Arcs, Circles And Spirals

Bagi sesetengah pengguna carta, garis lurus hanya dapat memberikan info yang terhad. Mereka membawa analisis pasaran ke peringkat lebih tinggi dengan penambahan Arca, Bulatan dan Lingkaran. Pembinaan geometri yang berasaskan Fibonacci ini digunakan untuk mengenalpasti dan meramalkan kawasan sokongan dan rintangan, untuk menentukan titik perubahan di dalam pasaran, untuk menilai kelajuan arah aliran dan untuk mengenal pasti struktur yang menggerakkan pergerakan harga. Mereka mengukur geometri iaitu harga dan masa untuk pasaran dan membenarkan pedagang untuk memadankan pergerakan harga terdahalu dan kemudiannya meramalkan pergerakan harga di masa depan.

Analisis sebegini boleh digunakan untuk mengenal pasti peluang membeli dan menjual pada tahap terbaik, bergantung kepada peraturan khusus untuk pergerakan masuk dan keluar pedagang. Pedagang konservatif akan mencari pengesahan tambahan sebelum memasuki dagangan. Sama ada bentuk geometri ini digunakan bersendirian atau digabungkan dengan teknik lain, mereka boleh menjadi alatan analisi yang berguna untuk pedagang. TradingView mempunyai alat lukis pintar seperti Fib Circles, Fib Arcs dan Fib Spiral yang membenarkan pengguna mengenalpasti secara visual bentuk-bentuk ini dan tahap geometri di atas carta.