
Grupo Televisa, S.A.B. 5.0% 13-MAY-2045Hasil kepada kematangan
8.16%
Tarikh matang
13 Mei 2045
US71654QBX9
Petroleos Mexicanos 5.625% 23-JAN-2046Hasil kepada kematangan
8.04%
Tarikh matang
23 Jan 2046
US40049JAZ03
Grupo Televisa, S.A.B. 6.625% 15-JAN-2040Hasil kepada kematangan
7.89%
Tarikh matang
15 Jan 2040
Lihat lebih bon
Arah aliran komuniti
SSNLF5047730
Samsung Electronics Co., Ltd. 7.7% 01-OCT-2027Hasil kepada kematangan
—
Tarikh matang
1 Okt 2027
DNC3D
Empresa Distribuidora y Comercializadora Norte S.A. 9.75% 22-NOV-2026Hasil kepada kematangan
4.10%
Tarikh matang
22 Nov 2026
Kadar
SimbolHasil kepada kematanganTarikh Matang
SimbolTarikh matang / YTM

SimbolHasil kepada kematanganKupon
SimbolKupon / YTM
SimbolHasil kepada kematanganKupon
SimbolKupon / YTM
Koleksi bon korporat
Soalan Lazim
Bon korporat adalah instrumen hutang yang dikeluarkan syarikat untuk mengumpulkan modal untuk operasi perniagaan. Tidak seperti saham, mereka mewakili hutang — pelabur meminjamkan wang dan sebagai pulangan, syarikat bersetuju membayar faedah tetap dan membayar penuh nilai pokok pada kematangan.
Walaupun mereka lebih berisiko daripada bon kerajaan — disebabkan kemungkinan ketidakstabilan atau jangka hayat syarikat lebih pendek — bon korporat kebiasaanya adalah lebih selamat daripada saham. Pemegang bon mempunyai kelebihan daripada pemegang saham jika syarikat mengalami masalah kewangan.
Gunakan Penyaring Bon untuk menerokai dan menganalisa bon korporat yang memenuhi strategi pelaburan anda.

Bon korporat terbaik untuk dibeli adalah yang sejajar dengan toleransi risiko dan strategi anda.
Salah satu faktor ramai pelabur mengambil kira penarafan kredit pengeluar, penilaian bahawa kebarangkalian syarikat pengeluar dapat memenuhi obligasi hutang pada masanya. Agensi penarafan kredit paling dihormati adalah Moody's, Fitch Ratings dan S&P Ratings.
Ramai pelabur juga menggemari ETF pendapatan tetap — mereka menjadikan bon korporat lebih mudah diakses jika anda tidak bersedia untuk melabur secara langsung.
Anda boleh menemui lebih banyak bon bergred pelaburan dengan Penyaring Bon kami.

Hasil bon korporat adalah pulangan pada pelaburan yang dilakukan. Ada empat jenis hasil bon korporat berbeza.
- Hasil semasa mengukur pendapatan yang anda terima daripada bon relatif kepada harga pasaran semasanya. Ia dikira dengan membahagikan kadar kupon dengan harga bon
- Hasil ke kematangan (YTM) adalah kadar pulangan dalaman tahunan yang pelabur boleh terima jika mereka membeli bon pada harga semasanya, memegang sehingga tarikh kematangan dan menerima semua pembayaran kupon dan nilai par pada kematangan bon
- Hasil bersamaan bon (BEY) dikira dengan menggandakan hasil separuh tahunan. Ia digunakan sebagai tujuan perbandingan dan tidak mencerminkan analisis mendalam untuk jumlah pulangan bon
- Hasil tahunan efektif (EAY) adalah satu cara mewakili pulangan sebenar bon dengan mengandaikan bahawa pembayaran kupon akan dilaburkan semula pada kadar yang sama seperti hasil kupon bon.

Kadar bon korporat (kadar kupon) adalah faedah tahunan dibayar oleh pengeluar, berdasarkan nilai muka bon. Pembayaran selalunya dilakukan secara tetap dengan kekerapan berlainan sehingga kematangan (cth. setiap 3 atau 6 bulan), bergantung kepada jenis bon.
Beberapa bon kerajaan adalah kupon sifar, bermaksud mereka tidak membayar faedah. Sebaliknya, mereka dijual pada kadar diskaun kepada nilai muka mereka, yang mengimbangi ketiadaan faedah tetap mereka.
Mencari bon yang tepat? Gunakan Penyaring Bon kami untuk membandingkan dengan yang lain.

Kadang-kala dipanggil sebagai bon kualiti rendah,bon korporat hasil tinggi selalunya dikeluarkan oleh syarikat yang mengalami cabaran kewangan. Syarikat-syarikat ini mempunyai penarafan kredit lebih rendah dan kewangan yang lebih lemah, menjadikan mereka satu pelaburan yang berisiko. Untuk mengimbangi risiko ini, mereka menawarkan kadar kupon lebih tinggi untuk menarik pelabur. Pedagang boleh membeli bon-bon ini dengan mengharapkan keuntungan modal sekiranya penarafan kredit menjadi bertambah baik.
Walau apa pun strategi anda, jangan terjun dengan membuta-tuli — sentiasa lakukan penyelidikan mendalam sebelum melabur.
Kekal termaklum dengan Aliran Berita kami dan pantau perolehan syarikat untuk menjejak perubahan berpotensi dalam risiko dan pulangan.

