Apakah fungsi Alat Banding?

Alat fungsi banding digunakan untuk membandingkan pergerakan pasaran untuk dua atau lebih simbol-simbol berbeza secara serentak. Membandingkan beberapa simbol-simbol secara serentak adalah dilakukan untuk beberapa alasan. Sebagai contoh, ia adalah satu cara yang mudah untuk membayangkan kesihatan pasaran secara penuh. Ini boleh dilakukan dengan menarik satu SPY (yang menjejak S&P 500) dan menambahkan simbol DIA (Menjejak Dow) dan QQQ (Menjejak Nasdaq). Keputusannya adalah satu carta tunggal mengandungi informasi yang senang di baca dan berkaitan yang merangkumi keseluruhan pasaran.

Contoh di bawah menunjukkan satu carta mengandungi SPY, DIA and QQQ.


Satu kegunaan popular untuk satu carta perbandingan adalah dengan membandingkan dua syarikat di dalam sektor yang sama. Sebagai contoh, di dalam carta di bawah, ada satu perbandingan di antara dua syarikat automobil; General Motors dan Ford. Ini menunjukkan teori yang sama seperti contoh di atas, tetapi ia menumpukan kepada satu sektor tunggal berbanding keseluruhan pasaran.

Ia adalah penting untuk di catatkan bahawa apabila anda menambahkan satu simbol ke dalam satu carta, paksi menegak akan berubah dari harga kepada peratusan. Peratusan yang ditunjukkan adalah pergerakan harga untuk apa-apa tempoh yang sekarang kelihatan di atas carta. Ini adalah penting. Jika anda menukar kembali kepada harga, carta akan runtuh kecuali nilai harga untuk simbol adalah sangat dekat dengan satu sama lain. Di bawah adalah satu contoh carta perbandingan Google dan Apple apabila ditukar kembali kepada harga. Harga mereka adalah berbeza sebanyak $500. Jadi, apabila anda menukar kepada harga, kedua-dua siri data akan menjadi rata dan carta hilang fungsinya.

Bagaimanakah untuk menggunakannya di TradingView

Untuk menambahkan satu perbandingan kepada siri/carta data terkini anda, hanya klik pada butang Banding atau simbol Tambah (yang dipaparkan sebagai tanda tambah) pada bar alat sepanjang bahagian atas carta.


Beberapa simbol popular telah disenaraikan, di mana ia boleh dipilih untuk ditambahkan ke dalam carta. Bagaimanapun, mana-mana simbol boleh ditambahkan. Jika anda mahukan satu simbol yang tidak berada dalam senarai lalai, anda boleh menaip simbol di dalam kotak carian, gerakkan pada keputusan carian dan klik pada pilihan skala Sama %.