Carta yang digunakan adalah carta 5 minit. Selamat menonton dan abaikan perkataan so so so tu! PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Ada tambahan ciri baru pada tradingview di mana kita sudah boleh - memilih dan menggerakkan pelbagai objek pada carta secara serentak - pilihan untuk melihat carta secara songsang Semoga terhibur
Review kaunter yang keluar signal momentum pillar. PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Video ini adalah berkaitan dengan signal buy momentum pillar tf5. Carta disebelah kiri adalah carta harian manakala carta disebelah kanan ada carta 5 minit. Signal momentum pillar yang dimaksudkan ialah pada carta 5 minit dimana ada tanda "BUY" diatas candle beserta garisan tiang merah pada background. Selamat menonton! PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan...
Carta yang naik bukan saja disebabkan ada minat belian pada carta tersebut, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor market secara keseluruhan. Bila market cantik, akan ada banyak carta turut ambil kesempatan naik bersama2. Video kali ini menerangkan serba ringkas, sifat2 atau ciri2 yang selalu kita nampak ketika carta sedang bergerak naik ke atas.
Video bukan menunjukkan cara guna atau nak buat skrip, tapi lebih kepada pengenalan saja. Yang bagusnya editor pine, sekiranya kita ada sistem berdagang sendiri,kita boleh terjemahkan dia dalam bentuk visual pada carta. Mungkin untuk tandakan kawasan beli, jual dan sebagainya. Pengetahuan asas bahasa pengaturcaraan amat diperlukan sekiranya kita ingin membuat...
Dalam tradingview, ada fungsi makluman yang kita boleh guna pakai mengikut apa saja yang kita nak, samada makluman di bahagian pengimbas atau berdasarkan pergerakan harga di carta. Untuk video ni, saya tunjukkan cara menggunakan garisan dengan kondisi sekiranya harga melepasi, melintasi atau apa saja pilihan yang ada di pilihan makluman. # maaf atas kesilapan...
Saya cuba terangkan secara ringkas kenapa carta chin well tidak begitu menarik bentuknya dan serba sedikit pandangan untuk berdagang sekiranya ada cubaaan untuk membuat satu trend baru. Hanya pendapat sahaja. Tidak semestinya betul dan benar. Sila rujuk dengan pakar kewangan atau remiser untuk maklumat yang lebih tepat.
Sebelum tu , mohon maaf atas kesilapan menyebut TRIANGLE pada awal video..Sepatutnya RECTANGLE. Bila sesuatu carta mula tembus aras rintangan lama, kita boleh buat beberapa cara untuk mencari potensi target ke atas. Dalam video ini, saya cuba menerangkan serba ringkas menggunakan tools FIBONACCI RETRACEMENT yang ada di tradingview. Yang kita nak lihat adalah...
Seperti mana semasa fasa menaik, fasa menurun juga akan membuat beberapa sifat atau peel yang sama. Cuma berlainan arah saja. Tonton, fahamkan dan selamat beramal.
Setiap kali harga bergerak naik , turun atau melintang pasti ada fasa2 yang kita boleh kenali secara visual. Sangat membantu sekiranya kita faham dan berani mengambil kesempatan di setiap fasa pergerakan harga. # Kalau saya salah, sila abaikan video ini. Terima kasih.
Selalu kita rasa takut bila carta sudah mula melepasi harga tertinggi yang dia pernah buat. Memang sudah lumrah, lagi2 kalau kita sudah beli dari bawah. Bagi carta yang syarikatnya ada cerita, ada kisah yang baik, bila harga berjaya naik melepasi harga tertinggi menunjukkan ada suatu kuasa minat belian yang kuat. Sebagai trader, carta2 seperti inilah yang...
Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik berdagang kita samada untuk berdagang secara breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang.. Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai bullish. Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan sebagai bearish. Struktur asas carta seperti HIGH, LOW,...
Selalu nampak tapi jarang nak guna. Jadi saya cuba berikan penerangan seringkas mungkin cara guna dan menterjemahkan kebaikan melihat Garis Harga yang ada di tradingview. Semga terhibur.
Pengimbas dari tradingview ada banyak fungsi yang boleh kita gunapakai. Walaupun kesemuanya adalah preset, sekurang-kurangnya dapat juga membantu kita dalam mencari dan membuat pemilihan carta-carta yang dirasakan terbaik pada waktu tersebut. Semoga terhibur.
Menggunakan menu pintasan di carta tradingview untuk melihat tempoh masa carta pelbagai. Dapat membantu kita menganalisa pergerakan harga pada carta berdasarkan harga tertinggi dan terendah mengikut tempoh masa yang tertentu
Pada yang mengguna pakai alat penapis (screener) di tradingview, ada satu kolum tambahan yang kita boleh letak untuk melihat corak lilin (candlestick pattern). Ruangan kolum juga ada icon bagi menggambarkan corak yang sedang berlaku. Sangat membantu kita untuk membuat pemilihan carta dan melakukan analisis lanjut.
Ada beberapa contoh yang mempunyai pattern seakan sama..menunjukkan ada minat belian masuk dan harga mula ditolak ke atas..pattern mungkin tidak 100% sama.. Mungkin, di masa akan datang, sekiranya kita berjumpa lagi pattern begini dan kena pada musimnya, kita akan lebih bersedia untuk ambil peluang dan kesempatan yang market bagi.