Bon korporat ada berbagai jenis. Mereka boleh dikumpulkan mengikut industri yang syarikat beroperasi (teknologi atau pengangkutan), oleh penarafan kredit, oleh terjamin atau tidak terjamin dan lebih.
Tanpa mengira jenis bon, pilihan untuk melabur adalah bergantung kepada anda — jangan terpedaya hanya kerana syarikat XYZ berada dalam kategori tertentu.
Untuk memudahkan, kami mengumpulkan semua ke dalam satu senarai pelbagai bon korporat. Ini termasuk:
- Bon korporat kadar terapung
- Bon korporat kupon sifar
- Bon korporat hasil tinggi dan lebih.
Anda boleh melawati Pusat Pengetahuan kami dan mempelajari lebih mengenai jenis bon lain.

Nilai par (juga dipanggil nilai muka atau prinsipal) adalah jumlah yang dipersetujui syarikat untuk membayar balik apabila bon mencapai kematangan.
Dalam pasaran sekunder, harga bon boleh naik turun apabila bon-bon baharu dengan kadar kupon berbeza dikeluarkan. Sebagai contoh, jika anda memegang bon korporat dengan kupon 3% dan bon baharu menawarkan 3.5%, bon anda mungkin didagangkan pada harga lebih rendah kerana ia memberikan faedah lebih rendah.
Akan tetapi, pada kematangan, kedua-dua bon akan dibayar pada nilai par yang sama — tanpa mengira bagaimana harga pasaran mereka telah berubah.
Jejaki kadar bon korporat untuk kekal di hadapan pergerakan pasaran.

Bon korporat bergred pelaburan adalah dikira pilihan paling selamat dalam bon. Ini kerana syarikat pengeluar mengikuti amalan kewangan kukuh dan dikenali disebabkan kestabilannya. Kepercayaan itu datang dari satu daripada tiga agensi kredit utama — Moody's, Fitch Ratings dan S&P Ratings. Agensi-agensi ini menggunakan sistem penarafan yang sama untuk kedua-dua kerajaan dan syarikat.
Bon bergred pelaburan selalunya menawarkan kadar kupon lebih rendah, tetapi tarikan mereka terletak pada kebolehpercayaan. Pelabur selalunya lebih menggemari mereka untuk pengurangan risiko dan kemungkinan tinggi untuk pembayaran balik — berlawanan dengan bon hasil tinggi, yang boleh menjadi lebih kurang stabil.
Terokai lebih syarikat bergred pelaburan dengan menapis mereka dalam Penyaring Bon kami.

Tarikh kematangan adalah tarikh di mana pengeluar hendaklah membayar semula nilai muka bon. Ia adalah satu daripada faktor utama yang menentukan harga bon dan sehinggalah bon ditebus, pemegang bon akan menerima pembayaran faedah (kadar kupon).
Bon korporat selalunya dikumpulkan mengikut kematangan:
- Jangka pendek: 3 tahun atau kurang
- Jangka sederhana: 3–10 tahun
- Jangka panjang: 10 tahun dan lebih
Bon dengan masa kepada kematangan lebih panjang selalunya lebih berisiko kerana harganya akan turun naik dari masa ke semasa pada pasaran sekunder disebabkan pengeluaran bon-bon baharu.
Terokai senarai bon korporat jangka pendek dan bon korporat jangka panjang kami untuk memahami dengan lebih baik pasaran bon.

Membeli bon korporat adalah mudah tetapi anda memerlukan broker berwibawa untuk membantu anda mengakses pasaran. Sebaik sahaja anda menemui brokeraj yang memenuhi gaya dan keperluan anda, anda boleh membuka akaun di situ. Terokai senarai rakan kongsi broker kami dan mula berdagang terus dari carta anda.
Sebelum melabur, TradingView sangat mengesyorkan anda mengambil masa memahami pasaran. Anda boleh menguji strategi anda menggunakan akaun Dagangan Kertas dan menggunakan Penyaring Bon kami untuk menerokai peluang-peluang pelaburan terbaik.

Harga pasaran adalah jumlah bon korporat yang dijual pada pasaran sekunder. Bergantung kepada keadaan ekonomi, penarafan kredit pengeluar dan ketersediaan bon-bon lain, harga pasaran boleh menjadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada nilai muka bon. Dalam kes sedemikian, bon didagangkan pada harga premium atau diskaun.
Anda boleh mencari harga dan hasil pelbagai bon dengan Penyaring Bon kami.

Bon korporat adalah dikira sebagai pelaburan rendah risiko daripada saham, menjadikan mereka pilihan populat untuk pelabur yang mencari jalan mengelakkan potensi kerugian dan mengekalkan modal. Untuk syarikat, bon korporat adalah cara untuk mengumpul dana untuk membiayai aktiviti mereka.
Apabila anda membeli bon pada nilai mukanya, anda akan menerima pembayaran faedah tetap, yang dikenali sebagai pembayaran kupon. Mereka selalunya dibayar separuh tahunan, tetapi syarikat boleh memilih mana-mana kekerapan pembayaran dan boleh juga memilih jadual aperiodik.
Sebaik sahaja bon mencecah tarikh kematangannya, syarikat pengeluar membayar nilai muka penuh bon kepada pemegang bond, dengan mengandaikan tiada kebangkrapan.