Saya mahu mengedit/padam idea atau skrip saya

Skrip dan idea awam hanya boleh diedit dan dibuang dalam masa 15 minit selepas diterbitkan. Selepas itu, pengguna atau moderator & ahli pekerja TradingView tidak boleh mengedit atau memadamkan mereka berdasarkan kepada Peraturan Dalaman kami.

Mengapakah kami tidak memadamkan idea dan skrip awam?

Ini merupakan satu bahagian daripada falsafah dan misi TradingView. Kami bekerja untuk menjadikan perbincangan mengenai pasaran kewangan di Internet untuk menjadi lebih telus dan sama untuk semua orang. Adalah penting untuk kami bahawa penulis kepada idea-idea tidak bergantung kepada keputusan, tetapi jujur kepada kejayaan dan kegagalan yang lain dan dengan diri mereka sendiri juga. Untuk setiap idea, anda boleh melihat ramalan sejarah dimainkan secara sebenar dengan mengklik pada butang bar baru Muatkan, jadi keputusan akhir tidak boleh ditukar. Ini tidak boleh dilaksanakan jika penulis membuang idea yang tidak untung atau tidak berjaya dan hanya meninggalkan idea yang untung sahaja.

Sebahagian daripada misi TradingView mission adalah untuk menghoskan satu komuniti terbuka untuk pengekod Pine yang berkongsi amalan baik mereka dengan yang lain. Bahagian penunjuk dan strategi awam merupakan satu bahagian yang penting di dalam TradingView, yang ramai pengguna kami gunakan. Disebabkan ini, segalanya yang pernah diterbitkan akan kekal menjadi hak milik komuniti. Jika kami tidak melakukan peraturan sebegini, penulis-penulis skrip boleh memberikan kesan kepada kerja ribuan penguna dengan menukar skrip atau memadamkan maklumat.

Jika anda perlu menerbitkan satu skrip atau idea yang anda mahu padamkan kemudian, atau anda tidak mahu menjadikannya awam, anda boleh gunakan pilihan penerbitan peribadi.